Kebanyakan resipi biasanya menggunakan sukatan gram serta memerlukan alat penimbang untuk mendapat sukatan yang tepat. Jarang guna sukatan cawan. Terutamanya bahan-bahan seperti tepung, gula, marjerin, mentega, air dan sebagainya.
Sebenarnya selain menggunakan alat penimbang, mak-mak juga boleh anggarkan mengikut sukatan cawan. Ia lebih mudah.Pada yang baru nak belajar buat kek, kuih dan sebagainya tapi tiada alat penimbang, boleh semak dan rujuk anggaran sukatan ini mengikut sukatan cawan.
1 oz – 25 gm
9 oz – 250 gm
16oz (1 lb) – 450 gm
2 lb 4 oz – 1 kg
*Tukaran oz ke ml*
8 oz = 237 ml
6 oz = 177 ml
5 oz = 158 ml
4 oz = 118 ml
3 oz = 79 ml
2 oz = 59 ml
1 oz = 30 ml
1/2 oz = 15 ml
Ads
Sukatan oz jarang kita guna kan? Tapi ada yang minta jadi saya bagi jugak la.Selak balik buku resepi yang dah berzaman tu, cari nota yang saya simpan.
Ini antara loyang talam saya,size 8,9,10,11,12 lain-lain dalam kabinet malas nak keluarkan banyak-banyak. Contoh saja ni saya bagi untuk yang baru nak belajar ye.
Loyang square nipis tu saya biasa guna untuk kole kacang, walau asalnye itu loyang brownies sekali cutter nya.
Ads
Ini cawan metrik beli di Mr diy. Yang 2 tu dah lusuh sangat dah.Sayang nak buang sebab berjasa banyak dah tu. Saya amalkan konsep menghargai selagi tak pecah. Walau pon dah tak nampak nombor sukatannya saya tetap guna sebab dah biasa jadi tahu apa sukatan sekian-sekian.
Last but not least, penimbang. Yang in pon saya beli. Memudahkan.. Yang ini saya beli online je dapat murah.Kalau nak baking saya guna yang ini. Macam suami saya cakap “ape je yang mama tak ade?? Semua mama ade” suami pon melayan kerenah isteri dia ni.Syukur.
Ads
Antara barang-barang yang saya guna.
Moga bermanfaat ye pada yang memerlukan. Untuk otai-otai talam dah tentu Pro kan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang baru nak belajar buat kek, kuih atau apa juga resipi, boleh jadikan anggaran sukatan cawan ini sebagai panduan.
Sebenarnya kita boleh baiki Peti Ais yang kurang sejuk sendiri di rumah. Rupanya dengan menukar Termostat Pencairbeku dengan modal RM12, Peti Ais kembali berfungsi elok, sejuk dan beku. Memang jimat banyak duit bila buat sendiri berbanding hantar baiki di kedai.
Ikut panduan baiki peti ais tak sejuk, seperti yang dikongsikan oleh Jannatun Naim ini.
Pernah tak tiba-tiba peti sejuk kat atas beku, tapi kat bawah tak sejuk pun. Takpun atas bawah kurang sejuk? Jadi saya nak kongsi sikit. Selalunya yang jadi masalah ialah termostat atau sensor pencairbeku (defrost) yang rosak.
Jadi saya nak tunjuk kat mana dan cara nak tukar benda ini. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak buka masa PKP ni. Modal lebih kurang RM12 benda ni.
Sebelum memulakan projek baiki peti ais, pastikan tutup dahulu suis peti sejuk. Risau peti ais tak beku, orang lain yang kaku nanti.
1. Buka Penutup Di Bahagian Atas Peti Sejuk
Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupa dia, semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk.
2. Tunggu Ais Mencair
Tunggu ais tu mencair sendiri. Saya tak kuasa nak tunggu, jadi guna hair dryer pon boleh nak bagi cepat cair. Tadah bekas. Senang nak buang ais yang cair tu.
3. Keluarkan Sensor
Ok, bila dah cair perasan tak benda tiub warna pink tu, haaa tu la sensor tu. Potong cable tie tu, tarik keluar sensor tu.
Ok ni keadaan sensor tu. Yang bawah tu, baru punya.
4. Gantikan Sensor
Ok macam ni.Potong wayar pada tiub asal sambung ke sensor baru.
5. Kemaskan
Akhir sekali, letakkan sensor pada posisi asal dengan menghalakan bahagian besi sensor ke bawah. Ikat wayar dengan kemas menggunakan pengikat wayar supaya tidak bergerak-gerak.Kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau tu), kalau takda boleh guna selotip hitam (electrical takpe) pon tak apa.
Artikel Menarik:10 Barang Ini Sebenarnya Tak Perlu Simpan Dalam Peti Sejuk
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah peti ais tak berapa nak sejuk tu, boleh cuba baiki sendiri di rumah. Tukar Termostat Pencairbeku je, modal baru RM12, memang lebih jimat berbanding hantar kedai baiki.
Nak pokok berbuah lebat, tentu pelbagai cara dan petua yang dicuba oleh mak-mak. Maklum saja, ada pokok yang dah merimbun tapi hasilnya tak nampak pun.
Pokok mangga, salah satu pokok yang dianggap kerap membuahkan hasil. Tapi tak kurang juga pokoknya tidaklah berbuah lebat pun. Kalu ada pun mungkin bila sudah dikupas berulat pula.
Ada sesetengah pokok mangga bila berbuah memang mempunyai ulat, tak tahu apa punca dan sebabnya.
Berlainan dengan cara yang dilakukan oleh Kak Chah dalam facebooknya. Pokok mangga berbuah lebat hasil daripada petua yang diberikan oleh anaknya. Ikuti apa yang dikatakan ini. Moga mak-mak boleh gunakan cara yang dilakukan oleh Kak Chah.
Ini mangga tepi rumah. Berbuah lebat dan merimbun sampaikan tak boleh nak tanggung oleh dahan. Bila patah dah besar itu, berbagi-bagilah pada jiran tetangga dan selebihnya boleh buat kerabu mangga.
Ramai juga yang tanya baja apa yang digunakan. Sebenarnya, tak ada pun baja specifik yang digunakan. Cuma anak bagi tip yang dia terbaca pada satu artikel dari barat.
“Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak masak terpakai. Jadi, saya cuba dan tuangkan minyak yang sudah tidak guna seperti baki goreng ikan bilis, hati ayam dan sebagainya dalam sekitar 2-3 kaki dari batang pokok.
“Alhamdulillah, buah kali ini sangat lebat pada setiap tangkai dan manis. Cuma, kali ini buahnya berbuah pada setiap dahan dan bukan pada semua pokok. Ada yang sudah masak, muda, putik buah dan baru nak keluarkan bunga.
Tabur Garam, Elak Buah Berulat
Bagi yang bertanya tentnag buah mangga berulat dari dalam. Dahulu, memang buah mangga akan jadi seperti ini. Daripada tip yang diberikan oleh orang, taburkan garam kasar di sekeliling, antara 2-3 kaki dari batang pokok.
Mingguan Wanita : Bagi yang ada pokok mangga bolehlah cuba cara ini. Moga ia bermanfaat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Heliza Helmi, penyanyi kecil molek yang terkenal dengan kepetahan dirinya dalam memberi motivasi dan ceramah. Ya, kali ini saya cukup teruja untuk berkongsi cerita tentang semangatnya dalam membuat amal dalam bisnesnya.
Bisnes Heliza Helmi Niatnya Membantu
Semalam sewaktu bertemu dengan penyanyi yang lahir dari program realiti TV Akademi Fantasia itu di majlis pelancaran koleksi eksklusif pertama tudung Stella Collection di bawah jenamanya sendiri, HelizaGuzelHive, Heliza menyatakan koleksi tudung yang menepati piawaian syariah ini dihasilkan menerusi kolaborasi bersama Guzelhive International semenjak lebih setahun yang lalu.
Tidak sekadar bermotifkan keuntungan perniagaan, sebahagian daripada hasil jualan setiap koleksi ini akan disalurkan ke Tabung Myheart. Kerjasama antara Yayasan My Prihatin dan Institut Jantung Negara Foundation (IJN) ini ialah bagi membantu kanak-kanak pesakit jantung kronik daripada keluarga kurang berkemampuan.
Heliza juga mengharapkan orang ramai terbuka dengan konsep membeli sambil menyumbang ini. Malah secara jujur dia mengharapkan agar usaha dapat dilakukan secara berterusan dan dalam skala yang lebih besar lagi agar bukan hanya untuk pesakit jantung sahaja tetapi kalau boleh untuk pesakit dari kategori lain juga. Malah dia juga berusaha untuk membantu meringankan beban orang lain.
Selain itu Heliza yang terkenal dengan kerja-kerja amal dan misi kemanusiaan ini juga membuatkan saya cukup respek dengan dirinya. Malah perkongsian jihad dirinya menyertai misi kemanusiaan. Pengalaman berharga tatkala dapat membantu pelarian Rohingya di beberapa kem pelarian dan kampung di Cox’s Bazaar, Bangladesh membuatkan dirinya bersyukur atas ruang dan peluang membantu mereka yang kurang berdaya. Malah Heliza juga menyatakan pelarian ini berdepan pelbagai isu kesihatan, kekurangan bekalan makanan dan kehilangan tempat perlindungan serta kemudahan awam.
Heliza juga pernah menyertai beberapa misi kemanusiaan di Syria dan Palestine, misi pembinaan masjid di Sepanyol dan misi bantuan banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.
“Kunjungan ke Syria cukup menginsafkan hidup mereka berdepan dengan risiko tembakan dan bedilan bom bertalu-talu tanpa henti. Itulah senario yang tidak dapat digambarkan yang menjadi kehidupan biasa masyarakat di sana. Namun, mereka sungguh tabah, menganggap semua itu sebagai ujian Allah yang perlu dihadapi dengan sabar.
“Saya turut berkongsi pengalaman getir semasa keluar secara tergesa-gesa dari sebuah kawasan yang dikhabarkan akan di bom dalam tempoh yang agak singkat semasa kunjungan ke Syria.
“Kawasan tersebut dinamakan Kafa Zeta dan ketika melawat untuk memberi bantuan penduduk di sana, secara tiba-tiba dikhabarkan kawasan itu bakal dimusnahkan dengan bedilan bom.
Keadaan ketika itu sungguh cemas kerana kami perlu keluar dari kawasan tersebut dengan pantas untuk menyelamatkan diri. Ibaratnya bila berada di sana nyawa dihujung tanduk. Tapi itu semua bukan penghalang untuk saya meneruskan aktiviti sosial ini. Malah setiap kali ke sana saya tidak kisah jika mati syahid, ” ujar Heliza yang akan menulis surat wasiat kepada keluarganya sebelum berangkat menjalankan misi kemanusian ke negara bergolak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.