“Amalan setiap permulaan hari dengan Doa Nabi Yunus serta restu dari suami” itulah antara rahsia kejayaan yang diamalkan oleh usahawanita berjaya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Lavender Holidays & Management Sdn Bhd (LHM), Hajah Norlelawati Abdul Razak.
Sebagai wanita, seharus perlu bijak menguruskan masa. Anda juga perlu bijak membahagikan masa dalam menguruskan perniagaan, keluarga dan rumah tangga. Sebenarnya dalam diri seseorang wanita itu ada kekuatan yang besar.
“Amalan Setiap Permulaan Hari Dengan Doa Nabi Yunus”
Malah kini ramai wanita yang aktif dalam perniagaan. Kejayaan bukan hanya datang bergolek sebenarnya wanita juga mampu menjadi seorang seorang usahawan, ibu, isteri, surirumah mahupun bekerja. Bagi anda yang baru berjinak-jinak mahu memulakan perniagaan, Hajah Norlelawati berkongsi tip kisah kejayaannya.
“Amalan saya setiap permulaan hari adalah dengan doa Nabi Yunus serta restu dari suami. Saya tidak pandai dalam perniagaan tapi saya akan cuba sehingga mencapai kejayaan.
“Perkataan mengalah itu ada sebagai manusia tapi bila kita bersandarkan bantuan dari Allah dan doa yang tidak pernah putus untuk terus mendapat kasih dan sayang Allah, semuanya akan jadi baik-baik sahaja,” kongsi Hajah Norlelawati.
Suri Rumah Sepenuh Masa
Ditebak tentang dirinya, Hajah Norlelawati menerangkan sebelum ini dirinya merupakan seorang suri rumah.
“Sebelum ini saya seorang suri rumah sepenuh masa. Lavender Holidays telah didaftarkan pada tahun 2003 oleh pemilik lain dan diambil alih sepenuhnya pada 2018 dengan pentadbiran dari pengurusan dan pasukan yang baru Lavender Holidays.
“Platform Lavender Holidays bukan untuk saya, ianya adalah untuk semua yang ingin bersama terutama dalam mencari tempat untuk melakukan Kebajikan Bersama. Dibelakang saya adalah anak-anak muda yang sedang berusaha untuk kelangsungan hidup mereka.
“Tempat untuk mereka meneruskan perjalanan hidup yang sangat mencabar dan berkarya mengikut kemampuan mereka. Sebenarnya dengan pembelian pakej dari Lavender Holidays juga secara tidak langsung Jemaah telah membantu anak-anak muda ini meneruskan kehidupan mereka. Dan juga dengan pembelian dari pakej Lavender Holidays ini ada sebahagiannya akan disalurkan untuk Kebajikan. Semuanya dengan izin Allah dan bantuan dari semua yang menyokong perjalanan Lavender Holidays dalam bermuamalah,” luah Hajah Norlelawati.
Ikut Suami Bertugas Di Mekah
Kongsi Hajah Norlelawati lagi tercetusnya idea memulakan perniagaan sewaktu menetap di Mekah kerana mengikut suami bertugas di sana.
Ads
“Perasaan untuk berkecimpung didalam perniagaan ini hadir semasa saya menetap di Makkah Al-Mukaramah Ketika mengikuti suami saya bertugas disana. Bila setiap hari saya berada di MasjidilHaram satu perasaan yang sangat halus hadir didalam hati saya untuk melihat keluarga, sahabat handai malah mereka yang tidak mampu untuk sujud dilantai Baitullah.
“Ianya satu perasaan yang tidak boleh diungkapkan bila melihat titisan air mata Jemaah di hadapan Kaabah. Dan kerana perasaan itu saya mula menceburi bidang ini,” luahnya.
Dalam perniagaan pastinya ada jatuh bangun, Hajah Norlelawati juga akui dirinya pernah menjadi mangsa penipuan.
“Awalnya, saya juga mangsa penipuan dari syarikat pembekal ground di Tanah Haram yang tidak bertanggungjawab dan bermula dari pelajaran itu saya mengorak langkah melakukan segalanya dengan tangan saya sendiri agar jemaah dapat disantuni dengan sebaiknya dan tidak lagi ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Pencapaian yang paling terkesan dihati saya adalah bila melihat keseluruhan Jemaah dapat disantuni seperti perancangan. Tapi Rumah Allah kan, perancangan dibuat tapi Allah yang menentukan segalanya.
“Sehingga hari ini , Jemaah Lavender Holidays belum pernah terkandas dan segalanya adalah dari bantuan Allah dan doa yang tidak pernah putus dari keluarga dan Alumni Lavender Holidays,” terangnya.
Ads
Santuni Jemaah
Hajah Norlelawati juga akur dalam perniagaan pasti ada cabaranya, “Haramain adalah ‘passion’ saya, selagi ada yang ingin Bersama Lavender Holidays untuk memburu maghfirah dibumi Haramain, selagi itu saya akan menyantuni Jemaah. Cabaran yang paling biasa saya dan pasukan saya hadapi hanyalah menyantuni Jemaah.
“Tak semua yang hadir ke Bumi Barakah ini hadir dengan hati yang ikhlas mencari pengampunan Allah. Kadang-kadang ada program yang terpaksa kami batalkan atau tidak memenuhi apa yang jemaah mahukan membuatkan jemaah tidak berpuas hati.
“Tapi kadang-kadang jemaah ini lupa bahawa berada di Tanah Haram itu adalah satu nikmat dan apa yang Allah berikan adalah dari apa yang kita persembahan kepadaNYA. Tanah Haram ini sangat subjektif, walau kami cuba penuhi semua program atau logistik tapi bila Allah tidak izinkan maka ianya tidak akan terjadi. Tapi sehingga hari ini syukur pada Allah Jemaah Lavender Holidays tidak pernah terkandas dalam mana-mana kembara.
“Dengan izin Allah, bermula 2025 Lavender akan memulakan perniagaan ICT dan Cyber-Security, Lavender Food and Beverage, Lavender Wardrobe dan beberapa perniagaan lain yang akan dilancarkan dalam 2025-2027. Lavender Holidays juga menjadikan Lavender Global Ventures sebagai platform pemasaran produk-produk keluaran Alumni Lavender Holidays untuk dijual kepada umum,” akhiri Hajah Norlelawati.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kadang-kadang kita tak pandai nak tunjuk dan sebut yang kita sayang pasangan seadanya. Mulut bising pun, dalam hati sayang. Tetapi si dia bukannya tahu.
Namun sebenarnya tak susah nak hargai si dia, cukuplah jika kita mampu sebut namanya dalam doa. Bukan sekali tetapi setiap kali dalam solat. Betapa bahagianya andai Allah makbulkan apa yang kita dah mohon.
Nah, buat suami dan isteri yang masih tak tahu tip ini, boleh baca perkongsian Doktor Muhamammad Hassan ini dan segerakan bertindak. Cuba buat.
Jika Betul Kita Sayang Pasangan
Tanda kita sayang kepada pasangan, kita tidak pernah lupa untuk sentiasa mendoakan kebaikan buat si dia.
Malam ini doa untuk suami;
“Ya Allah ini suami saya,saya sayang dia lebih dari diri saya, ya Allah ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU, jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
Para suami bangun malam, doa untuk isteri:
“Ya Allah ini isteri saya, siang malam penat untuk saya dan anak. Jagalah dia baik-baik ya Allah, jagalah iman dia, pelihara maruah dia, jadikan dia asbab sama-sama masuk syurga, jadikan dia isteri yang solehah, tutuplah aib dia dari padangan saya, tukarlah aib dia kepada kebaikan.”
Sama-sama doa, sama-sama cari redho Allah. Sujud lama-lama dalam solat tahajjud. Waktu ini Allah sangat hampir dengan kita. Tiada siapa lagi boleh dengar segala rintihan dan rayuan kita,wallahi hanya Allah segalanya.
Sebelum tidur Peluklah anak, isteri,suami. Moga Allah datangkan kebaikkan,kebahagiaan buat kita.
” Jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Pasti”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam tempoh PKP ini, anak-anaklah yang paling seronok bila mak dan ayahnya sentiasa ada 24 jam depan mata. Sebelum ini, dah tentu keluar pagi, jumpanya pada sebelah petang dan malam sahaja. Tapi, bagaimana dengan anak-anak yang terpisah dengan ibu atau ayah disebabkan penceraian hidup.
Menurut Tn Khairul Fahmi Ramli, Peguam Syarie Penang, Kedah, Perlis dan Perak, antara isu yang sering ditanyakan oleh ibu-ibu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berkaitan dengan hak jagaan anak semasa tempoh ini berkuatkuasa.
Maklum sahaja, mahkamah bagi perintah, hak jagaan diberi kepada mak, ayah pula dapat hak bermalam hanya hari minggu atau hak jagaan pada cuti sekolah sahaja.Tengok-tengok, ada PKP pulak sebab virus Covid-19. Lebih teruk, ada yang berebut nak ambil anak-anak, sedangkan sekarang masih dalam tempoh PKP.
Siapa Yang Layak?
Dalam hal ini, katakan orang yang patut jaga anak adalah dengan siapa anak berada semasa bermula tempoh PKP. Sama ada duduk dengan mak atau dengan ayah. Atau pun mungkin anak ada dengan keluarga. Tak kisah siapa pun, matlamat yang paling penting, tempat yang anak tinggal tu selamat atau tidak.
Andai kata si ayah yang sepatutnya dapat hak melawat dan bermalam tak boleh nak ambil anak sebab PKP, janganlah terlalu ego atau pentingkan diri semata-mata. Fikirkan tentang keselamatan dan kesihatan anak-anak tu. Tambah pula kalau si ayah duduk terlalu jauh, keluar kawasan nak sampai rumah pun, takkan lah nak langgar juga PKP ni.
Ibu pulak, kalau ada anak bawah jagaan dia, janganlah halang ayah untuk akses bertelefon ke atau Video Call ke dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya itulah sehabis usaha kita boleh bagi untuk tidak halang akses si ayah masa PKP ini.
Cara Terbaik
Sebaiknya dicadangkan, jika sekiranya anak-anak sekarang ada di bawah jagaan mak dalam tempoh yang lama semasa PKP ini, selepas PKP berilah peluang pula kepada si ayah untuk dapat hak jagaan. Tapi, tertakluk juga pada perintah iaitu hanya kepada yang mendapat hak bermalam atau hak jagaan hari minggu kepada si ayah.
Kata mudahnya, ganti balik hari-hari yang si ayah atau yang si mak ini bertolak ansur.
Kesimpulannya, janganlah kita terlalu fikir tentang diri semata-mata. Fikirkan tentang isu keselamatan dan kesihatan anak. Wabak ini bukan biasa-biasa. Ia boleh meragut nyawa. Buangkan sikit ego, letakkan kebajikan anak sebagai keutamaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kadangkala timbul juga rasa tidak puas hati setiap kali bertikam lidah dan berselisih faham dengan pasangan. Mulakan fikir dan doa yang bukan-bukan pada pasangan kerana perasaan marah meluap-luap.
Jangan terlalu ikutikan perasaan itu, sekali pun benci dengan pasangan, tetaplah doa yang baik-baik buat pasangan. Doa seorang isteri ini jangan dibuat main.
Dia jahat, dia tak guna, dia selalu menyakitkan hati… Namun, tetaplah mendoakan yang baik-baik untuk dia…
Jangan pula bila dia keluar saja dari rumah, terus kita berkata, “Mintak-mintaklah jadi apa-apa kat dia, baru insaf sikit, baru jadi baik…”
Bagaimana kalau apa yang terdetik di hati kita itu, betul-betul terjadi?
Berlakunya sesuatu kepada dia dan end up, kita juga yang susah? Maka oleh sebab itulah, selagi dia itu masih pasangan kita, maka selagi itulah jangan putus asa mendoakan dia berubah menjadi lebih baik lagi dari sebelumnya…
Jangan Doakan Yang Bukan-Bukan
Jangan diikutkan sangat dengan hati dan perasaan…
Hati dan perasaan boleh membisikkan apa saja untuk mengawal diri kita… Tapi sentiasalah menjadi waras, sentiasalah meletakkan akal di depan lidah… Ini adalah bagi mengelakkan kita mengucapkan sesuatu yang tidak baik hanya kerana kita sakit hati dengan perangainya dan kita terluka dengan perbuatannya…
Selagi dia tu masih pasangan kita, elakkanlah mendoakan keburukan untuk dirinya kerana ianya akan berbalik kepada kita juga…
Jangan dibuat main doa seorang isteri itu…
MW: Hati-hati dalam mengeluarkan doa dan kata-kata terhadap terhadap pasangan. Bimbang jika benar-benar terjadi, mak, ayah juga yang menyesal.
Kisah mengharukan tentang Dr Siti Ruqyah Adnan yang kehilangan ayahnya beberapa jam sebelum konvokesyen, namun tetap bangga menunaikan impian ayah untuk melihatnya bergelar doktor.