Kalau bercakap pasal kurus, sampai esok pagi pun wanita sanggup berjaga. Ramai yang mencari formula nak kurus terutama bagi mak-mak yang lepas bersalin. Dek kerana keghairahan nak kurus, ramai yang terjebak dengan produk pelangsingan. Duit habis beribu tapi badan tak juga kurus.
Daripada dok buang duit guna produk kurus yang belum tentu selamat dan berkesan, lebih baik kita cuba diet yang tengah viral sekarang. Cuba betul-betul diet telur rebus ni, confirm kurus tau. Ramai dah yang cuba dan akui keberkesanan diet telur rebus. Minggu ini Mingguan Wanita kongsi menu diet seminggu telur rebus. Jom cuba!
Isnin
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: 1 biji epal hijau & roti gandum penuh
Makan Malam: Salad & ayam masak stim
Selasa
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: salad & ayam panggang
Malam: 2 biji telur rebus, salad dan oren/ limau
Ads
Rabu
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: keju rendah lemak, tomato & roti/ sandwic
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup
Khamis
Sarapan-Buah-buahan &2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup ayam
Ads
Jumaat
Sarapan: Buah & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: sup sayur dan 2 biji telur rebus
Malam: Ikan bakar & salad/ ulam
Sarapan-Buah & 2 biji telur
Makan Tengah hari-ayam bakar/ ayam masak stim bersama salad/ sayur
Malam: Sup sayur
Khasiat Telur Rebus
1-Sumber protein dan serat yang sihat, ia membuatkan perut kenyang lebih lama.
2-Membantu meningkatkan metabolisme tubuh
3-Dikatakan dapat membantu membakar lemak
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selain pakaian dan hand bag, orang perempuan suka sangat beli kasut. Kalau berjalan ke mall, tak beli baju mesti beli kasut atau beg tangan. Saya pun macam tu juga, kadang-kadang sampai bersepah kasut dalam kereta. Walhal hari-hari pakai yang sama juga.
Kalau beli baju kita biasanya boleh cuba dulu, begitu juga dengan kasut. Tapi satu je masalah dengan kasut ni, bila baru pakai lama sikit mulalah kaki melecet la, rasa ketat la. Tiba-tiba je jadi tak selesa. Padahal masa nak beli dah cuba dan memang cantik dipakai di kaki sendiri.
Tapi itulah yang sentiasa jadi masalah, akhirnya kasut yang sama juga yang dipakai setiap hari sebab ambil masa sikit untuk selesakan diri dengan kasut baru yang dibeli.
Ada orang kata kalau nak beli kasut jangan beli waktu pagi sebab time tu ukuran kaki akan bersaiz lebih kecil. Waktu paling sesuai adalah pada waktu petang atau malam di mana pada masa tersebut saiz kaki sedikit membesar. Kalau nak tahu kesahihannya mungkin anda boleh cuba beli dalam dua waktu ini nanti. Tapi segala kos kerugian kena tanggung sendiri la ya.
Ok berbalik kepada masalah kaki melecet bila pakai kasut baru, kat sini saya nk kongsikan beberapa tip yang boleh anda cuba buat selain gigit kasut baru sebelum dipakai (saya pun selalu buat benda ni!) Yang mana saya rasa kebanyakan orang pun buat benda ni kan? Kadang-kadang menjadi juga petua ni kan. Ok kat bawah ni antara tip yang boleh anda buat untuk atasi masalah kaki melecet:
Khas buat yang suka shopping kasut jangan lupa guna kod promo ini untuk dapat diskaun terhebat.
1. Sila pakai kasut baru di sekitar rumah sebelum anda pakai di luar. Pakai naik turun tangga dalam rumah, berdiri semasa memasak, bermain dengan anak atau boleh juga cuba berlari dengan kasut baru anda tu.
2. Pakailah kasut dalam waktu singkat, namun kerap. Masa anda cuba kasut baru sebelum membelinya, mesti rasa selesa dan cantik je dekat kaki kan? Itu sebab kita belum memakainya dalam waktu yang cukup lama hingga boleh menyebabkan rasa sakit (atau mengubah bentuk kasut agar sesuai dengan kaki). Jadi, lepas beli silalah pakai kasut baru anda tu segera dan sekerap yang mungkin.
3. Mula-mula, pakai kasut selama 10 minit. Cuba cara ini selama beberapa hari. Secara berperingkat, pakai kasut selama 10 minit atau lebih, setiap beberapa hari sekali, sampai anda boleh pakai kasut tu selama satu jam. Rasanya masa tu, kasut sepatutnya dah boleh dipakai dengan selesa.
3. Bawa kasut ke tempat kerja. Pakai kasut lama ke tempat kerja, tapi ketika duduk, pakai kasut yang baru dan biasakan dengan kaki. Ini adalah cara untuk mula memakai kasut baru sambil jimat masa.
4. Seeloknya pakai kasut dengan sarung kaki atau stoking. Cara ini juga dapat mencegah kaki daripada melecet ketika membiasakan diri dengan kasut baru. Cuba pakai stoking tebal dan tekan ke dalam kasut. Sarung kaki dan stoking dapat membantu meregangkan bentuk kasut baru anda tu.
5. Tampal plaster pada bahagian yang selalu melecet terutamanya bahagian belakang tumit kaki.
6. Letak bedak dalam kasut anda juga salah satu cara mengurangkan risiko kaki melecet. Geseran akan berkurangan kerana permukaan menjadi lebih lembut.
7. Yang ni mungkin kedengaran agak kelakar tapi ada dah cuba dan terbukti keberkesanannya. Gunakan deodoran roll on untuk licinkan permukaan bahagian belakang kaki.
8. Anda juga boleh cuba tampal tape pada jari kaki ketiga dan keempat yang selalu menjadi spot terbaik untuk melecet.
9. Atau boleh guna cara letakkan plastik beg yang telah diisikan air dalam kasut dan dibiarkan semalaman dalam peti ais. Ini bertujuan untuk mengembangkan pada bahagian kasut yang ketat. Cara ini memerlukan kasut berada di dalam peti beku untuk tempoh yang lama, ini kemungkinan kasut menjadi basah. Pastikan kasut yang menggunakan kaedah ini bukan kasut yang mudah rosak dengan air.
Sebenarnya untuk menyiang Ikan keli mahupun apa juga jenis ikan air tawar ada caranya.Ada bahagian darah beku yang perlu dibuang. Jika salah teknik menyiang, ikan yang dimasak pasti akan rasa hanyir dan berbau selepas dimasak.Letaklah macam-macam jenis petua pun untuk hilangkan bau tersebut ia tetap tak hilang.
Menurut perkongsian oleh Aris Farhan yang juga Pengasas, Hamka Freshmart beliau kongsikan cara menyiang ikan keli yang sebenar sebagai rujukan.
Abang nak kongsi pada kalian khususnya pada anak dara dan anak teruna di luar sana cara asas menyiang ikan keli dan teknik membuang objek (darah beku) hanyir dalamannya. Buat yang gemar makan ikan air tawar seperti keli, patin, dan keturunannya , pasti mahu rasanya yang tidak hanyir dan berbau ketika masak dan makan.
Sebenarnya di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Buatlah macam mana pun, kalau tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.
Jadi, boleh tengok cara-cara menyiang ikan keli ini pada gambar dibawah. Tetapi ingat, jangan pula cari bendalah hanyir tu dalam ikan yang tidak ada kena mengena seperti ikan Nun, mahu sebesar rumah bendalah hanyir tu. Kahkahkah.
1. Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya boleh search di youtube, ada seorang ustaz dari seberang ada mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.
2. Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau kalian nak masak sekali sesungut ini, itu hak kalian. Hahaha.
3. Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.
4. Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.
5. Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, engkau tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.
6. Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh. Hahaha.
7. Ha ini bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.
8. Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan engkau buat batu cincin pula ya. Haha.
9. Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba!
Jika ia bermanfaat, mohon share sebanyak mungkin di facebook anda. Terima kasih.
Sumber:Aris Farhan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak saya cuma tiga dan cukuplah cuma tiga. Itu sudah complete. Alhamdulillah… Anak sulung saya, Mirza Yadiy budaknya sangat berkira-kira. Baik dari bangun tidur sampailah nak masuk tidur.
Dia tepat dan tak boleh sangat nak di bawa bergurau. Kuat merajuk! Macam saya barangkali..
Anak kedua saya, Zarif Ziyad. Ya ampun, tajuk itu saya tuju untuknya.. ‘Super Nakal’ Sejak dari ‘baby’ dia mahukan perhatian. Tapi saya tak rajin sangat nak beri. Dan di hujung-hujungnya, dia akan merajuk dan sentap. Nah, akhirnya Zarif macam saya juga..
Anak ketiga saya, Qaseh Zahirah satu-satunya ‘princess’ dalam rumah ini. Karakternya bila dia mahukan sesuatu, dia akan cuba peroleh. Disebabkan dia satu-satunya perempuan, manjanya.. ya ampun.
Entah kenapa, saya senang sekali berkongsi cerita-cerita tentang anak kedua saya, Zarif. Mungkin disebabkan sifatnya yang kelakar. Macam anak-anak kedua yang lain, Zarif tetap ada sindrom anak kedua.
Dia manja, terlalu mahukan perhatian dan selalu saja buat saya geram. Sampai pernah saya sanggup hantar dia ke rumah mak sebab tak boleh nak handle emosinya yang merentan-rentan.
Ada banyak cerita kelakar saya dengan Zarif. Pernah saya makan di kedai makan dan Zarif meronta-ronta sampai terbalik meja makan dibuatnya. Ok.. itu baru sedikit. Pernah juga dia merentan-rentan sampai kasut yang dia pakai tercampak dalam tray makanan yang hendak dijual di kedai mamak.
Itu cerita waktu dia kecil. Makin membesar, tahap kelakarnya makin mecabar. Satu hal yang saya perasan, rupa-rupanya dalam pada dia asyik membuatkan saya geram, kami juga semakin akrab.
Dia jugalah anak yang paling kerap saya peluk, paling kerap saya nasihat, paling kerap saya berikan alasan sebab apa tak boleh buat itu tak boleh buat ini. Dan hasilnya, dia yang paling dekat dengan saya. (Walaupun selalu buat saya geram).
Dan dari situ saya belajar sesuatu; dalam satu-satu perkara saya tak boleh terlalu membenci sesuatu, kerana apa yang kita tak suka itulah kadang kala yang terbaik untuk kita. Ya, yang paling baik sekali.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!