Anak Tak Masuk Kelas Pandai Jangan Dibanding-banding, Yang Pentingnya Kaya Adab

Mak ayah cuba usahakan untuk santuni adab anak sejak mereka kecil lagi. Bermula dari bangun solat Subuh, sehinggalah ke arah rutin harian menjadi insan yang bertanggungjawab. Dan jika anak ini, masih gagal menjejak dalam kelas pelajar pandai, usahlah dibanding-banding rezeki anak itu dengan anak-anak lain.

Penting untuk mak ayah hadamkan ini. Bahawa kejayaan akademik, bukanlah segala-galanya. Kerana, akhirnya ia tetap akan berbalik pada soal tanggungjawab dalam diri anak itu apabila dewasa kelak.

Hadamkan perkongsian Puan Dhuha Rashidi ini.

Anak Tak Dapat Naik Kelas Pandai, Usah Terlalu Risau..

Anak kita yang tadika , darjah 1 , tak dapat naik kelas lebih pandai , tak usah terlalu risau atau mudah panik atau tercabar.

Asalkan adab/akhlak kita ajar kat rumah hari-hari. Latih bangun awal dan biasakan solat Subuh dulu. Latih dulu jadi insan bertanggungjawab pada diri , harta benda , dan masyarakat. Latih dulu jadi insan hamba Allah yang ikut perintah Allah. Latih mereka untuk rajin belajar dan apa yang dipelajari tu dapat praktik dalam kehidupan. Bukan sebab exam. Nak markah tinggi. Siapa lebih pandai.

Kadang kasihan pada anak kecil ni. Bila orang dewasa membandingkan antara saudara mara , sepupu sepapat , rakan kelas , selalu keluar ayat “dia ni pandaaaii , yang si budak ini ni , banyak main , nakal pulak tu, belajar pun taknak”

Kalau budak itu dengar , kecil hati dia. Budak 7 tahun pun dah ada rasa rendah diri. Apalagi kalau dipilih-pilih banding macam tu.

Yang kita nak KEYAKINAN dalam diri mereka. Kita nak hidupkan JIWA HAMBA dalam diri mereka. Kita nak mereka jadi manusia BERAKAL.
Kita pun kenalah ADA AKAL bila nak berkata kata tentang mereka.

Belum tentu , pandai waktu kecil , berakal bila tua.
Belum tentu , nampak selekeh kolot mundur waktu kecil , tak boleh bangkit bila dewasa.

Hati Anak Kecil Tercalar Luka Jika Dibanding-banding

Waktu kecil saya , selalu sangat dengar orang mengeji ibu bapa . Selalu dengar kata cacian. Selalu sangat orang tutup pintu bila nampak kami lalu. Kami macam selekeh. Kotor. Belajar tak tinggi. Orang susah.

Kerana itu boleh hilangkan keyakinan diri seorang kanak-kanak. Rasa tak layak. Malu lah hidup susah . ‘Terbunuh’ .

Sebab itu , saya tidak setuju orang suka banding-banding. Hatta , orang puji anak sambil bandingkan dengan orang lain yang tak sama macam anak saya , tetap saya tegur orang yang banding tu. Kesian emosi kecil yang dibanding tu.

Boleh jadi anak kita kurang kat sini lebih kat situ. Anak dia nampak kurang kat situ tapi ada lebih kat sini. Tak nampak sekarang. Kita nampak bila dia besar nanti. Kena merendah.

Biarlah Anak Tiada Gajet, Asalkan Ada Simpati, Empati Dalam Hatinya

Sudahnya kan , saya bangga dengan kehidupan lalu. Lecah , paya , tali air , mandi hujan , kayu api , kebun , congkak tanah , beg plastik , selipar jepun , cangkul , penyapu , tadahan air hujan , telaga , makan umbut , semua itulah memberi pengalaman yang mematangkan kehidupan. Ia sangat berguna harini menjadikan saya insan yang kreatif dan tahu urus.

Hari ini , anak saya pula main pondok-pondok tepi longkang , cabut – cabut rumput buat hiburan hati mereka. Orang kasihan. Berdikarinya mereka. Padahal , kalau lah saya biarkan mereka hidup dengan gajet tanpa melihat alam sekeliling. Mereka tentu tidak tahu untuk simpati dan empati.
Allahurabbi.

Kita bertenang saja. Mendidik anak ada cabarannya. Didik jugalah diri kita sama.

MW : Biar apa pun kejayaan atau kekurangan anak-anak, usahlah mereka dibanding-banding dengan anak-anak yang lain.

Sumber/Foto : Puan Dhuha Rashidi , Belajar sesuatu hari ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI