Anak tantrum jangan disuruh diam, mak ayah yang kena kunci mulut dulu dan dengar apa masalah anak. Kadang-kadang tindakan mereka yang amat menguji itu hanyalah semata-mata kerana inginkan perhatian mak, ayah.
Kebiasaannya bila anak-anak mulai tantrum atau buat perangai, mak ayah akan suruh anak-anak diam dan mengugut agar mereka sikap buruk mereka.
Rupanya ini bukan cara terbaik untuk menghentikan perbuatan mereka. Malah jika mak ayah memaksa mereka untuk diam, anak-anak akan bertambah agresif.
Anak Tantrum Jangan DiSuruh Diam
Ketika anak tantrum, jangan suruh dia diam!
Emosi tengah bergelora, kita sepatutnya bantu anak untuk tenangkan gelora emosi dia bukan suruh dia diam.
Suruh diam ketika tantrum adalah tindakan yang paling tak selamat sekali.
Ini akan membuat otak reptilia anak jadi ganas!
Ha, bila otak reptilia anak dah jadi ganas gejala tantrum yang patut boleh hilang pada usia 4 tahun boleh berlarutan sampai la 40 tahun.
Parah juga bila dibiarkan.
Mak Ayah Yang Kena Kunci Mulut Dulu
Sebab itulah sampai sekarang masih ada lagi orang tua-tua yang tak matang emosinya. Tak boleh ditegur langsung. Mesti,
– sentap
– mencuka
– marah
– bengkeng
– mengamuk
– tak boleh terima
– merajuk
– maki hamun
Ads
Dan macam-macam lagilah tanda emosi tak matang ni. Badan tua tapi emosi keanak-anakan.
Kalau nak tahu, otak reptilia ini antara fungsi dia adalah untuk mengawal 3F ( fight, flight, freeze) respon.
Otak Reptilia Anak
Bila otak reptilia jadi ganas, maka gejala 3F ni pun sama jadi ganas.
Itu la punca makin lemahnya Sistem Pengendalian Emosi badan kita. ( emotional handling system )
Anak tantrum jangan suruh diam, tapi kita kena banyak diam dan dengari isi hati anak.
Antara punca biasa anak tantrum ialah kerana dia rasa kurang perhatian, gelisah, marah dan ada unmet needs seperti tidur tak cukup, lapar atau sakit.
Penting, didikan emosi manusia yang matang bermula sejak dari anak kecil lagi.
2 minggu Fida berpantang lepas keguguran anak sulung, pelakon Rafidah Ibrahim berkongsi tentang kisah terbarunya selepas keguguran kandungan sulung baru-baru ini.
Walaupun masih sedih namun Fida akui dia reda dengan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya. Diam tak diam rupa-rupanya sudah dua minggu Fida berpantang selepas keguguran.
Menerusi akaun Instagramnya. Fida dan suaminya, Shahzemir Shahzulkarib akui banyak perkara yang sebelum ini dia tidak ketahui dan sedang belajar. Malah dia beruntung kerana ramai yang memberikan bantuan, tip serta nasihat kepada mereka berdua tentang pengalaman baru yang dilalui mereka berdua.
“Alhamdulillah terima kasih En Suami @mithosama yang menjaga saya sepanjang berpantang walaupun ini pengalaman baru buat kami berdua.
“Banyak perkara yg kami tak tau dan sedang belajar.
“Syukur ke hadrat Ilahi yang mendatangkan orang sekeliling yang banyak membantu dan memberi nasihat serta tips kepada kami.
“Semalam genap dua minggu dan InsyaAllah saya masih meneruskan pantang dalam beberapa perkara.
“Terima kasih tak terhingga atas nasihat daripada keluarga, para sahabat, para media, para pengikut saya dan semua yang tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat kami.
“Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian. Semoga kalian dirahmati Allah s.w.t di dunia dan di akhirat,” tulis Fida yang turut meletakkan gambar antara lauk dan supplement tambahan sepanjang dirinya berpantang.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Rafidah Ibrahim
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jatuh cinta dengan wanita baru dikenali, lelaki warga emas sanggup ceraikan isteri yang telah dikahwini bertahun-tahun.
Tanpa belas ihsan, seorang suami sanggup mengejar cinta baharu dan terus lupakan segala pengorbanan isteri yang selama ini berkorban segalanya.
Dalam usia emas, apalah yang diharap oleh seorang isteri selain mengharapkan sang suami setia hingga ke hujung nyawa. Namun manusia hanya merancang dan Allah Penentu segalanya.
Lelaki Warga Emas Sanggup Ceraikan Isteri
Punca perceraian pasangan berusia kerana laman web chatting.
Kadangkala kita hairan mengapa lelaki yang sudah usia memasuki 40-an, 50-an dan 60-an tergamak menceraikan isterinya yang setia berkorban untuk rumahtangga selama ini.
Kajian Sosial menunjukkan punca lelaki berusia 40-an, 50-an dan 60-an sanggup menceraikan isteri mereka adalah kerana laman web chatting bukannya kerana isteri tidak mampu melayan nafsu batin lelaki-lelaki tua itu.
Tiga laman web chatting yang sering disebut-sebut di Mahkamah Syariah dalam aduan para isteri yang diceraikan suami adalah:
1) www.alamak.com (ada room khas untuk chatters di Malaysia).
2) Omi Apps.
3) Facebook Dating.
Bahkan ada nickname yang popular digunakan oleh suami orang di laman web chatting ini seperti Halal Jadah, Madie, Aleng, Dungeon, BMW, MightyJoe, Jerung, AbangAlone, AbgNoman, Baddin, BossFizan, Bos_Hensem dan bermacam Boss lagi (kononnya Boss) dengan kesemuanya adalah “suami orang” yang mengaku bujang terlajak atau duda.
Bahkan lelaki berstatus suami orang ini sehingga tahap “block” isteri sendiri di facebook dan instagram kerana tidak mahu wanita yang dikenali di laman chat tahu mereka adalah suami orang.
Terkini chatters berstatus “suami orang” ini semakin berani mengganggu dari dunia nyata dibawa masuk ke alam maya dengan cara stalk/mengintai gadis cantik atau ibu tunggal atau isteri orang lain yang cantik untuk dijadikan bahan perbualan lucah mereka di laman chat berkenaan terutamanya alamak.com yang mempunyai ruang chat public. Alamak.com juga boleh pm (private message) personal.
Selalunya wanita-wanita yang menjadi mangsa kutukan lucah ini tidak kenal pun lelaki suami orang itu tetapi si gadis cantik, ibu tunggal dan isteri orang cantik itu menjadi bualan hangat melucah mereka di laman chat kerana hasil stalk di dunia nyata dibawa ke alam chatting.
Lelaki-lelaki itu memperkenalkan gadis muda dan wanita cantik lain tanpa mengira wanita itu isteri orang lain kepada rakan chatters “untuk bid” siapa yang dapat perempuan itu.
Apa kes “suami orang” gila stalk atau mengintai perempuan lain sedangkan mereka ada isteri di sebelah?
Gila berchatting lucah tentang perempuan lain sedangkan mereka punya isteri seorang perempuan dan anak mereka juga perempuan.
Tidakkah lelaki-lelaki itu merasa malu kerana mengutuk lucah perempuan lain? Bolehkah lelaki-lelaki itu mencari perempuan yang dihina dan dikutuk tanpa sebab itu di padang mahsyar nanti untuk meminta maaf kerana mengumpat dan memfitnah?
Lelaki kalau mengumpat sebenarnya lagi teruk dari perempuan.
Sia-sia sahaja lelaki-lelaki tua itu solat dan bersedekah kerana semua pahala mereka telah dipindahkan kepada perempuan yang dikutuk lucah tanpa sebab itu.
Lelaki itu akan miskin hina di akhirat. So semua girls cantik yang pm saya mengadu mengenai gangguan sebegini jangan bimbang. Lelaki-lelaki yang menjadikan anda bahan kutukan lucah itu akan papa kedana di akhirat nanti.
Bagi isteri-isteri jika di history google suami anda atau dalam hp suami anda ada searching alamak dan ada akaun omi bermakna suami anda adalah chatters di sana. Akaun Omi bukan akaun pelaburan syariah, ianya adalah akaun chatting. Anda kena tipu hidup-hidup dengan suami sendiri.
Manakala FB Dating boleh swap ke kiri kanan sahaja andainya isteri datang menghampiri suami sendiri dan isterinya menyangka si suami sedang facebook walaupun sebenarnya si suami sedang berbual mesra dengan wanita lain di FB Dating.
Penyalahgunaan Laman Web Chatting di Malaysia semakin kronik akhir-akhir ini apabila Mahkamah Syariah mula menerima semakin banyak aduan dari isteri, bahawa suami mereka mahu bercerai kerana kononnya sedang hangat bercinta dengan perempuan lain yang dikenali di laman web chatting.
Ianya dianggap kronik kerana “lelaki tua” berusia sekitar 40an, 50an dan 60an sanggup menceraikan isteri masing-masing yang sudah dikahwini berbelas tahun atau berpuluh tahun hanya kerana kononnya suami orang itu jatuh cinta dengan wanita lain yang baharu dikenali beberapa bulan secara chat maya.
Ada kes di Selangor suami orang berusia 56 tahun menceraikan isterinya yang sudah dikahwini 20 tahun hanya kerana mahu berkahwin dengan wanita lain berusia 49 tahun yang baharu dikenali 2 bulan di laman web chatting.
Sedangkan isterinya yang berusia 39 tahun, 10 tahun lebih muda kerana sudah dikahwini sejak isterinya itu berusia 19 tahun. Sekarang lelaki tua itu gila talak apabila menyesal selepas menyedari bekas isterinya melayan dia jauh lebih baik.
Dengan isteri baharu lelaki tua itu kena basuh pinggan dan memasak untuk makan sendiri sedangkan dengan bekas isterinya, dia hanya datang menyandar menunggu nasi dan lauk dihidangkan di depan muka.
Tambah gila apabila bekas isterinya yang baik dan sangat cantik itu sudah berkahwin dengan lelaki muda lain. Perkataan yang sesuai adalah padan muka.
Dahulu sekitar zaman saya belajar di universiti, laman web chatting seperti alamak.com digunakan oleh pelajar-pelajar universiti di Malaysia dan pelajar Malaysia yang belajar di universiti luar negara untuk berkomunikasi dan berbincang tentang negara tercinta Malaysia.
Kini laman web itu dipenuhi “lelaki-lelaki tua gatal” yang “sudahlah tidak kaya” bahkan ada yang makan minumnya ditanggung isteri “tetapi ada hati” mahu mencari pengganti isteri yang setia itu.
Lelaki semakin tua bukannya semakin gatal kononnya semakin pekat santannya (lelaki dan santan sama dekat mana ).
Tetapi ketahuilah lelaki gatal itu sedang bersedia untuk ke neraka. Lelaki jika dia semakin gatal di usia tuanya maka sepertimana kata-kata Imam Syafie:
“Apabila seseorang lelaki itu menjejaki usia 40 tahun dan dia masih dengan perangai lamanya yang buruk seperti suka berzina, suka mencaci, suka menghina, masih minum arak dan sebagainya perbuatan-perbuatan buruk lain, maka bersedialah lelaki itu untuk ke neraka.”
Girls.. If you want a husband, jangan pilih suami orang terutamanya yang anda kenal di laman chat. Itu semua auta
Kayra, Putrajaya.
Mingguan Wanita : Wanita di luar sana, berhati-hatilah memilih suami. Kenali dan selidik betul-betul siapa bakal suami, bimbang menyesal di kemudian hari.
Sanggup palsukan kematian isteri untuk berkahwin lain, lelaki ini berdepan hukuman penjara.
Seorang lelaki di Jakarta sanggup menipu tentang kematian isterinya demi memenuhi keinginannya untuk berkahwin lagi dengan wanita lain.
Seorang Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) di Indonesia berdepan hukuman penjara kerana membantu seorang individu untuk memalsukan surat kematian isterinya demi untuk berkahwin lagi, lapor laman berita Suara.com semalam.
Ketua KUA Petang dalam wilayah Bali, Abdul Munir, 43, membantu Suraji, 56, untuk mengeluarkan surat tersebut pada Ogos 2019 dengan menerima bayaran berjumlah 1.5 juta rupiah (RM443).
Dia dilaporkan melakukan jenayah pemalsuan surat dengan cara membuat surat pengakuan dan keterangan kematian atas nama isteri Suraji, Diah Suartini.
Surat tersebut memaklumkan bahawa Diah telah meninggal dunia, sedangkan dia masih hidup dan sihat sehingga kini.
“Abdul Munir yang juga merupakan Ketua KUA membantu Suraji mempersiapkan semua dokumen pernikahan dengan cara memalsukan surat keterangan kematian serta beberapa dokumen penting lain.
“Ia adalah supaya Suraji dapat bernikah dengan seorang wanita lain sedangkan pada waktu itu dia masih suami Diah yang sah,” kata Ketua Pejabat Peguam Daerah Badung, I Ketut Maha Agung.
Menurut pendakwa raya, perkara itu telah menyebabkan kerugian kepada Diah iaitu dari segi kesan psikologi di mana dia masih hidup sehingga ke saat ini.
Kedua-sua suspek telah ditahan Polis Badung sehingga kini. Jika disabit bersalah, kedua-dua mereka boleh didakwa atas kesalahan ancaman jenayah dengan hukuman penjara maksimum selama lapan tahun. – Agensi
Mingguan Wanita : Akibat terlalu mengikut nafsu, seorang lelaki sanggup memalsukan kematian isterinya. Tindakannya bukan saja memberi kesan pada isteri malah kepada diri sendiri bila bakal disabitkan dengan hukuman penjara.
Baru-baru ini tular gambar seorang remaja perempuan di Thailand sedang mengutip dan menjual bahan kitar semula untuk menyara keluarganya yang berdepan masalah kewangan