Nak berkebun di rumah kena ada ilmunya bukan main tanam je. Cara semai biji benih, pindahkan tanaman, medium tanah, jenis baja, waktu siraman dan macam-macam lagi. Perkara paling asas bagi yang suka bercucuk tanam, sebelum nak pindahkan anak pokok dari tapak semaian, kena ambil tahu nisbah medium tanah yang digunakan. Barulah anak pokok boleh hidup subur menghijau, membesar bagai juara.
Nak tahu lebih lanjut, ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad ini sebagai rujukan.
Malam ni saya cuma nak bagi tip kepada ahli-ahli group yang nak pindahkan anak pokok dari tapak semaian.
Medium tanah apa yang hendak digunakan supaya anak pokok berjaya membesar sebagai juara. Dalam bracket tu ialah nisbahnya.Pokok-pokok tanaman saya yang ada dalam gambar menggunakan nisbah tanah seperti di bawah.
Bahan Diperlukan:
Tanah hitam atau tanah organic (3)
Tanah sawit atau tanah bakar (1)
(Boleh guna guna topsoil atau tanah 6/8/10 in 1)
Sekam bakar atau sekam mentah (1)
Cocopeat halus (1)
Pasir (3 genggam)
Baja tinja ayam/kambing (2 sudu)
Cara Membuat:
1. Gaul rata kesemua sekali bahan dan biarkan selama 4-5 hari baru tanam anak pokok.
2. Jika tak ada tanah sawit atau tanah bakar boleh guna tanah hitam biasa atau tanah organik.
3. Baja peringkat awal ialah baja tinja kambing proses. Selepas beberapa minggu saya guna baja kopi, baja ikan serbuk dan mol roti yang saya buat sendiri.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip dan ilmu berkebun yang dikongsikan ini bermanfaat. Jadi buat yang suka bercucuk tanam, sebelum nak pindahkan anak pokok dari tapak semaian, kena ambil tahu nisbah medium tanah yang digunakan. Barulah anak pokok boleh hidup subur menghijau, membesar bagai juara.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Rawat si bulus. Kalau tuan kucing ada lebih dari seekor, mesti ada yang bergaduh dan tak kurang sampai luka-luka dek cakaran satu sama lain. Satu hal pula nak rawat.
Jalan mudah dan senang, bawa ke klinik veterinar untuk rawat si bulus. Tapi tak semestinya untuk merawat luka, rutin penjagaan si bulus pun perlu diambil kira juga.
Bagi tuan kucing yang nampak luka pada badan si bulus, jangan terburu-buru untuk bawa ke klinik. Boleh rawat luka si bulus dengan cara membuat sendiri ubat sapu. Jimat pun jimat dan paling penting luka cepat sembuh.
Inilah yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin untuk buat sendiri ubat sapu.
Kalau guna krim sapu dari farmasi atau klinik, risau kalau kucing ni terjilat. Jadi, saya sedikan resipi ubat sapu untuk panduan mak-mak si bulus.
.
Hanya gunakan kunyit dan minyak kelapa saja. Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral. Begitu juga dengan minyak kelapa. Terlalu banyak khasiat 2 bahan ini untuk kita dan si comel.
Yang penting ia selamat dan non toxic. Luka pun cepat baik!
Bahan: Kunyit Minyak kelapa
Caranya:
Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu terlalu kering sebab nanti boleh lap dengan tisu dapur saja.
Hiris nipis kunyit tadi dan masukkan ke dalam botol. Selepas itu, tuang minyak kelapa tadi. Tak perlu sukatan yang tepat tapi agak-agak sajaka untuk kunyit dan minyak itu.
.
Kemudian, tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama 2 minggu. Dalam tempoh itu, minyak akan menyerap pada semua zat kunyit tadi.
Selepas dua minggu, warna sudah bertukar. Kunyit menjadi semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus sapukan pada luka si comel yang buas tadi. Dia menjilat? Tak ada masalah pun.
.
Tengok warna minyak dah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak tu akan cepat kering. Natural remedy tanpa bahan sintetik.
.
Tip: Berapa lama minyak ini bertahan?
Jawapan: Selagi tidak ada bau hapak. Kalau ada bau hapak, maksudnya dah ‘tamat tempoh’ dan bolehlah di buang. Jangan guna. Kalau boleh, buatlah dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak membazir.
Mingguan Wanita : Nanti mak-mak si bulus bolehlah buat untuk kecing kesayangan. Tak perlu nak bawa ke klinik dah.
Walaupun tanpa’pressure cooker’, rupanya kita tetap boleh lembutkan daging dengan pantas dengan menggunakan periuk nasi. Bukan apa, selalunya jika tanpa bantuan periuk tekanan tinggi atau ‘pressure cooker’ daging memang lambat nak lembut. Namun bukan semua rumah ada periuk ni.
Jadi mak-mak kenalah lebih kreatif, cuba pelbagai petua dan tip untuk melembutkan daging. Petua ini sesuai sangat jika kita nak masak masakan daging yang kering, serta tidak memerlukan air rebusan. Namun nak buat sup atau jika memerlukan air rebusan pun boleh juga. Cara ini lebih cepat berbanding masak dalam periuk biasa dan lebih jimat masa.
Boleh cuba tip pantas lembutkan daging seperti yang dikongsikan oleh Puan Najwa Romliini.
Kalau ada yang nak masak menu daging/ayam tua…kakwa nak bagi tips macam mana nak bagi daging/ayam tua lembut dengan pantas tanpa pressure cooker!
Tips dari seorang sahabat hingga terbantut hajat beliau nak beli periuk Noxxa dan hingga terbantut juga hasrat kakwa nak beli pressure cooker. Boleh gitu?
Syok woi!! Orang yang selalu masak je faham perasaan syok macam ni! Kihkihkih.
Cara-Caranya:
Campak je potongan daging/ayam tua yang telah di cuci bersih ke dalam rice cooker. Tak perlu tambah air. Tekan suis ON dan tunggu hingga “button cook” tu naik sendiri. Macam masak nasi.
Senangkan? Ada juga sahabat yang bagi tips nak lagi cepat lembut tambah 2 penutup ice cream soda atau sesudu soda bikabonate.Tu diaaa..!!
Nak cuci rice cooker rendam dengan air panas dulu.
Lepas ni nak cari rice cooker size paling kecik khas untuk lembutkan daging je. Murah la sikit dari noxxa tu! Kihkihkih.
Nota kaki : Kalau nak masak sup tulang/daging letak air ikut sukatan yang kalian nak. Kejap je masaknya.
Semalam saya tanyakan pada teman-teman di status Facebook saya. Lebih kurang begini pertanyaannya,
“Ada Siapa Dalam Frenlist Saya Ni Yang Suri?
Anda suri rumah atau suri kerjaya?
Sudi2lah komen ya…”
Subhanallah saya terima berpuluh jawapan komen, setiap jawapan itu ada kebahagiaan dalam hati rakan-rakan FB yang menjawab.
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi maklumat dengan saya. Setiapnya ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa, ada juga yang bekerja sepenuh masa tapi masih menjalankan tugas sebagai suri. Masing-masing mempunyai cerita suri yang tersendiri.
Baik anda suri sepenuh masa atau perlu membahagi masa antara kerja dan keluarga, kedua-duanya mempunyai kebahagiaan yang tersendiri. Hanya anda yang tahu bagaimana mahu membahagiakan hati anda itu.
Biarpun kita dihimpit dengan tugasan pejabat atau syarikat yang sukar, tugas sebagai ibu takkan sekali-kali ditidakkan. Saya ambil petua ini dari mak. Mak bukanlah suri sepenuh masa. Ketika saya masuk tingkatan enam, mak terpaksa bekerja semula di kilang kayu.
Waktu kerja mak dari pagi menjelang petang barulah sampai ke rumah. Tapi satu hal yang saya perasan tentang mak, biar penat macam mana sekalipun mak tak pernah balik kerja terus berehat atau tidur. Tapi dia terus singsing lengan dan masuk ke dapur.
Segelas Air Hangat Untuk Suami
Dapur itu walaupun daif saja keadaannya, tapi ia ruang paling bahagia untuk mak. Biarpun penat mak tetap masakkan lauk pauk untuk abah. Rupa-rupanya perkara yang satu ini saya warisi. Walaupun balik jam 11 malam sekalipun, akan ada sesuatu yang boleh dimasakkan untuk suami dan anak-anak. Walaupun anak-anak dah kenyang makan di rumah mak, mereka suka juga menjamah-jamah makanan yang ada.
Tapi tidaklah setiap hari semacam emak. Ada juga hari-harinya yang saya cukup stress dengan deadline dan sebagainya, kami berdua makan di luar saja. Tapi sebaik sampai di rumah, satu hal yang wajib dibuat adalah menyediakan segelas air manis yang hangat untuk suami.
Rupa-rupanya hidangan sekecil itu membawa satu makna yang besar dalam hubungan suami isteri. Kalau datang malas, saya selalu akan cakap begini. “Abang, buatkanlah air tuk saya. Kan abang buat air sedap.” Bila dah lama-lama, ini jawapan balasnya. “Tak tahulah kenapa, sekarang abang buat air dah tak sedap.”
Kesimpulannya beginilah. Bermakna kalau satu-satu kerja itu sudah jadi rutin, ia akan jadi kepakaran kita. Dan dalam konteks ini, saya sudah mengalahkan kepakaran suami membuat air hangat yang sedap dalam rumah (Sedap ini untuk lingkungan keluarga kami saja tau!). Tapi kalau bab-bab buat air bentuk jus, dia masih lagi juaranya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...