Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, yang akan dididik dengan penuh kasih sayang. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan akhirat.
Sebagai bapa sememangnya sangat terharu apabila dihargai. Apatah lagi selepas pulang ke rumah dalam keadaan penat, hadiah dari anak-anak sangat membahagiakan.
Seperti yang ramai ketahui Alif Satar sering berkongsi kisah tentang anak-anaknya malah ramai yang memuji didikan Alif dan isteri kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan baik.
Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak
Alif dan isteri, Shadila Halid yang berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad Ali, 4.
Sebagai bapa semestinya Alif terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya yang menghadiahkan pesanan istimewa.
Seperti perkongsiannya menerusi akaun Instagram, Alif mendapat ‘surprise’ daripada kedua anak perempuannya. Alif juga menunjukkan foto surat yang dituliskan anak-anaknya sebagai hadiah untuknya.
“Pulang lewat dari kerja semalam, naik ke atas dan tengok mereka tak tidur lagi.
Ads
“Bila tanya áwat tak tidur lagi? Mereka kata, we made a surprise for you daddy, make sure you read it,” katanya seusai dia pulang ke rumah dan mendapati anak-anak perempuannya itu belum tidur.
Terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya, Alif bersyukur dalam masa sama berasa sebak dengan titipan berupa pesanan dari anak-anaknya.
“This is what they wrote. Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro. Blessed!,” jelasnya.
Pernah Berkahwin & Berpisah, Takdir Jodoh Cinta Berputik Kembali Selepas 44 Tahun! Sesungguhnya ajal, maut dan urusan jodoh adalah ketentuannya. Siapa sangka hubungan perkahwinan yang pernah terlerai dahulu, kini bertaut kembali pada usia emas.
Hubungan Mustafa Mohd Akhir dan Zainon Mohd Yusof pernah kecundang di pertengahan jalan 44 tahun lalu namun jodoh menyatukan semula mereka sebagai suami isteri walaupun usia kedua-duanya sudah mencecah lebih separuh abad.
Mustafa, 70, dan Zainon, 60, diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam satu majlis akad nikah di rumah mereka dekat Kampung Parit Lima di sini pada 29 April lalu.
Kisah penyatuan mereka mendapat perhatian selepas Suzana Sueb, 41, iaitu anak Zainon Mohd Yusof hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu memuat naik video di TikTok.
Bercerita lanjut, Mustafa berkata, dia kali pertama berkahwin dengan Zainon ketika berumur 23 tahun.
Manakala, Zainon ketika itu berumur 13 tahun namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun saja sebelum berpisah dan tidak dikurniakan cahaya mata.
“Kami tak bergaduh dan berpisah dulu pun secara baik, malah reda kerana jodoh setakat itu saja.
“Selepas berpisah, kami tak berhubung dan saya berkahwin lagi pada tahun 1980 kemudian dikurniakan 13 anak namun ditakdirkan isteri meninggal sembilan tahun lalu (2014).
“Jadi sejak itu, saya menduda manakala isteri sekarang pernah berkahwin pada 1978 dan dikurniakan enam anak sebelum suaminya meninggal dunia, Ogos tahun lalu.
“Ditakdirkan, kami berjumpa secara kebetulan pada Disember tahun lalu dekat kedai makan di Jitra, Kedah dan itu titik permulaannya kami berhubung semula,” katanya.
Menurut Mustafa, mereka pada awalnya sekadar berhubung menerusi telefon untuk bertanya khabar satu sama lain.Tanpa disangka, kemesraan dan cinta antara mereka berputik semula hingga sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
“Waktu jumpa, saya tak ambil nombor telefon isteri pun, tetapi cuba minta daripada ibu saudara yang ada bersama ketika pertemuan berkenaan.
“Oleh kerana kerap berhubung, timbul rasa sayang dan akhirnya saya luahkan perasaan kemudian beritahu hasrat untuk melamarnya.
“Kami tak berbincang sesama kami saja, tetapi tanya juga pandangan anak-anak dan Alhamdulillah, tiada halangan daripada kedua belah pihak malah mereka gembira.
“Jujurnya, saya tiada niat nak kahwin lagi kerana sedar umur sudah berapa, tetapi kita hanya merancang dan mungkin Allah sudah tentukan dia jodoh saya awal dan akhir,” katanya.
Sementara itu, Zainon juga tidak menyangka akan berkahwin semula kerana tidak fikirkan soal jodoh pada usia emas namun dia mengakui gembira dengan perkahwinan itu.
Mufti Menk datang ziarah ke rumah, anak gembira tunai impian ibu mahu jumpa ulama tersohor. Sesuatu yang luar biasa bila ulama tersohor dunia datang menziarahi kita di rumah. Sementelah kita bukanlah orang kenamaan atau orang politik.
Satu perkongsian dari pengguna Tik Tok @Attyusop video menunjukkan ulama tersohor Mufti Menk datang ke rumah “mengejutkan” ramai pengikutnya. Datangnya Mufti Menk ke rumanhnya tidak diiringi sesiapa sebaliknya datang seorang diri.
Mufti Menk Datang Ziarah Ke Rumah
Bahkan tujuan Mufti Menk datang adalah untuk menziarahi ibunya yang tidak sihat. Menurut Atty, dirinya mula bertemu ulama tersohor pada tahun 2019 di pusat beli belah One Utama.
“Mak saya menegurnya dan Mufti Menk berikan kami nombor telefon peribadinya. Dari situlah perkenalan ini bermula. Dan pada semalam kedatangannya, Mufti Menk menziarahi mak yang tidak sihat selepas saya menghantar pesanan padanya sebulan lepas,” katanya menjawap persoalan ramai mengenai hubungan istimewa dengan ulama ini.
Jelas @Attyusop lagi, apabila dirinya mendapat tahu bahawa Mufti Menk akan datang ke Malaysia, dirinya menghantar mesej dan menjemput Mufti Menk datang ke rumah untuk menziarahi ibunya yang tidak sihat.
Dalam video dikongsinya, kelihatan Mufti Menk memberikan sedikit takzirah perkongsian dan ia sudah cukup menggembirakan hati ibunya dengan kedatangan Mufti Menk ke rumah mereka. Datang pun bukan calang-calang tetapi seorang ulama yang sangat dikenali dunia.
Sedikit info mengenai Mufti Menk.
Mufti Menk merupakan anak ke-8 daripada 9 adik-beradik. Bapa bernama Sheikh Maulana Musa Menk merupakan seorang ulama dan Imam di Masjid Zimbabwe.
Mufti Menk mula menghafal sebahagian daripada Surah At-Taubah pada usia tiga tahun – hasil daripada apa yang didengarnya daripada kanak-kanak yang datang ke rumahnya untuk mempelajari Al-Quran.
Ulama-ulama yang pernah datang ke rumah ayahnya ketika kecil pernah menyuruh Mufti Menk membaca ayat Al-Quran. Tatkala mendengar bacaannya, salah seorang daripada mereka berkata bahawa beliau akan menjadi seorang Hafiz (orang yang menghafal seluruh Al-Quran) pada masa hadapan.
Mufti Menk seorang yang cintakan ilmu. Beliau mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menyelesaikannya pada usia 12 tahun. Beliau belajar Bahasa Arab sejak kecil di samping belajar Syariah daripada ayahnya. Beliau kemudian mendapat Ijazah Syariah di Universiti Madinah dan juga mengambil pengkhususan dalam bidang fatwa di Darul Ulum, Kantharia, Gujerat India.
Beliau seorang yang cepat marah ketika remaja (kira-kira ketika berusia 14 hingga 18 tahun). Adik-beradiknya memperakui bahawa beliau tidak boleh diprovok. Mufti Menk mengatakan bahawa Allah telah menyelamatkannya daripada sikap tersebut apabila beliau mula berhijrah ke Madinah. Kini beliau sangat sukar untuk marah.
Beliau aktif dalam aktiviti mengajar, memberikan ceramah dan kelas pengajian ilmu, serta mengelolakan pusat pengajian Islam bagi golongan yang kurang berkemampuan dan juga anak yatim. Beliau juga merupakan Ketua Majlis Fatwa Zimbabwe dan salah seorang imam di Masjid Al-Falah.
Beliau mula aktif di media sosial pada tahun 2011. Mufti Menk mempunyai lebih kurang 3 juta pengikut di Facebook, 4 juta pengikut di Twitter, 300 ribu pengikut di Youtube dan juga 1.2 juta pengikut di Instagram. Twitter merupakan tempat beliau aktif memberikan nasihat dan berinteraksi dengan orang ramai secara konsisten.
Mufti Menk juga memperoleh pengiktirafan antarabangsa contohnya Anugerah Doktor Kehormat dalam Bimbingan Sosial oleh Kolej Aldersgate. Pada tahun 2015 pula beliau menerima anugerah Kepimpinan Global dalam Bimbingan Sosial(Global Leadership in Social Guidance)
Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada perjalanan hidup Mufti Menk. Semoga Allah memberikan kesejahteraan hidup serta ganjaran kebaikan atas usaha dakwah yang beliau lakukan. (Kredit info 8 fakta mengenai Mufti Menk oleh TZKRH)
Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya? Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu kesal anak diberi susu badan oleh saudara terdekat tanpa izin, beri alasan anak menangis. Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Tak hairanlah, ibu bapa akan bertindak melindungi anak dan menatang bagai yang penuh.
Satu perkongsian dari seorang ibu muda, Afieqah Hasanah mengenai sikap memandai-mandai seorang saudara terdekat yang menyusukan anaknya tanpa izin sesuatu yang harus tidak boleh dipandang enteng.
Ini kerana walau mempunyai pertalian tapi kita tidak berhak berbuat sesuatu apatah lagi memberi alasan, anak kecil menangis. Ini kerana dalam niat mungkin ingin membantu sebenarnya memberikan emosi buruk kepada orang lain. Seperti kata Afieqah, dia rasa terlalu sedih hingga hilang kepercayaan kepada orang kerana tindakan spontan tersebut.
Menurut Afieqah, ketika sibuk melakukan persiapan cukur jambul anak sulungnya, Hayder, minggu lalu, ketika sampai di ruang surau, anak kecilnya itu telah menyerahkan anaknya itu kepada seorang saudara terdekatnya.
Dalam dirinya sibuk membuat persiapan, dia terlihat, wanita berkenaan duduk membelakanginya dan dalam dia memberikan Hayder susu badan tanpa keizinannya. Bukan sekali tindakan itu tetapi dua kali perlakuan itu terjadi dan semuanya tanpa keizinan darinya.
Tambahnya, dia sudah memarahi wanita berkenaan kerana anaknya itu baru saja menyusui anaknya itu tetapi wanita berkenaan memberi alasan anaknya menangis.
Bagi saya, ia satu tindakan tidak bagus kerana anak saya menyusu susu badan. Hal ini menjadi igauan sampai kini. Terngiang-ngiang hal ini dan saya tak tahu hal dapat lupakan perbuatannya.
“Saya boleh terima kalau beri susu formula tapi ini susu badan. Ia banyak berkaitan dengan hukum, menjadi darah daging selain berkaitan dengan kebersihan dan lain lagi. Kalau dia waras, dia akan panggil saya dan beritahu anak menangis tapi sebaliknya dia susukan Hayder.
“Mak mana boleh terima kerana Hayder memang minum susu badan saya. Benda dah jadi dan ia menjadi igauan pada saya hingga kini,” katanya.
Betullah apa dikatakannya, kerana kita tak seharus-harusnya memandai-mandai dalam urusan penjagaan anak orang lain.
Pesan arwah Along Eyzendy, kena kuat demi anak-anak. Cerita isterinya, Hamidah Mohd Yatim memaklumkan arwah selalu berpesan agar sentiasa menjadi kuat untuk kehidupan akan datang.