Ani Mayuni bertuah mertua curah kasih sayang tanpa jemu, syukur alhmdulillah dan cukup bertuah apabila punya ibu dan ayah mertua yang baik hati.
Begitulah luahan penyanyi yang popular dengan irama dangdut, Ani Mayuni apabila berbicara tentang sambutan hari raya bersama keluarga.
Sewaktu bertemu dengan Ani, penyanyi tersebut juga akui dirinya bernasib baik walaupun sudah kehilangan ibu dan ayah namun dia masih meraikan Aidilfitri dengan adik-beradik dan keluarga mertua yang sentiasa berkongsi kasih sayang tanpa jemu.
Ani Mayuni Bertuah Mertua Curah Kasih Sayang Tanpa Jemu
Pemilik nama sebenar Aishah An-Nur Osman itu juga menyatakan setiap kali menjelang Syawal hatinya menjadi sayu.
“Saya sudah lama kehilangan ayah dan ibu, malah bertahun-tahun raya tanpa mereka.
“Jadi setiap kali raya, saya dan adik-beradik yang lain memang akan terkenangkan kemeriahan raya bersama mereka.
“Rindu nak salam dan cium tangan ayah ibu di pagi raya. Kadang-kadang rasa cemburu tengok mereka yang masih ada orang tua dan dapat beraya bersama-sama.
Ads
Memang sensitif sikit bila bercerita tentang raya tanpa orang tua ni.
Tumpang Kasih Ibu Mertua
“Apa-apa pun saya bersyukur dapat menumpang kasih dengan ibu mertua dan adik-beradik saya yang lain.
“Hubungan kami sangat rapat dan ketiadaan ayah dan ibu menjadikan kami lebih menghargai antara satu sama lain,” ujar Ani sambil bergenang air mata.
Tak Ada Isu Bergaduh Nak Balik Raya
Ani juga menyatakan dia dan suami tidak pernah berebut untuk pulang beraya di kampung dek kerana masing-masing merupakan orang Kuala Lumpur.
“Setiap tahun memang raya di Lembah Klang saja.
“Saya dan suami orang Kuala Lumpur, jadi tak ada isu bergaduh nak balik raya di mana. Saudara-mara pun ramai di sini.
Ads
“Saya sebolehnya akan bawa anak-anak beraya di rumah keluarga dan saudara-mara. Masa raya inilah nak kenal-kenal dan eratkan silaturahim.
Kekalkan Tradisi Ziarah Menziarahi
“Kalau tak raya pun, setiap kali kenduri saya akan pastikan anak-anak ikut kerana tak mahu putus hubungan dengan makcik pakcik dan sepupu mereka.
“Saya faham zaman dah berubah dan cara sambut raya pun dah tak sama macam dulu. Namun jauh di sudut hati, saya mahu anak-anak menikmati suasana raya yang sebenar, kekalkan tradisi menziarahi keluarga dan saudara-mara, sekali gus menghargai hari raya,” ungkap ibu kepada Wirda Viviana, Wirna Airisya dan Muhammad Emir Oezil.
Penghibur Legenda Rock Tina Turner Meninggal Dunia Usia 83 Tahun. Turner atau nama sebenarnya Anna Mae Bullock menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 83 tahun.
Selebriti kelahiran Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang menjadi warganegara Switzerland yang juga legenda rock duni ini menggegarkan penonton dari 1960-an dan terus mengeluarkan lagu hit sepanjang lima dekad.
Penghibur Legenda Rock Tina Turner Meninggal Dunia
Walau rasa sedih kenyataan rasmi pemergian pemenang Grammy lapan kali itu diumumkan di akaun Instagram rasmi beliau.
“Dengan rasa sedih yang besar kami mengumumkan pemergian Tina Turner.
“Dengan muziknya dan semangatnya yang tidak terhingga untuk hidup, dia memikat jutaan peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang masa depan.
“Hari ini kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang dikasihi yang meninggalkan kami semua karya terbaiknya, muziknya…
“Tina, kami akan merindui awak sayang,” memetik kenyataan rasmi itu.
Tina dialaporkan meninggal dunia di kediamannya di Küsnacht dekat Zurich, Switzerland pada Selasa.
Sebelum ini juga dilaporkan Tina menghidap pelbagi jenis penyakit seperti bronkitis, radang paru-paru dan pneumothorax.
Ketika hayatnya, Turner yang popular dengan lagu What’s Love Got To Do With It dan The Best itu pernah berjaya menjual 150 juta album di seluruh dunia dan memenangi 12 anugerah Grammy, selain telah diberi penghormatan di Kennedy Centre pada tahun 2005.
Penghibur legenda itu memulakan karier seninya pada 1960 ketika masih bersekolah dan menyanyi bersama Ike Turner dan kumpulan King of Rhythm. Turner mencapai status kegemilangan pada usia 40-an apabila kekal dalam undian konsert teratas ketika itu.
Pun begitu, Turner pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan kisah rumah tangganya dengan bekas suami Ike Turner akibat penderaan fizikal dan mental sehingga mengakibatkan muflis, sebelum bangkit semula mencapai kejayaan walaupun sudah meningkat usia.
Pelakon Linda Hashim yang kini sudah berhijab kelihatan begitu anggun, apatah lagi ibu kepada tiga orang anak ini akui kini sudah tiba masanya untuk dia kembali aktif dalam lakonan.
Isteri kepada Beego menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, berkongsi dirinya sudah bersedia untuk keluar bekerja.
Hatinya terbuka untuk kembali berlakon memandangkan anak-anak telah besar dan kadar bayaran yang ditawarkan juga agak lumayan.
4 Tahun Berehat, Linda Hashim Tinggalkan Anak-Anak Kembali Berlakon
Sewaktu negara dilanda pandemic Covid-19, ramai yang kehilangan kerja, namun rezeki memihak kepada Linda. Oleh itu dia tidak mahu menolak tawaran kerja yang diberikan kepadanya.
“Hampir empat tahun tak pegang skrip. Maaf kepada produser-produser sebelum ini yang ada bertanya kepada saya, tetapi saya menolak atas sebab fokus jaga anak-anak.
“Banyak drama yang telah saya tolak. Tetapi sejak akhir-akhir ini bayaran pun sudah mencecah lima angka, rasa macam menolak rezeki pula apabila Allah dah bagi.
“Orang lain sampai tak ada kerja nak bekerja. Memang rasa ralat sangat tolak rezeki Allah,” kongsi Linda.
Sering Memikirkan Tentang Anak Yang Masih Kecil
Linda yang juga ibu kepada Jelita Clarissa, 6, Anggun Cassandra, 5 dan Indah Camelia, 2 ini akui sebelum ini dia menolak beberapa tawaran berlakon kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil.
Namun kini dia berjanji akan membahagikan masa sebaik-baiknya antara keluarga dan kerjaya.
“Terima kasih kepada ibu mertua dan suami yang sangat memahami. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kita semua.
“Persoalannya sekarang ini, macam manalah rupa lakonan saya selepas hampir empat tahun tidak berlakon? Boleh ke tidak?” ungkap Linda.
Imej berhijab Ummi Nazeera hati-hati pegang watak penyondol. Berimej berhijab dan sentiasa berhati-hati dalam membawakan watak yang mencabar untuk menjaga batas professional itulah pegangan pelakon cantik Ummi Nazeera.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga sebelum menerima sesebuah naskah dirinya akan meneliti watak yang bakal dijayakan. Menjaga batasan sebagai Muslimah, Ummi meletakkan syarat walau memegang watak orang ketiga dalam drama Saat Aku Tahu yang pastinya penuh dengan adegan panas dirinya tidak melakukan sebarang babak bersentuhan.
“Nak bawa watak dalam sebuah naskah yang bertemakan curang bukan mudah kerana pastinya akan ada banyak isu sensitif.
“Saya dan Hisyam tak ada bersentuhan langsung tetapi banyak kamera trick untuk beberapa babak ‘panas’ dalam drama ini, namun sebagai wanita bertudung saya tetap menjaga batas.
“Sejujurnya saya tidak pernah buat begitu, jadi saya harap peminat dan penonton dapat menerima dengan hati yang terbuka,” katanya ke sewaktu ditemubual ketika sidang media dan pratonton drama Viu Saat Aku Tahu.
Rasa Penat Bila Lakonakan Watak Jahat
“Naskah ini antara yang sukar untuk saya lakukan kerana ia melibatkan emosi, fizikal dan mental. Terutama fizikal, saya rasa sangat penat. Ada sedikit babak yang melibatkan aksi.
“Watak ini susah untuk dibawakan kerana terlalu banyak lapisan maksud dan boleh jadi baik atau jahat. Maira adalah watak yang tersakiti dan menyakiti, jujur memang penat untuk bermain dengan karakter seperti ini,” ungkapnya.
Menerusi drama ini dirinya bergandingan dengan Hisyam Hamid dan Anna Jobling.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.