Rasanya dengan keadaan sekarang ini, mak ayah tentu sudah latih anak lelaki untuk biasakan buat kerja rumah. Namun, tak mustahil juga ada mak ayah yang serahkan 100% hal-hal urusan rumah pada anak perempuan.
Kalau dahulu mungkin ada mak ayah yang merasakan anak lelaki ini ‘raja’ dan tak boleh lakukan kerja rumah. Anak perempuanlah yang dilatih untuk memasak, mengemas dan sebagainya.
Bagi yang tak faham, lelaki rasakan dirinya ‘raja’ dan perempuan ‘hamba’. Bukan main lagi kan! Tak tahu ke sekarang ini, perempuan pun bkerja untuk bantu keluarga. Jadi, janganlah berfikiran begitu.
Inilah yang perlu dilatih oleh mak ayah supaya anak lelaki kena biasakan buat kerja rumah. Kena jaga adik, kemas rumah seperti mana yang diajar juga oleh anak perempuan.
Apa yang dikatakan oleh Insyirah Soleha ini ada benarnya dalam perkongsiannya. Mak-mak di luar sana pun akan turut sama bersetuju dengan ini.
Anak bujang penat mengasuh adik, yang seorang penat tolong kemas rumah. Baru duduk nak rehat, terus lelah ummi dengar permintaan mereka.
Ads
“Ummi, lahirkanlah baby perempuan pula. Kalau ada adik perempuan, kami boleh rilek tak payah buat kerja dah. Boleh adik perempuan je buat kerja.”
Amboi.
Terus laju je ummi bebel.
1. Bukan tugas orang perempuan buat semua kerja rumah. Kerja rumah ni semua orang tak kira lelaki atau perempuan kena buat.
a) Lepas mandi, sidai tuala.
b) Susun selipar sebelum masuk rumah.
c) Basuh pinggan cawan selepas guna.
d) Sidai, angkat, lipat, iron baju.
e) Cuci tandas secara berkala.
2. Orang perempuan bukan ditakdirkan jadi “hamba” lelaki, kena buat semua pekerjaan di dalam rumah. Kan sama-sama duduk dalam rumah, mestilah sama-sama kena buat kerja rumah.
Ads
3. Orang lelaki kan ada otot, sihat tubuh badan sepatutnya lebih bersemangat nak buat kerja rumah berbanding perempuan, nak kena mengandung – menyusu baby.
4. Basuh berak adik pun anak lelaki boleh buat, tak ada pun syaratnya mesti perempuan.
5. Orang lelaki kena jadi qawwam untuk perempuan, bukan pembuli. Lelaki yang kacak adalah lelaki yang baik pada ibunya, bila ibu minta tolong dia akan tolong barulah jadi anak soleh.
6. Lepas ni kalau minta adik perempuan lagi, ummi suruh cuci satu rumah.
Ummi baru nak rehat, kan dah kena bebel. Nasib baiklah housemate tak ada masa sesi luahan perasaan. Bukan apa, takut tiba-tiba tambah list pula.
Ads
Anak-anak lelaki pun perlu dibiasakan kerja rumah.
Kerja rumah (termasuk memasak, mengemas) adalah kemahiran hidup. Perkara yang perlu dibuat oleh orang yang HIDUP.
Mingguan Wanita : Inilah yang selalu diingatkan oleh mak ayah tentang kerja rumah, anak lelaki pun kena terlibat sama.
Bukan senang ya perjalanan IVF! Kuatnya Fila nak jadi ibu, tak kecewa gagal hamil. Kisah percintaan Youtuber terkenal Nur Afilah Amir Rusdi dan pasangannya Adama Mohamed Camara pernah menjadi sebutan kerana perbezaan dari segi budaya serta etnik.
Terbaru menerusi perkongsian Fila yang sudah tiga tahun bernikah dengan warganegara Afrika mendedahkan usaha untuk peroleh cahaya mata bukanlah perjalanan yang mudah.
Bukan Senang Ya Perjalanan IVF!
Malah dia juga menerangkan ikhtiar yang dijalankan untuk melakukan IVF terpaksa melalui beberapa ujian seperti pembuangan fallopian tube, treatment, injection dan transfer embryo.
Video yang dikongsikan pasangan ini mendedahkan perjanan IVF membuatkan mereka berdua menjadi lebih kuat. Kasih sayang antara mereka juga semakin mendalam.
“Akhirnya selepas 7 bulan berulang alik ke pusat perubatan berkenaan, tibalah masanya untuk mendapatkan keputusan adakah segala perih jerih yang dilakukan selama ini berhasil.
“Walau bagaimanapun keputusan HCG menunjukkan penurunan sekaligus menjawab penantian IVF tidak berjaya,” kongsi Fila menerusi video. Paling penting, pasangan ini reda dengan keputusan berkenaan serta bersyukur telah diberi peluang untuk menjalani proses IVF.
“Doakan Kami”
“Kami bersyukur juga dapat jumpa doctor baru ni, dah banyak doctoc kami jumpa, sampai la doc ni ❤️ InshaAllah Fila akan share our TTC and IVF journey dr 2019 dlu. dah lama ni simpan sorang-sorang.
“Kami redha dan bersyukur. Doakan kami juga ya,” begitulah luahan Fila di ruangan kapsyen.
Meneri komen ramai yang memberikan kata-kata positif buat Fila dan pasangannya. Semoga pasangan ini akan didipermudahkan untuk memperolehi cahaya mata.
Menerusi ruangan komen di Instagram Fila, netizen mendoakan agar urusan Fila dan suami untuk mendapat anak dipermudahkan. Malah ada yang meminta agar pasangan ini terus kuat.
Allahu, sayunya hati apabila mendengar berita seorang kanak-kanak perempuan 9 tahun maut, cedera organ dalaman dipercayai mangsa dera ayah mak tiri. Sampainya hati.Memetik laporan Harian Metro, Aina Nabihah adalah kanak-kanak yang maut dipercayai akibat didera ayah kandung dan mak tirinya di rumah keluarganya di Taman Vista Jaya, Lukut, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, mangsa Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, dilihat tidak sedarkan diri oleh bapanya pada 11.30 malam.
“Lelaki berusia 38 tahun cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada anak keduanya itu namun tidak berjaya. Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk rawatan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada 12.30 tengah malam, malah pemeriksaan menemui kesan lebam di seluruh badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kecederaan Organ Dalaman
Katanya, mayat mangsa diserahkan ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat dan keputusan mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah pada organ dalaman.
“Bedah siasat mendapati buah pinggang mangsa rosak, usus koyak, tulang rusuk kanan dan kiri patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul,” katanya.
Berikutan kejadian itu, beliau berkata, suspek ditahan selepas selesai bedah siasat di HTJ hari ini dan akan mendapatkan perintah reman di mahkamah, esok.
Zainudin berkata, sebelum ini bapa kandung mangsa pernah ditahan atas kesalahan sama pada Jun tahun lalu, susulan laporan yang dibuat bekas isteri yang melihat kesan lebam ketika mengambil anaknya daripada jagaan lelaki itu.
“Kes terbabit dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan suspek dibebaskan atas alasan ingin mendidik mangsa,” katanya.
Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali mendakwa, anaknya yang juga rakan mangsa, mendedahkan kanak-kanak itu kerap mengadu didera bapanya sebelum ini.
Antara luahannya, “Lama-lama nanti aku mati kena bunuh,”.Dia beritahu anak saya, selalu kena pukul malah pernah dibaling kerusi oleh bapanya itu sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga beritahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, hari ini.
Beberapa Kali Mangsa Lebam Pada Mata
Sementara itu, seorang jiran lain, mendakwa kanak-kanak itu beberapa kali dilihat lebam pada muka, terutama pada bahagian mata.
“Mangsa agak pendiam dan jarang keluar rumah tetapi semua orang di sini tahu dia adalah kanak-kanak yang baik. Apabila saya bertanya mengenai kecederaan sebelum ini, dia memberi alasan terjatuh daripada basikal.
“Kami juga kerap mendengar suara bapanya marah-marah di dalam rumah itu dan disusuli bunyi seperti pukulan. Bapanya memang garang, tetapi mempunyai hubungan baik dengan jiran dan pernah memberitahu tidak sentuh anak-anak ketika marah,” katanya.
Jiran berkenaan turut berkata, tidak pernah mendengar kanak-kanak itu bercerita perkara buruk mengenai bapanya yang juga seorang anggota tentera berpangkat sarjan.
Ditanya mengenai kejadian malam tadi, dia berkata, mereka tidak menyedari bunyi mencurigakan, namun mengakui mendengar suara bapanya marah dengan kuat dari dalam rumah itu pada tengah hari, Ahad lalu.
Semoga arwah adik Aina Nabihah tenang menemui penciptaNya.Berakhir sudah segala penderitaan yang dialami selama ini. Buat mak ayah dalam mahu mendidik dan mengajar anak-anak biarlah berpada-pada, jangan terlalu mengikut perasaan amarah yang mengakibatkan kecederaan dari segi emosi dan fizikal buat mereka.
‘Zaman sekarang kesabaran anak mula berkurang.’ Cabarannya mak ayah kena kawal anak-anak sebaik mungkin. Ini ujian berat buat mak,ayah yang mempunyai anak yang sedang membesar.
Bukan hanya anak-anak, mak ayah pun sabarnya tak sebanyak zaman dahulu. Dalam dunia sekarang dengan kepesatan teknologi membuatkan anak-anak sukar dididik untuk bersabar.
Ikuti perkongsian santai Hilmi Jailani dan dalam masa yang sama hadam baik-baik mesej yang disampaikan:
Zaman Sekarang
Teringat zaman 20 tahun dulu. Tengah seronok tengok televisyen mak datang bawak vakum. Inilah antara moment mencabar kesabaran seorang budak.
Cerita power rangers kot. Jangan buat main. Bunyi vakum waktu itu pula tak nak kalah. Boleh bergegar dinding rumah jiran. Time mak ON vakum itu sedang elok time power rangers tengah nak bertukar.
Dia punya geram ya Rabbi. Mak ni macam saja nak uji kita.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.