Kalau sudah namanya perempuan mestilah merajuk. Itu perkara biasa dalam kehidupan insan yang bergelar golongan Hawa. Jika tidak dengan kekasih, merajuk dengan suami atau pun dengan teman-teman.
Merajuk tanda protes perempuan apabila mereka tidak suka mengenai sesuatu perkara. Ia bantahan secara ‘lembut’ namun menusuk sehingga ke kalbu orang yang dirajuk. Ada pelbagai cara merajuk, ada yang bermasam muka, mendiamkan diri dan tidak kurang juga menangis. Lebih parah, bagi yang tekad mereka membawa diri.
Mahukan Perhatian Suami
Secara personal, dalam kehidupan berumah tangga saya merasakan tidak ada salahnya jika sekali sekala kita merajuk. Bukan sahaja tanda protes malah ia juga sebagai isyarat kepada pasangan agar lebih peka dan mengambil berat. Senang cakap, merajuk seorang isteri kerana mahukan perhatian dan bermanja dengan suami.
Ads
Banyak sebab isteri merajuk, antaranya suami pulang lewat dan lupa ulang tahun perkahwinan. Dari sekecil-kecil perkara sampai kepada isu yang besar, biasanya wanita akan merajuk apabila perasaan mereka terluka.
Wajib Pujuk
Dalam situasi ini, encik suami kenalah main peranan. Untuk jernihkan keadaan, jangan cari siapa yang salah. Sebaliknya, buang yang keruh ke tepi. Pujuklah isteri dengan penuh kasih sayang dan paling penting ikhlas.
Ads
Si isteri pula jika suami sudah pujuk, jangan pula jual mahal. Suami sudah rendahkan egonya untuk memujuk dan menjaga hati isteri demi kebahagiaan. Jadi isteri berilah tindak balas yang positif.
Makan Hati Muka Cepat Tua
Jangan biarkan rajuk berpanjangan rugi tau. Makan hati, cepat tua. Tidak perlulah sampai berhari-hari hanya kerana tidak berpuas hati. Pujuklah diri memaafkan kesilapan suami. Ingat! Suami pun ada egonya. Jika sudah puas dipujuk, isteri masih lagi keras macam batu. Memang suami boleh hilang sabar dan naik angin. Sudahnya rajuk manja menjadi masalah yang besar dalam rumah tangga.
Ads
Jadi fikir-fikirkan lah wahai isteri. Satu lagi, saya nak pesan jika merajuk janganlah kerap sangat dan berpanjangan. Jika sesekali, suami akan memujuk dan menuruti kehendak kita tapi jika keterlaluan suami pun boleh jelak.
Sabar suami ada batasnya, jadi jangan menduga sangat ya. Sekadar berpesan kepada diri dan insan bernama isteri. Semoga coretan ringkas ini menjadi peringatan buat kita.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang Semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak jangan terlalu mengejar kesempurnaan kerana kesan akhirnya akan memberi impak kepada mak-mak.
Mak-mak bukan mengadap rumah tangga dan anak-anak sejam, dua tetapi sepanjang hari, bulan malah bertahun-tahun. Jadi berhentilah menghukum diri dan lakukan saja ikut kemampuan.
Jangan sesekali bebankan diri kalua tak mampu, sudah pasti lebih senang mak-mak nak uruskan keluarga. Ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi dan hadam baik-baik ya mak-mak.
Jangan Bebankan Diri Kalau Tak Mampu
Berbeza betul kesannya bila saya jaga anak waktu stres dengan waktu emosi lebih stabil.
Kalau waktu stres itu, mereka minta tolong temankan carikan baju pun, saya sudah marah-marah suruh cari sendiri. Lepas itu berlarutan merengeknya. Bertambah-tambah stres saya.
Jadi panjang pula dramanya. Kasihan pula. Dah la nak peluktak dapat. Buat baik saya buat tak nampak.
Mintak manja sikit, sudah kena marah.
Lepas itu, sampai ke anak pun jadi moody. Kalau dibiar lama bersama, mulalah bercakaran. Nada suara mereka pun sudah mula ikut macam nada suara saya yang tengah stres.
Tapi kalau waktu emosi stabil…. Saya kejutkan mereka bangun pagi dengan senyuman dan pelukan, bukan main tenang saya nak handle mereka.
Bila anak-anak minta tolong carikan baju waktu saya memasak, tenang dan senyum saya jawab “Mama boleh tolong carikan, tapi kalau Aqlan cari sendiri, lagilah mama bangga.
Suppp.. terus cari tanpa banyak tanya. Dengan ceria, terus datang balik tanya “Tengok ni mama, Alan dah siap sendiri. Hensem kan?”
Saya pula yang terhibur.
Bila dia senang hati, dengan abangnya pun dia buat baik. Ambilkan abang air, pujukkan abang yang tak berjaya gunting selofan tape. Semua jadi ceria. Cakap pun sopan aje.
Saya tengok pun bertambah senang hati.
Kalau Tak Mampu, Jangan Bebankan Diri
Bila saya fikir balik, rugi juga kalau saya biarkan stres menguasai diri. Dia punya spiral nak jatuh tu sangat mudah.
Tapi bila kita mulakan hari dengan ceria, positif dan usaha mula hari dengan bertenanga, satu hari dalam satu rumah penuh dengan drama cinta.
Sebenarnya, kita kena kecilkan expectation. Jangan bebankan diri kalau rasa tak mampu. Kurang ber’jangan’. Raikan aje sifat mereka yang tak tentu hala di mata.
Lapangkan dada lihat rumah sepah dek sifat mereka yang suka meneroka. Dan pandang mereka sebagai anak kecil nan ceria.
Pasti lebih senang hati, insyallah. Esok kita berjuang lagi ya kawan-kawan.
Berjuang melawan ketaklaratan, kemalasan, kemurungan dan ke-tak-ada-mood-an. Let’s make tomorrow better than yesterday!
MW: Semoga mak-mak di luar sana sentiasa kuat menguruskan keluarga kerana maklah nadi kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Betul tak?
Jangan main dengan talak. Walaupun mungkin it hanya sekadar gurauan. Inilah bbahayanya bila ada suami yang merasakan perkataan itu sebagai ugutan untuk diberi peringatan kepada isteri.
Mungkin asalnya, ada suami yang hanya anggap itu untuk gurauan. Tapi sebenarnya jangan main dengan talak. Sekali terlafaz, ia tidak boleh ditarik balik. Macam-macam boleh risiko yang akan ditanggung nanti.
Sebagai suami pula, memanglah talak di tangannya. Tapi jangan main dengan lafaz itu. Baik untuk bergurau mahupun dijadikan ugutan sekalipun. Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padanya.
Inilah antara perkongsian daripada Peguam Syarie, Amalina Adam tentang apa yang dikatakan tentang talak atau lafaz cerai.
Saya hendak berkongsi suatu kisah yang mana ada seorang isteri datang kepada Saya untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang suka bermain dengan “talak”.
Salah sedikit saja pun akan diugut dengan “CERAI” atau “TALAK”. Lambat buka pintu rumah disebutnya “TALAK”. Masak kurang sedap pun diugutnya “TALAK”.
Dipendekkan cerita semua perkaralah diugut “TALAK/CERAI” jika suami tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara. Isteri seorang yang bekerja dan bukan suri rumah sepenuh masa.
Suami pula tidak membantu dalam pengurusan rumah tangga termasuklah penjagaan anak-anak. Segala perihal di dalam rumah isteri yang uruskan. Suami hanya mengeluh penat bekerja sedangkan isteri pun bekerja juga.
Sejak berkahwin lagi sebenarnya tiada langsung sikap bertolak ansur dalam pengurusan rumah tangga sehinggalah pihak-pihak dikurniakan 2 orang anak perempuan.
Kerana Lewat 5 Minit
Dipendekkan cerita, isteri pernah diminta mengambil suami di pejabat, disebabkan hujan isteri memandu kereta secara perlahan. Suami menelefon isteri, Suami terus menyebut “lagi 5 minit kau tak sampai, aku bagi talak!”.
Memang taklah 5 minit sahaja nak terus sampai ke pejabat sebab hujan sangatlah lebat. Sebaik sahaja tiba di pejabat suami bekerja, dan suami terus berkata “aku tarik balik apa yang aku cakap tadi dan abaikan”. Isteri mengakui sangat jahil tentang talak, dan terus mengabaikan apa yang pernah suami lafazkan.
Kebanyakan talak atau cerai, memang suami akan menarik semula kata-katanya. Isteri beranggapan bahawa lafaz tersebut telah selesai. Isteri pernah meminta suami merujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut tentang sikap suami yang suka menyebut talak/cerai tetapi suami enggan serta menafikan sekerasnya bahawa dirinya tidak perlu merujuk kepada mana-mana pakar.
Semasa sedang asyik mendengar radio di pejabat, isteri terdengar perbualan dari seorang rakan isteri ada berkata “Apabila suami melafaz talak, maka tak boleh lagi ditarik semula!”.
Ayat tersebut bermain difikirkan isteri sehingga berbulan-bulan lamanya. Perasaan takut menghantui diri isteri apabila mengenangkan banyak jumlah talak atau cerai dilafazkan oleh suami dan suami bertindak menarik semula lafaz-lafaz tersebut apabila mendapati isteri telah langgar.
Isteri mencuba berterus terang dan berbincang dengan suami tentang kata-kata rakannya di tempat kerja, tetapi suami berkata “bajet ustaz ustazah betul kawan kau!”. Suami sekerasnya menafikan tentang hukum talak.
Kali terakhir suami melafazkan talak kepada isteri tersebut apabila isteri menceritakan sekali lagi tentang hukum talak serta mengajak suami pergi ke mahkamah syariah bagi mengesahkan lafaz-lafaz cerai. Suami tersenyum dan terus menyebut “kau nak sangat semua talak sebelum ini tersabit kan?, baik. Aku ceraikan kau dengan talak 10!”.
Isteri tergamam dengan kata-kata suami itu serta tidak menyangka pula suami akan menyebut lagi tentang talak. Setelah itu, Isteri mengemas pakaian dan membawa anak-anak keluar dari rumah tersebut dan pulang semula ke rumah ibu bapa isteri. Ketika ini isteri sedang dalam proses memfailkan kes pengesahan lafaz cerai bersama peguam syarienya. – Waallahu’alam.
p/s : Suka saya ingatkan sekali lagi bahawa majoriti para fuqaha berpendapat setiap lafaz taklik yang telah dilafazkan oleh suami terhadap isteri tidak boleh ditarik semula/dibatalkan.
Mingguan Wanita : Kalau suami yang tak fikir panjang, semua kata-kata dilepaskan. Jangan menyesal kemudian hari sudah!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ini apa yang anak autisme nampak pada malam hari. Lelaki ini, Khairul Azwan berkongsi kisah dirinya yang disahkan autisme dan ADHD dan berkongsi dari pandangan kaca matanya.
Berbanding mereka yang menjalani kehidupan normal. Hakikatnya, pandangan malam mereka tersangat indah malah penuh dengan warna warni. Indah sekali pengkisahannya. Sungguh menyentuh hati.
Kongsinya,
Pandangan Malam Anak Autisme Tak Sama
My autisme and ADHD life
Hai, i’m Khai, autisme and ADHD dewasa.
Di bulan Ramadhan ke-12 (ketika status dimuat naik) ini, Khai tergerak untuk berkongsi cerita tentang pemandangan di waktu malam.
Apa yang I nampak ne, adik-adik autisme yang lain pun sama merasainya.
Seperti post I yang lepas di mana tumbuhan-tumbuhan sangat cantik dilihat dari sudut pandangan autisme. Hari ni I nak berkongsi cerita pandangan di waktu malam.
Dari sudut pandangan autisme.
Tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan
Tetap berwarna warni, cuma bersinar je bila waktu malam.
Cikgu Marah Bila Warna Ikut Apa Anak Autisme Nampak
Langit malam kami tak sama dengan langit malam yang lain yang gelap dan boring. (cikgu suruh I kaler macam tu, gelap dan hitam, tapi I tak suka, I kaler macam I nampak, so cikgu marah, I pun sambil nangis tukar kaler yang seperti cikgu suruh).
Langit malam I terang seperti siang tapi sedikit gelap seperti mendung, berwarna hijau zamrud. Terang bersinar-sinar, Allahuakbar! bintang-bintang bergemerlapan. Seperti lagu kanak-kanak ‘twinkle twinkle litle star, like a diamond in the sky’.
Sangat cantik dan besar-besar kesemuanya. Sebesar bola sepak hingga sebesar guli. Memang sangat cantik. Buat I nak baring je kat satu tempat tu sambil tengok langit berjam-jam.
Bulan sangat cantik berwarna putih kuning, bersinar seperti emas, tapi bila tiba bulan penuh bulan yang I nampak sangat besar hampir memenuhi langit. So I sangat ketakutan. Bila tiba full moon (bulan penuh).
Thank you Allah for this gift. I’m very thankful for that.
Langit malam beribu bintang bersinar, tapi kalau nak hujan, jadi seperti aurora berwarna lain di setiap tempat. Ada purple. Tu kalau nak hujan ribut petir, yellow tu kalau nak hujan je. Awan bersinar macam diamond.
Mungkin sebab awan terjadi dari air. Air kan kami nampak macam diamond. Tutup mata sekejap. Bayangkan seperti yang I cerita tu. Hurmm menarik kan.
Terima kasih kerana sudi selami dunia kami. Kami pun tak nak berbeza, tapi Allah SWT dah ciptakan kami berbeza. Sayangi la kami.
‘KAMI BUKANNYA GILA, BUKAN TAK WARAS TAPI KAMI ISTIMEWA’
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...