Walau sekadar duduk di rumah sekalipun, kulit wajah isteri ini kenalah dijaga. Kalau pun tiada masa, kadang tu dah sapu macam-macam krim. Tapi terlupa sapu vitamin E.

Sebab vitamin E ini pun antara syarat nak dapatkan kulit flawless sebenarnya. Isteri ini, Firda Ashaary berkongsi amalannya selama bertahun.

Antaranya sapu vitamin E di muka sebelum tidur. Hasilnya kulit wajah licin, liang pori-pori makin mengecil malah parut jerawat pun makin pudar.

Bagaimana pun tak semua jenis kulit sesuai. Macam kulit jenis berminyak tu, tak bolehlah nak sapu vitamin E di muka. Hadamkan perkongsiannya.

Ada benda nak kongsi ngan korang ni.
Sebelum tu nak tanya lah,

Muka korang peloles kan?”

Ehh jap,

Maksud aku liang roma ke parut ke nampak jelas ke tidak. Itu maksud aku. Jangan salah faham pulak.

Ni haa nak kongsi ngan korang lah ni. Dulu aku pernah apply tips ni.

Rutin Sapu Vitamin E Sebelum Tidur

Tapi lama dah aku tinggalkan sejak sibuk bila ada anak kecik. Rasanya last buat dulu sebelum ada si Aisyah. 5 tahun lebih dah la.

IKLAN

Selepas ada Iman ni, aku baru perasan liang roma tepi dan atas hidung tu makin terbukak. Nampak jelas sangat. Dah la aku jenis tak tepek foundation atau bedak berlapis. Lagi lah nampak real gilos.

Aku dah apply serum, ikut step skincare rutin, makan supplemen jugak dah. Kalau tengok tu macam dah kurang banyak jugak la compare than before tapi biasalah perempuan kan?

Mana pernah puas hati.
Degil macam korang lerr jugak!

Last baru aku teringat, dah kenapa aku tak sapu je vitamin E kat muka aku ni haaa?

Aduhh, macam mana boleh lupa tips peloles yang aku pernah buat dulu. Once upon a time in era kegemilangan dulu ni. Haha.

Kesannya Liang Pori-pori Makin Mengecil

Dah nearly, 4-5 kali aku apply vitamin E tu kat muka sebelum tidur.

IKLAN

Brand apa pun takpa, korang beli je kat Watson ke Guardians ke. Okay je. Asal vitamin E. Jangan beli yang tiruan dah la, kang jadi lain pulak muka. Ini kalau nak beli online di Watson : https://invle.co/cld7ct2

Alhamdulillah, slowly korang boleh nampak la. Liang-liang pori tu akan makin mengecil dan ada yang dah tertutup terus. Parut jerawat sebijik dua pun pudar.

Paling best bila usap muka, kulit rasa licin, lembut dan tak kering. Kalau lah aku teringat tips ni awal, takde lah aku murung sendirian belek muka kat cermin.

Haisshh.

Korang pun boleh cuba tau.
Mana tau, esok terus lawa.

Tiberr!

IKLAN

Baca : Lebih 30 Tahun Hidup Tanpa Secalit Bedak, Jaga Kulit Muka Guna Perahan Lemon Madu Asli

Amalan Bertahun Sapu Vitamin E Sebelum Tidur, Terbukti Tutup Parut Jerawat
Aku guna brand ni ja. Beli kat Watson. Nak beli kat shopee pun boleh je. Pandai korang lah.
Selain sapu kat muka, korang boleh amal makan sehari sebijik sebelum tidur.
Haaa gitu

Nak cari online vitamin E VitaHealth ni boleh tengok sini : https://invle.co/cld7cl9

Ini Kelebihan Vitamin E

Jika ada yang konfius, baca ni.

  • Vit E memang untuk orang kulit kering. Kalau kulit berminyak, kulit berjerawat tak sesuai.
  • Boleh amalkan makan sebijik vit E sebelum tidur untuk merawat kembali kulit dari dalam.
  • Then time rajin tu korang pecahkan la softgel vit E, then sapu kat muka sebelum tidur.
  • Seminggu sekali dua pun okay je.
  • Vit E ni berlawanan dengan vit C.
  • Vit C tak sesuai untuk orang kulit kering. Boleh dimakan la vit C tu untuk antibodi dan cantikkan kulit tapi kalau untuk buat masker sapu muka, takyah. Nanti kulit muka makin kering.
  • Jika muka jenis naik jerawat/jerawat tumbuh macam cendawan, elok ler tepek vit C
  • Ingat tau dorang dua ni berlawanan fungsinya.
  • Cuba la istiqomah la makan sehari sebijik vit E, insyaAllah kulit lembab, tak kering, luka mudah sembuh dan kecut, parut mudah pudar. Liang roma pun mengecil sebab kita merawat dari dalam kan.

Haaa gitu kekdahnya.

#SuffianSuffiya
Kalau korang jenis skin muka berjerawat yang aktif, jangan ikut tips ni ehh. Tak sesuai, sebab vitamin E ni jenis berminyak.

Semoga bermanfaat!

Nota : Jangan percaya sangat pada gambar yang di up ni, filter kamera aku nice teruk oi.
Aku tasalah.

Sumber/Foto : Firda Ashaary

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI