“Allahu, naya anak orang. Tak guna punya lelaki, kau tak ada hak nak pukul anak orang macam tu!” begitulah antara beberapa luahan netizen yang terlalu geram menonton sebuah video tular.
Video yang memaparkan seorang remaja lelaki memukul seorang gadis dengan menggunakan selipar mendapat kecaman ramai. Tindakan remaja lelaki yang ‘menyerang’ dan memukul teman wanitanya turut mendapat perhatian selebriti popular Neelofa.
Sememangnya apa yang dilakukan tidak sepatutnya kerana menggunakan kekasaran ke atas golongan wanita.
Menerusi ciapan di Twitter, Neelofa telah berkongsi rakaman video tersebut. Dalam video berkenaan turut kedengaran gadis tersebut menangis kesakitan.
Namun tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.
Ads
Menerusi ruangan komen, tindakan remaja lelaki tersebut mengundang rasa marah netizen.
Pengguna Twiiter @mvazzer “allahu.. naya anak orang”.
Manakala @helmyyelmo turut meluahkan rasa marah, “Allahu, aku shaking betul tengok video macam ni. Tak guna punya lelaki, kau takde hak nak pukul anak orang macam tu”.
Mingguan Wanita : Allahu semoga si pelaku mendapat pengajaran. Janganlah sebarangan memukul anak gadis orang ya!
Namun di sebalik kejayaan yang diraih pada hari ini sebenarnya banyak onak dan duri yang terpaksa ditempuhi. Nooraishah dilahirkan normal, namun kuasa Tuhan tiada siapa dapat menghalang.
Ketika sedang meningkat remaja tatkala usia menjangkau 14 tahun Nooraishah yang aktif dalam sukan sekolah telah disahkan menghidap kanser. Hanya Allah yang tahu perasaanya ketika itu, apatah lagi dia terpaksa melupakan minatnya yang mendalam dalam sukan.
“Saya seorang yang sangat aktif bersukan. Sewaktu sedang berlari di kejohanan sukan sekolah menghampiri garisan penamat tiba-tiba saya tidak mampu melangkah dan terus pengsan. Bila sedar doktor cuma berikan minyak untuk disapu dan beritahu ada darah beku.
“Selepas itu, kaki kanan saya semakin sakit dan apabila ke hospital dan jalani x-ray rupanya tulang kaki sudah hitam dan mereput. Saya duduk di Hospital Sungai Buloh selama dua minggu dan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan disitulah saya menjalani rawatan kimoterapi. Selepas lima bulan kanser saya sudah tahap tiga dan kaki kanan terpaksa dipotong.
“Tarikh 7 Februari 2015 sememangnya saya tak boleh lupakan kerana pada waktu inilah kehilangan kaki kanan. Lepas pembedahan dilakukan saya jadi murung sampai ada yang bercakap rupa saya macam ‘mayat hidup’.
“Bayangkanlah tiba-tiba tak ada kaki saya tak boleh nak terima. Memandangkan pada tahun tersebut saya perlu menduduki peperiksaan PMR, saya bersekolah di hospital tetapi saya tak boleh serasikan diri.”
Tiada yang mustahil. Itu ayat yang sesuai diucapkan kepada atlet istimewa yang berasal dari Kuala Selangor, Nooraishah Arshad. Gadis berusia 21 tahun ini, sedang giat menjalankan latihan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan. Paling membanggakan dia juga mewakili negara untuk Sukan Lawan Pedang. Malah tahun lalu gadis yang meminati sukan lasak ini juga terpilih ke Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.
“Saya kembali ke sekolah seperti biasa, namun keadaan bertambah sukar kerana saya bertongkat dan perlu naik turun tangga hingga saya hampir pitam. Namun saya mendapat kelonggaran dari Pengetua sekolah yang saya boleh balik bila-bila masa kerana keadaan saya.
“Saya gigih belajar dan alhamdulillah keputusan peperiksaan PMR juga baik. Cuma saya ambil keputusan untuk berhenti sekolah semasa tingkatan 4 kerana berasa tidak selesa,” ungkap Noorasihah yang cukup peramah.
Selepas berhenti sekolah, Nooraishah tidak mahu keluar rumah dan berasa rendah diri. Ini berlaku mungkin kerana dia masih belum terdedah dengan persekitaran golongan kurang upaya.
“Tak banyak aktiviti golongan OKU di kampung saya. Kemudian kakak cadangkan supaya saya ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Bangi. Bermula dari situ saya lihat pelbagai OKU dan mereka boleh buat semua perkara. Disini disediakan peluang pekerjaan dan elaun buat mereka yang ikuti latihan.
“Seminggu juga saya sesuaikan diri, namun mereka semuanya sporting dan saya terima mereka semua menjadi rakan. Disinilah saya menerima kekurangan diri dan kemudian bina keyakinan. Mereka cungkil bakat terpendam yang ada dalam diri dan saya senditi tak menyangka saya boleh menyanyi. Selepas setahun disana saya bertugas sebagai pembantu pentadbiran dan bekerja selama tujuh bulan.
“Memandangkan saya aktif dalam sukan, saya kemudiannya hadiri temuduga di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik. Alhamdulillah saya diterima dan tahun ini merupakan tahun ketiga saya mengikuti latihan di sini. Pada awalnya seolah-olah tidak percaya saya mampu bersukan walaupun sebelah kaki sudah tiada.
“Saya terpilih untuk menjadi atlet bagi sukan lawan pedang dan saya berterima kasih kepada Ketua Jurulatih, Mohd Firdaus Jamaluddin kerana banyak beri latihan dan membantu saya menjadi seorang atlet yang berjaya,” luah Nooraishah yang tidak pernah rasa lelah terhadap bidang sukan yang diminatinya.
Anak keenam daripada 10 adik beradik ini tidak lagi berfikiran negatif dan kini kian celik dan positif ke arah semua benda. Bagi dirinya, walaupun kini bergelar OKU namun dia rasa sangat bersyukur kerana didorongkan ke arah jalan yang sewajarnya.
“Saya bersyukur kerana dibimbing dengan baik. Pada saya bergelar atlet paralimpik merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan pencapaian terbesar dalam hidup. Saya tak menyusahkan mak dan ayah malah dapat bantu orang tua saya.
“Saya juga tak sangka dapat melangkah ke luar negara dan jelajah negara orang menerusi sukan. Saya dan rakan-rakan sangat hargai pemberian dari negara terhadap golongan seperti kami. Malah sebelum ini saya tak pernah impi dalam hidup tengok negara orang. Pengalaman ini cukup berharga dan tak akan saya lupakan,” kata Nooraishah.
Tak Berselipar Tarik Anak Guna Stroller, Ayah Tunggal Ini Gigih Kerja! Isteri Meninggal Kerana Kanser. Demi membesarkan anak-anak tercinta, ibu ayah sanggup ketepikan rasa penat asalkan dapat membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.
Ibu bapa juga sanggup bersusah payah dan mengorbankan diri sendiri demi kebaikan anak-anak. Apabila salah seorang dari pasangan meninggalkan kita ibaratnya patah sebelah kaki.
Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak sendirian. Begitu jugalah perjalanan hidup seorang ayah yang pernah tular di Kuching, Sarawak. Ketika itu, ayah tersebut sedang menarik anak-anak menggunakan stroller di traffic light sewaktu hujan dalam keadaan tidak mengenakan selipar.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Rupa-rupanya isteri lelaki tersebut sudah meninggal dunia dek kerana kanser.
Lelaki yang berasal dari United Kingdom itu berkahwin dengan wanita yang berketurunan Cina dari Sarawak. Mendiang isterinya merupakan seorang pensyarah. Namun telah meninggal dunia tahun lalu kerana kanser.
Seorang yang sangat bertanggungjawab, kuat bekerja dan dalam masa yang sama menjaga tiga anak yang masih kecil.
Kisah hidupnya yang sadis mendapat perhatian, pempengaruh Ebit Lew. Malah Ebit juga telah sudi menghadiahkan sebuah kenderaan begi memudahkan lelaki ini membawa anak-anak bersama.
“Sebak bila tular video seorang ayah di kuching sarawak tarik anak-anak di traffic light waktu hujan tidak berselipar. Rupanya brother ni dari UK. Isterinya chinese sarawak meninggal dunia tahun lepas kerana kanser.
“Gigihnya ayah ni cari rezeki menjaga rumah hantu di aeon kuching. Mendiang isterinya seorang pensyarah.
“Masa saya jumpa beliau pada mulanya beliau berkeras menolak apa sahaja pemberian. Beliau orang baik. Hidupnya cuma kerja dan menjaga anak-anaknya.
“Tak suka menyusahkan orang. Lama kami berbual dan makan bersama. Sedih dengar kisah hidupnya. Ujian yang menimpanya. Lihat kasih sayang ayah dan anak-anaknya. 2 lelaki seorang perempuan.
“Saya hadiahkan kereta supaya mudah untuk keluarga ini. Jauh juga ayah ni tarik anak-anaknya ke sana sini. Sekarang agak susah.
“Duit yang ada digunakan untuk membayar sewa dan makanan. Jadi mereka berjimat untuk benda lain.
“Tak berhenti dia kata terima kasih dan muka bersalah menerima pemberian hadiah dan lain-lain. Rezeki anak-anaknya kata saya.
“Kami cuba bantu urusan pasport anak-anak dan ic yang lahir disini dan sekolah mereka. Baik-baik anaknya. Masa ke rumahnya anaknya buat tarian singa belajar di youtube katanya.
“Seharian bersama keluarga ini. Semoga dimudahkan urusan keluarga ini,” kongsi Ebit.
Mingguan Wanita : Allahu baiknya hati ustaz Ebit Lew. Semoga bapa tunggal ini dipermudahkan urusannya dalam menjaga anak-anak.
Tiba masa haramkan walker, ibu menangis tak berlagu tempurung kepala bayi retak. Allahu, malang tak berbau. Sebagai seorang penjaga, kita hendaklah selalu berhati-hati dengan persekitaran yang ada di sekeliling anak.
Bila kejadian tidak diingini berlaku hingga retak tempurung kepala bayi memang risau mak ayah.
Menerusi perkongsian Doktor Redza Zainol menyatakan dirinya tergamam apabila melihat lihat keputusan CT scan otak bayi yang menaiki walker terbalik dan jatuh di tangga.
“Saya tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ni.
“Bayi ni naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik dan dia jatuh di tangga.
“Tangga tu tak tinggi pun, tapi CT scan sahkan dah ada pendarahan dalam otak siap retak tempurung kepala anak tu.
“Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapat rawatan yang lebih baik.
“Ayahnya tersandar di dinding.
“Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anak. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna,” begitulah situasi yang dikongsikan oleh Dr Redza tentang bayi malang tersebut.
Banyak Kes Bayi Dikejarkan Ke Hospital Sebab Tersepit, Melecur Kulit
Menurut Dr Redza lagi, sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker.
Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat lima tahun lalu.