Kawan sejati, bukan semua orang mempunyai kawan seperti ini. Sanggup menerima baik buruk kita, walaupun bukan darah daging sendiri. Berapa ramai daripada kita mempunyai kawan yang betul-betul rapat.

Setiap daripada kita mesti ada kawan rapat, ke mana sahaja mesti berdua, bertiga atau selebihnya. Kalau di sekolah dahulu, boleh dikatakan dengan mereka inilah kita berkawan. Marah atau gaduh sekali pun tak pernah nak ambil hati.

Memang susah untuk mencari kawan sejati yang satu kepala dan faham dengan karenah kita. Mungkin ada daripada kita yang mempunyai kawan berbeza-beza. Contohnya, kalau kawan baik semasa di sekolah lain, kawan baik di tempat kerja mahu pun kawan baik di kawasan perumahan.

Namun, ada orang berpendapat tersendiri bahawa kawan baik sejak dari zaman sekolahlah yang tidak pernah putus dan saling berhubung adalah kawan sejati yang sukar dicari ganti. Beruntunglah ada kawan yang sangat memahami, walaupun sudah kahwin dan beranak pinak.

Begitu juga dengan perkongsian daripada Ezatul Marini tentang erti sebuah persahabatan. Rupa-rupanya, kalau nak berkawan pun ada seninya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak SALAH Berkawan, Tapi JANGAN Sampai ABAIKAN Perasaan Isteri, Anak-anak

Hati-Hati Kawan Yang ‘Fake’, Depan Baik Belakang Canang Buruk Kita

Info Lebih Menarik DI SINI

Kawan Sejati – Tempat Kongsi Masalah

Kita suka bila ada ramai kawan. Seronok kan! Kawan tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, kawan sepejabat, satu organisasi, jiran- jiran, kawan satu usrah. Eh! Boleh jadi panjang berjela senarai tu.

IKLAN

Bila dah ramai kawan, tentulah banyak karenah kan? Yang ini dengan perangai begini dan yang itu pe’elnya pulak begitu. Kita pun ada perangai kita sendiri betul tak?

Lepas itu, macam mana nak layan sorang- sorang punya perangai. Apa pendekatan nak pakai?

Terus- terang, saya sendiri ada hanya beberapa orang kawan yang saya benar- benar selesa untuk bercerita semua perkara. Ada kawan yang saya jadikan tempat rujukan kalau ada sebarang masalah. Ada juga yang jadi emotional sponge saya. Apa sahaja rasa saya luah pada dia.

Ada seni- seni dalam berkawan yang kita kena sama- sama latih diri untuk praktikkan.

1. Zero Manipulasi

Bila kita berkawan, elakkan jadi kawan yang suka memanipulasi kawan-kawan lain. Kita jadikan diri kita ketua biarpun tanpa lantikan. Sudahlah begitu, kita kawal kawan- kawan kita. Ini tak boleh, ini tak kena, semuanya kena ikut cara kita.

IKLAN

Sekali dua mungkin kawan- kawan tak terasa tapi makin lama mungkin ada yang bakal rimas dengan pendekatan kita. Nanti pelan-pelan kita ditinggalkan.

2. Tolak Dimanipulasi

Kita juga jangan jadikan diri mudah dimanipulasi. Mudah sangat kita diperkotak-katikkan. Kita jadi hilang pegangan diri. Jati diri mudah goyah. Kena ugut sikit, kita mula lemah.
Jangan begitu kawan! Kalau kawan kita ada kelebihan, percayalah yang kita pun ada keistimewaan tersendiri. Jangan mudah hilang keyakinan bila sekali dua digertak henyak dek kawan- kawan.

3. Don’t Impress, Be Yourself

Ada sesetengah dari kita ni cuba sedaya-upaya untuk jadi popular. Kita nak semua orang suka kita. Ye, seeloknya memang begitu. Biar semua orang suka tetapi itu ideal sangatkan!
Normal aje kalau ada yang tak senang dengan kita. Kita manusia biasa, ada kurang dan lebihnya. Jadilah diri sendiri. Tak perlu try hard sangat.

4. Di sana kau layan, di sini kau tinggalkan

Kalau kita ada 50 orang kawan, hendaknya perhatian kita biarlah sama untuk semuanya. Janganlah yang ini kita sedaya upaya jaga hati (baca: ampu) dan yang itu kita layan ala kadar saja.

Sangat malang kalau yang kita layan ala kadar itu sebenarnya sangat appreciate persahabatan yang dia ada dengan kita. Bukan apa, takut nanti bila kita kerap sangat take things for granted, kawan yang mulanya bersungguh berkawan dengan kita ambil keputusan untuk angkat kaki. Rugi kita!

IKLAN

5. Pekerjaan dan pendapatan kau bukan hitunganku

Ha! Yang ni pun masalah juga. Ada orang berkawan atas prinsip friends for benefit. Janganlah begitu!

Tak kiralah apa pun pekerjaan, berapa pun pendapatan, kalau kita spesis kawan sejati, itu semua bukan jadi kudis pun pada kita. Yang kita kejar persahabatan dan perkara baik yang datang bersamanya bukan kaching! Kaching! dan nama ye dak!

6. Kawan dunia akhirat

Jomlah kita cuba tanamkan rasa sayang lillahi taala dalam hati. Kawan yang kita ada tu anggaplah keluarga kita sendiri. Pasti kita akan sayang mereka sepenuh hati.

Tapi realitinya, kita memang ada circle of friends yang kita selesa. Yang semua perkara kita akan buat sama- sama. Namun begitu, kita cuba juga ye, sayang semua kawan kita. Ala, kita je yang sayang mereka, mereka tak pun! Tak pe la! Memang payah nak didik hati jangan berbalas rasa dan perbuatan tapi kita cubalah ye!

MW: Rindunya bila mengimbas kembali zaman persekolahan. Kawan-kawan yang cukup memahami, walaupun ada masanya bermasam muka dan tidak puas hati. Namun, semua itulah yang merapatkan lagi hubungan sahabat. Moga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber: Ezatul Marini

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI