Dalam suasana perbicaraan yang penuh emosi dan menjadi perhatian seluruh negara, satu suara penting tampil mempertahankan kasih seorang ibu dan ayah. Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, iaitu Zahari Mohd. Reba, 57 tahun, berdiri teguh mempertahankan anak dan menantunya.
Bapa kepada Zaim Ikhwan dan bapa mentua kepada Ismanira Abdul Manaf itu menyatakan dengan yakin bahawa kedua-duanya adalah ibu bapa yang bertanggungjawab, dan tidak pernah sekalipun mengabaikan cucu sulung mereka yang kini menjadi nama yang disebut-sebut di bibir rakyat Malaysia.
“Saya kenal anak dan menantu saya. Mereka sangat sayangkan Zayn… Layanan mereka sama rata antara Zayn dan adiknya, Zahin. Tak pernah berbeza,” ujar Zahari dalam nada sebak ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.
Cinta Seorang Datuk Terhadap Cucu
Zahari turut berkongsi bahawa dirinya sangat rapat dengan Zayn Rayyan, dan saban minggu akan memastikan cucu-cucunya datang ke rumah untuk meluangkan masa bersama.
“Setiap Sabtu atau Ahad, bila ibu dan ayah Zayn tidak bekerja, saya akan pastikan mereka datang ke rumah… Bermesra, duduk bersama. Zayn sangat manja dengan saya,” kongsinya dengan nada hiba.
Pernyataan ini bukan sekadar membela, tetapi menunjukkan betapa ikatan keluarga ini kuat dan penuh kasih sayang. Jauh daripada bayangan pengabaian seperti yang didakwa sebelum ini.
Dalam perbicaraan bela diri yang masih berlangsung, Ismanira diperintah membela diri, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari telah dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Bela Diri
Peguam bela Ismanira, yang terdiri daripada Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh, sedang giat membuktikan bahawa Ismanira bukanlah ibu yang culas, tetapi ibu yang sedang bergelut mempertahankan dirinya dan nama baik seorang wanita yang sudah pun kehilangan anak.
Ads
Perbicaraan yang dijalankan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh akan bersambung lagi esok. Bagi Zahari, tuduhan ini bukan sahaja mengguris hati seorang datuk, tetapi juga mencabar kekuatan seorang keluarga yang sedang diuji.
“Saya percaya pada anak dan menantu saya. Mereka bukan pembunuh. Mereka adalah ibu bapa yang pernah saya lihat menitiskan air mata kerana rindu dan sayang pada arwah Zayn.”
Mengikut pertuduhan pindaan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Ads
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini antara pukul 12 tengahari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ismanira diperintah membela diri manakala suaminya Zaim Ikhwan dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan itu.
Program Malaysia #QuranHour yang sudah memasuki edisi ke-11 disyor untuk dimasukkan dalam kalendar rasmi pelancongan negara pada tahun-tahun mendatang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda tersebut perlu diangkat sebagai usaha mempromosikan pelancongan Islamik di Malaysia.
Sehubungan itu, katanya, cadangan berkenaan akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk dipertimbangkan.
“Penganjur telah mencadangkan kepada saya supaya pada tahun-tahun mendatang ia dimasukkan dalam kalendar pelancongan Malaysia.
“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kabinet, Insya-ALLAH akan membawa perkara ini dan sebenarnya tidak ada masalah besar untuk dimasukkan.
“Ia adalah sebahagian daripada Islamic tourism yang akan kita promosikan bersama-sama dengan beberapa acara lain sempena Maulidur Rasul dan peristiwa Islam lain di negara ini,” katanya selepas Malaysia #QuranHour 2025 di Masjid Negara.
Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu mengetengahkan misi #ResetRasa selari dengan tema besar iaitu “Merdeka Dengan Rasa” berpandukan tiga surah utama: surah al-Saff, surah al-Balad dan surah Ali’ Imran.
Malaysia #QuranHour 2025 menyeru pemimpin membina dasar dengan jiwa, penjawat awam melaksanakan amanah dengan rasa, manakala rakyat bangkit membela yang tertindas.
Dengan berpaksikan al-Quran, ia menjadi jalan menuju sebuah negara Madani yang benar-benar merdeka dengan rasa, membentuk bangsa berakhlak luhur, berempati tinggi dan meletakkan ALLAH SWT sebagai pusat perjuangan.
Mengulas tema “Merdeka Dengan Rasa”, Ahmad Zahid berkata, ia selari dengan sambutan kemerdekaan negara ke-68 dan menjelang Hari Malaysia ke-62.
“Kemerdekaan adalah untuk seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak harus melayani perbezaan warna politik, budaya, bangsa atau agama sehingga menjejaskan perpaduan dalam meraikan kemerdekaan.
“Insya-ALLAH hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, serta kepelbagaian keturunan di negara ini harus mencerminkan penyatuan pemikiran dan hati nurani agar kita benar-benar bertindak sebagai bangsa Malaysia,” tegas beliau.
Pentas Marhaban peringkat akhir bakal menyaksikan empat kumpulan bersaing merebut hadiah bernilai RM50,000. Empat kumpulan yang bakal berentap merebut gelaran juara adalah kumpulan Qalbun Hadi, Al-Maqari’, Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq.
Pentas Marhaban Saksi Persaingan Empat Kumpulan Bersaing
Menurut juri tetap, Ustazah Asni Mansor, setiap kumpulan berjaya mempamerkan keunikan dan keaslian Marhaban mengikut format yang telah ditetapkan oleh penganjur. Malah, pada peringkat akhir Sabtu ini, para juri mencari kumpulan yang mampu menyampaikan persembahan paling menyentuh hati.
“Jika anda tanya apa yang para juri cari di pusingan akhir nanti, jawapannya hanyalah ketenangan.
“Penyampaian mereka bersangkutan dengan kisah Rasulullah, maka kita cari persembahan yang mampu menjentik dan menyentuh hati.
“Pesan saya kepada peserta, berlatihlah dengan bijak. Jangan terlalu kuat berlatih hingga hilang suara dan penyampaian tidak terkawal,” katanya ketika ditemui pihak media sejurus selepas separuh akhir Pentas Marhaban sabtu lalu.
Menurut Penerbit Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed memaklumkan pihak produksi masih memikirkan tugasan yang lebih bersesuaian disebabkan penambahan kumpulan pada peringkat akhir ini.
“Asalnya kita ada pusingan ‘battle’ tetapi memandangkan hanya ada satu kumpulan wanita, pihak produksi akan memikirkan tugasan yang lebih sesuai.
“Mungkin setiap kumpulan bakal mempersembahkan dua tugasan.
Tambahnya lagi, nilai hadiah juga bakal ditambah bagi dua kategori saguhati.
“Hadiah untuk juara ialah RM50,000 manakala tempat kedua pula bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000.
“Pemenang ketiga dan keempat bakal menerima hadiah saguhati bernilai RM5,000 bagi setiap kumpulan,” katanya.
Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu turut diadili Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus dan seorang juri jemputan.
Pemarkahan diberikan bedasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.
Pentas akhir Pentas Marhaban bakal disiarkan secara langsung di TV AlHijrah, Sabtu ini jam 9 malam.
Program itu dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sekali lagi diuji apabila isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor hari ini.
Menurut laporan M’star, permohonan tersebut difailkan pada jam 2.30 petang dan sebutan kes berlangsung di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim. Difahamkan, proses itu hanyalah sebutan awal dan belum ada keputusan lanjut mengenai status perkahwinan mereka.
Faisal atau mesra disapa Mickey oleh peminat bola sepak, mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil perkongsian hidup selama lebih enam tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.
Setakat ini, punca perceraian masih belum diperincikan, manakala kedua-dua pihak juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung permohonan berkenaan.
Sebagai pemain utama Selangor FC dan tonggak penting skuad kebangsaan, perkembangan mengenai rumah tangga Faisal tentunya menjadi perhatian umum. Peminat bola sepak tempatan kini menanti penjelasan lanjut berhubung situasi yang dihadapi oleh bintang berusia 27 tahun itu, yang sebelum ini turut mendapat simpati ramai selepas insiden disimbah asid pada Mei lalu.
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.