duit yang dihulur

Nak anggap duit yang dihulur pada isteri itu satu pelaburan ‘cantikkan isteri’ sendiri pun susah, itulah sikap sesetengah suami.

Padahal golongan mereka sendiri sedap pandang perempuan cantik! Itu belum bab hulur duit dapur, kadang buat senyap kalau isteri tak minta. Betapa sedihnya nasib isteri kalau dapat suami yang culas bab nafkah.

Hah, ini bukan nak panjangkan cerita isu nafkah tetapi ada teguran buat suami yang berkira dengan isteri sendiri.

Nak-nak pula musim nak raya dah dekat, masih ada suami yang langsung tak hulur duit pada isteri sendiri. Nah, jemput hadam perkongsian saudara Najmi Nawawi sejenak.

Duit Yang Dihulur Pada Isteri Jadi Rezeki

Susah macam mana sekalipun dugaan dan cabaran kehidupan, jangan pernah kedekut pada isteri. Rugilah kalau kedekut, kerana melalui mereka juga boleh mendatangkan lebih banyak rezeki.

IKLAN

Kalau ada lebih, kita bagi lebih. Kalau ada kurang kita bagi ikut kemampuan. Jangan sampai tidak bagi langsung. Jangan kita kedekut untuk tunaikan apa yang isteri kita perlu.

Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumahtangga kita pastinya akan lebih mudah diharungi dan tersulam didalamnya sinar kebahagiaan.

IKLAN

Lagi banyak kau bagi, lagi banyak kau akan dapat kembali. Aku dah cuba, dan ianya memang betul. Jaga amanah kita sebaiknya, insyaAllah rezeki dari Allah akan lebih mudah turun pada kita.

Lagipun kau sendiri mahu isteri yang cantik sepanjang masa. Maka ketahuilah, bahawa isteri yang terjaga nafkahnya pasti akan bahagia. Seterusnya kebahagiaan ini pasti akan terzahir kembali melalui kecantikannya.

IKLAN

Tak Nampak Perempuan Lain

Barulah kau tidak sibuk tersengih dan tersenyum pada perempuan lain di luar sana. Sampai gigi jadi lebih lembut dari bibir, dek kerana senyuman manis kepada perempuan-perempuan di luar sana.

Isteri sendiri dilupakan, kerana kau hilang minat dan tiada hati lagi. Rugilah. Kerana isteri kau sebenarnya akan semakin cantik dari hari ke hari jika kau betul-betul jaga keperluannya.

Nota:

Anggaplah duit yang kau bagi pada isteri umpama ‘elaun khas’ untuk isteri cantikkan diri. Kalau kau tak sanggup untuk beri, kau yang rugi.

Share dan sebarkan. Jika kita bersyukur dan hargai apa yang ada milik kita. Kita tidak akan peduli dengan apa yang bukan milik kita.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI