Masa nak pergi sekolah memang itulah waktu kalut. Pagi itulah baju, stokin, hatta bekas pensil boleh jadi magik, hilang dari radar! Mak-mak mulalah gesa anak cari cepat dan bersiap laju-laju.
Sebabnya mak pun terkejar waktu. Nak menempuh kesesakan jalan satu hal, nak pastikan anak-anak sampai tepat waktunya di sekolah satu lagi tanggungjawab yang berat.
Bayangkan bila dalam perjalanan ke sekolah, anak maklumkan beg sekolahnya tertinggal. Itu belum lagi, pagi itulah waktu dalam kereta anak beritahu cikgu minta bawa barang keperluan sekolah.
Apa tindakan ibu? Dr Siti Ujila Masuri, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Pembuatan & Mekanikal, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) berkongsi panduan menangani emosi pagi berhadapan kerenah anak-anak yang kadangkala pelupa sifatnya.
Macamana Boleh Tertinggal Beg, Tiap Hari Bawa Pun Boleh Terlupa!
Hari ni pagi-pagi masuk ofis rasa nak menangis. Hati ni rasa macam dihiris-hiris.
Ya Allah, rasa nak sangat ada ‘time machine’ depan saya sekarang, sebab saya nak patah balik ke sejam yang sebelumnya.
Waktu yang tadinya saya marah dia, satu-satunya anak perempuan saya. Yaya, tiba-tiba entah macamana hari ni dia tertinggal beg sekolah di rumah. Kami dah sampai di tempat parking. Nak naik atas balik tingkat 8, tunggu lif lagi, berjalan ke rumah, jalan ke tempat parking semula, aduhhhh lecehnya.
“Macamana boleh tertinggal Yaya? Dah tiap-tiap hari bawa pun boleh lupa!” – saya marah dia. Yaya sudah mula berair mata.
“Lain kali jangan lupa lagi, kalau tak Yaya kena ketuk ketampi 10 kali!”, terus dia menangis.
Ads
Amboi mama, sedap je marah anak. Cepat je nak denda. Bila dah drive ke sekolah anak, baru tau rasa bersalah tu sakitnya macamana.
‘Apasallah aku nak garang sangat?’
Dia cuma tertinggal beg. Macam la kau tak pernah tertinggal barang? Macam la kau tak pernah lupa?
Sebab dia anak, suka-suka hati kau je nak marah-marah. Kau lupa ke anak kau pun ada hati? Kau lupa ke anak kau pun orang, yang faham erti kasih sayang?
Begitulah mak ayah, kadang kala. Hanya kerana tubuh di hadapan kita itu kecil lagi, kita marah mereka dengan nada dan kata-kata yang menyakitkan hati. Sedangkan mereka sudah mampu mengerti. Nanti bila anak yang kecil itu sudah besar, tidak mahu balik kampung tengok kita, lari dan jauhkan diri dari kita, cakap dengan kita marah-marah sedangkan kita sudah tua..waktu itu ingatlah yang mungkin itu juga yang kita lakukan kepada mereka ketika mereka kecil.
What you give, you get back. What goes around, comes around.
Ads
Marah boleh. Tapi ikut keadaan.
Anak kurang ajar, mesti diajar. Anak malas, mesti dinasihatkan.
Tapi anak terlupa, ingatlah yang kita juga sering terlupa.
Lampu merah. Saya pusingkan badan dan tengok dia yang duduk di belakang, di bahagian tengah. Sy capai badannya, “kakak, mama sorry kay”
Saya usap kepalanya. Cium dahinya. “Sorry sayang, mama marah tadi”
“Okay” jawab Yaya perlahan.
Dia jawab okay, tapi saya yang rasa tak okay. Sebab saya spoil kan mood dia nak pergi sekolah. She should have gone to school full of happiness, she was..but I was the one who turned it into tears.
Ads
Just because of small, careless mistake that I did myself million times.
Bila masuk office dan terus ternampak nota kecil tulisan yaya ini atas meja, I just knew it that I have hurt her feelings so many times, when she..on the other hand..loves me so much.
And I return in with anger, just because she forgets?
Do I, myself, not forget?
Maafkan mama, yaya. Mama yang lupa anak mama ni kecil lagi, mama yang lupa mama sendiri selalu cuai dan buat silap.
I love you too sayang. Petang ni mama bawa gi main basikal kat taman kay.
Time machine, cepatlah pukul 5. Tak sabar nak jumpa dia.
Kadang-kadang pelik memikirkan perangai suami tiba-tiba berubah. Kalau dulu, dia terlalu sibuk sehingga susah untuk diajak berbual. Tapi kali ini nampaknya, dia cukup baik dan melayan isteri dengan penuh kasih sayang.
Jangan tersalah anggap. Keadaan ini boleh membuatkan isteri rasa musykil dengan tingkah laku suami. Bersyukur kerana ia merapatkan lagi kasih sayang. Tetapi, jangan terlalu mempercayai kerana ia boleh mengundang padah. Diam tak diam, rupanya yang baik selama ini ‘ada udang di sebalik batu’. menyimpan segala kecurangan agar tidak di hidu oleh isteri.
Mungkin ini adalah tanda-tanda yang boleh isteri-isteri ‘alert’. Bukan menuduh semua suami yang berperangai romantis tiba-tiba berlaku curang, tetapi ia boleh dijadikan suatu peringatan untuk isteri tentang perubahan sikap yang ditunjukkan oleh suami ini.
Ada tip yang boleh dikongsi bersama, jika suami berlaku curang pada isteri:
1.Jangan terlalu sedih, sebaliknya kuatkan minda dan hilangkan kesedihan serta kekecewaan yang dilalui ini dengan kekuata positif.
2.Didik hati untuk memaafkan suami. Walaupun boleh memaafkan tetapi belum tentu isteri boleh melupakan. Anggap suami telah tersilap dan berdoa supaya suami jadi lebih baik.
3.Alihkan fokus kepada perkara penting yang lain. Jangan terlalu bergantungan emosi pada suami. Bina semula kehidupan yang lebih ceria.
4.Baca buku-buku motivasi yang boleh menjadi pendorong untuk maju ke hadapan dan tidak menoleh pada peristiwa pahit ini.
5.Bawa suami ke jalan yang diredhai Allah dengan memaikan peranan untuk menjadikan suami lebih baik daripada sebelum ini.
6.Banyakkan berdoa, bersedekah dan membaca Al-Quran.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang sikap seorang perempuan, suka meluah kepada suami untuk kurangkan rasa penat dan apa yang terbuku di hati dan suami yang baik akan rela hati jadi pendengar setia.
Sama ada yang baik atau terselit kisat tak best, suami kena tegur dengan cara terbaik. Tak boleh salah cakap dan nak mudah faham konsep yang Puan Intan Dzulkeflikongsikan ini. In Shaa Allah rumah tangga akan harmoni sentiasa.
Istilah Suami Yang Baik
Suami yang baik sentiasa cuba jaga sebaiknya kebajikan emosi & rohani isteri si jantung hati rumahtangga. Sebab itu ada pepatah orang puteh; bila wife happy, seluruh rumahtangga happy. Anak-anak pun happy. InsyaAllah.
Suami yang baik, buat semua tu bukan sebab takut isteri, bukan bajet poyo melainkan dia tahu setiap perbuatannya mempengaruhi seisi rumah.
Banyak ibu yang marah-marah anak, asyik mengeluh, muka tak boleh nak senyum langsung.. bila ditanya punca sebab suami tak mahu share tugas rumahtangga & menguruskan anak-anak. Biarkan isteri tanggung semua tanggungjawab seorang diri.
Bila wife stress, kesannya pada anak-anak. Sebaliknya kalau wife happy, dia deliver pada anak-anak.
So, suami.. Bantulah isteri memberi cinta & kasih sayang kepada anak-anak, ya.
Suami Yang Baik Dia Pendengar Yang Baik
Bila isteri meluahkan… suami yang baik tak terus hukum si isteri ni isteri derhaka, jahat, tak bersyukur.. tapi dia faham, ini memang fitrah seorang wanita. Bila isteri penat, stress, dia tak happy.. bila dia tak happy dia sebarkan aura tak best dalam rumah tangga.
Jadi, bila isteri meluahkan penat, kepala suami yang baik akan ligat fikir apa yang boleh dibuat untuk ringankan sedikit kepenatan isterinya. Takkan sesekali dia balas dengan perlian, “awak fikir penat awak je… habis tu, saya ni tak penat?”
Isteri Memang Sensitif
Kualiti kesabaran dalam menghadapi taufan emosi seorang wanita ni, perlu disemai oleh semua lelaki sebelum dia ambil keputusan untuk bergelar suami.
Wanita memang kelemahannya mudah sangat hilang kewarasan. Suami buat silap tak wish anniversary terus dia lupa jasa suami masak & suapkan anak makan, basuh baju & lipat baju, basuh pinggan mangkuk & buang sampah sebelum tidur.
Memang fitrah wanita begitu.. dalam perkahwinan, dia memang mudah lupa daratan jika terlalu ikutkan emosi. Dia hanya akan ingat pengorbanan dia sahaja.
Sebab itu Allah yang Maha Bijaksana meletakkan wanita dibawah pengawasan seorang lelaki yang ‘qowam’ & lebih stabil mengurus emosi.
Bila wanita belum kahwin, ayahnya yang menyayanginya. Bila dia sudah berkahwin, suaminya yang melindunginya. Bila dia sudah tua & menjanda, dia dijaga oleh anak lelakinya. Subhanallah.
Jadilah Suami Terbaik
“Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik kepada isteri & ahli keluarganya. Dan Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik terhadap isteri & keluarganya.”
Semoga Allah sentiasa merahmati suami yang baik & soleh.
Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah. ❤
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau isteri sarat mengandung, suami ‘haram’ sebut 5 kata-kata ini. Sebabnya orang perempuan bila tengah mengandung memang sensitif. Suami kena jaga kata-kata supaya hati isteri tidak terguris dengan ucapan yang mungkin tidak dimaksudkan tapi terkeluar dari mulut.
Ibu hamil cepat terasa hati, akibat perubahan hormon dalam badannya. Tambahan pula membawa kandungan yang beratnya mungkin melebihi 5kg. Jadi kalau suami tak mahu mengganggu emosi isteri, elakkan daripada mengucapkan lima ayat ini.
“Besarnya Perut, Mesti Bayi Pun Besar”
Ayat ini mungkin boleh membuatkan isteri yang sarat mengandung murung kerana bentuk badannya yang sudah berubah. Teguran suami mungkin disalah ertikan oleh isteri sebaiknya puji sahaja dan katakan pada isteri yang sedang kandungkan anak anda bahawa dia kelihatan lebih cantik dan berseri-seri ketika mengandung.
“Betul Ke Nak Pakai Baju Tu Keluar Nanti”
Jika soalan anda begitu, pasti rancangan untuk keluar bersama akan terbatal kerana rajuk sang isteri. Ucapkan yang lebih manis seperti, “ Kalau sayang rasa selesa, pakai sahajalah baju itu.” Kan lebih mulia.
“Kenapa Sayang Dah Kurang Mesra”
Kata-kata ini seakan menyalahkan isteri semata-mata. Jaga kata-kata lebih baik terus terang dan beritahu isteri bahawa anda rindu pelukan isteri tersayang. Sambil tu jangan lupa peluk terus isteri anda yang sedang sarat tu. Mesti mereka lebih bahagia.
Mungkin anda melontarkan kata-kata ini ketika melihat rumah yang berselerak dan tidak berkemas. Kena ingat isteri anda bukannya malas, tapi kerana perubahan dalam badan mereka, isteri jadi cepat penat. Daripada mengucapkan itu, cuba tukar dengan “ Sayang penat, ya? Meh abang urut.” Kan lebih sweet…
“Mama Ni Kuat Betul Membebelnya…”
Jangan diperlekehkan keluhan-keluahan isteri yang sedang sarat mengandung kerana itu boleh membuatkan mereka sedih dan keadaan ini dikhuatiri akan memberi kesan pada kesihatan bayi dalam kandungan. Lebih baik anda tenangkan saja isteri yang sedang membebel dengan menyuruhnya berehat atau segera melakukan apa yang isteri suruh.
7 Tip Bahagiakan Isteri Sarat Mengandung
1. Surprisekan dengan kuntuman bunga segar. Kadangkala kejutan seringkas ini pun boleh membuatkan isteri hamil bahagia.
2. Urut kakinya. Masa mengandung dengan membawa perut yang besar, bukannya satu perkara mudah. Kaki kejang dan lenguh itu biasa. Suami urutlah kaki isteri dengan lembut dan tenang.
3. Masakkan makan malam untuknya dan bersihkan dapur selepas memasak. Penting tu. Tak adalah nanti anda nak buat kejutan, tapi akhirnya tetap menyusahkan isteri yang sarat mengandung tu.
4. Jangan ganggu tidurnya. Salah satu masalah ibu hamil adalah sukar mendapat tidur yang lena, terutama nak masuk trimester ketiga. Masa inilah suami ambil alih tugas isteri. Biarkan isteri berehat setenangnya. Bangun-bangun saja segalanya sudah tersedia.
5. Nota cinta buat sang ratu. Memang susah nak jumpa pasangan yang romantis semacam ini. Tapi kisah ini ada. Walaupun sudah lama berkahwin dan anak sudah besar-besar, suami masih memberikan nota cinta untuk isterinya. Allah.. sweet sungguh!
6. Bawa bercuti. Kadangkala isteri yang sarat hamil cuma mahukan ketenangan. Bawalah dia bercuti ke tempat yang diinginkan. Di pantai ke, pusat peranginan ke.. asalkan hatinya bahagia. Nanti anak yang dikandung pun akan rasa bahagia sama.
7. Peluk dan dakaplah dengan kasih sayang. Ketika isteri sarat mengandung, emosinya memang berbolak balik. Antara nak melayan morning sickness, rasa mengidam dan macam-macam lagi. Layankan sajalah wahai suami. Bersabarlah untuk 9 bulan ini. Jangan lupa berikan pelukan hangat dan kasih untuk isteri kerana itulah perkara yang isteri perlukan sangat-sangat ketika sarat hamil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pasangan yang kehilangan anak sulung tahun lalu kini dikurniakan tiga puteri hasil IVF Tunku Azizah. Kelahiran ini menjadi pengubat rindu Al-Fateh dan bukti keprihatinan Tengku Ampuan Pahang dalam membantu pasangan yang berjuang mendapatkan zuriat.