Anak yang susah bernafas dan batuk-batuk pada waktu malam memang akan dikaitkan dengan penyakit asma. Bukan batuk biasa tetapi sampai satu tahap anak akan bernafas dengan cepat dan siap berbunyi.
Jika ini berlaku pada anak-anak bawah 5 tahun, mak ayah tak boleh pandang remeh. Malah menurut Doktor Khairul Faizie, kalau terpaksa menerima rawatan nebuliser, tolonglah berlapang dada.
Rawatan Nebuliser Untuk Anak Yang Ada Penyakit Asma
Ya, mungkin ada sesetengah mak ayah rasa keberatan untuk membenarkan anak mereka diberi rawatan “nebuliser”, dengan alasan:
‘TAK MAHU BIASA KAN AMBIL NEBULISER, NANTI JADI ASTHMA’
Ini ialah salah faham / misconception yang perlu di perbetul kan ya. Doktor pun bukan suka suka nak bagi rawatan nebuliser kepada anak kecil anda, unless ada keperluan untuk di beri.
Ya, rawatan nebuliser itu memang sinonim dengan penyakit asma. Ianya di beri untuk membuka airway ( rongga pernafasan ) yang menyempit semasa attack asma berlangsung ( Bronchodilation effect)
Namun, bukan hanya asthma sahaja yang ada penyempitan airway ini. Keadaan seperti Bronchitis, atau Bronchiolitis yang biasa di alami kanak kanak, terutama nya usia bawah 5 tahun, pun ada penyempitan airways ini. Maka, untuk membuka saluran pernafasan, kita bagi rawatan nebuliser.
Sebenarnya, untuk doktor betul betul membuat diagnosis asthma dalam kanak kanak usia bawah 5 tahun sendiri, adalah sukar. Ini kerana, pada peringkat usia ini, mereka memang kerap kena simptom respiratori yang berulang ulang ( episodic respiratory symptoms) seperti batuk, dan wheezing.
Secara umumnya, doktor perlu melihat kepada banyak faktor seperti:
– faktor sejarah keluarga
– sejarah kerap berulang ulang simptom seperti wheezing
– sejarah adanya alahan, termasuk dalam famili
– ujian spesifik seperti Spirometry test (jika kanak kanak dah mampu buat test itu)
– respon / tindakbalas positif yang konsisten setiap kali diberi rawatan ” bronchiodilator”.
Apa pun, mak ayah kena faham dan sebagai kesimpulan rujuk 3 perkara ini:
1) Kalau anak anda kerap kena batuk-batuk, terutama berserta simptom wheezing, tidak semestinya ia asthma. Namun, ia boleh jadi simptom asthma in children. Untuk diagnosis yang tepat, kena rujuk doktor pakar kanak kanak anda, dan doktor akan pantau / follow up kes anak.
2) Mengambil nebuliser kerap pada usia kanak kanak, BUKANLAH penyebab terjadinya penyakit asthma.
Nebuliser hanyalah rawatan. Malahan, mungkin disebabkan adanya childhood asthma itu lah, maka nebuliser itu perlu di berikan. Boleh faham tak?
3) Dan ada pula jenis parents yang suka sangat nak anak dia diberi nebuliser, walhal tiada keperluan pun, Tiada airways obstruction, tiada wheezing. Just because sebelum ni anak nya pernah di beri nebuliser, maka each time anak batuk, dia nak anak ambil neb. Ini pun misconception yang perlu di buang ya. Dan nebuliser bukan untuk hidung tersumbat, sebab banyak kali saya dapat kes parents mintak anak diberi nebuliser, sebab kesian tengok anak hidung tersumbat selsema.
Doktor akan tentukan sama ada anak perlu atau tidak nebuliser, lepas doktor periksa (termasuk pemeriksaan mendengar paru-paru guna stetoskop).
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI