sinus

Wanita ini, Nabila Izzati mengalami masalah resdung dari tahun 2016 lagi. Sejak dari itu, dia begitu menjaga pemakanannya. Namun, Mac 2022 dirinya diuji alami jangkitan sinus.

Bertahun-tahun cuba kawal pemakanan dengan penuh berhati-hati, namun akuinya apabila tuhan mahu mengujinya. Maka, dia terima saja sebagai insan biasa.

Masalahnya menjadi semakin teruk selepas dijangkiti Covid-19 pada Mac lalu. Membuatkan dia alami jangkitan sinus. Mahu atau tidak, perlu melalui pembedahan sinus pula.

Ikuti perkongsiannya yang perlu menjalani pembedahan sinus selepas alami gejala sakit tekak yang teruk sampai hilang suara. Malah hendak sujud, rukuk mahupun berjalan terasa sakitnya.

Terpaksa Lalui Pembedahan Sinus

“Kalau ada yang ingat, saya pernah post sebelum ni sakit tekak yang teruk lepas kena Covid Mac 2022. Bulan lepas saya buat ct scan untuk sinus. Masa tu doc tak decide lagi untuk operate sebab nampak ada perubahan dah. Tapi siapalah kita hendak melawan takdir.

Terpaksa juga serah diri untuk operate memandangkan sakit tekak yang teruk sampai hilang suara. Rasa ada garisan tebal pada dahi, sakit untuk sujud, rukuk bahkan tengah berjalan pun rasa! Mata pun jadi merah, berair. Dua hari saya bangun tidur, tahi mata penuh dan berwarna hijau sedangkan baru je habiskan antibiotik untuk lima hari.

Alami Sakit Tekak Teruk Sampai Hilang Suara, Sudahnya Dibedah Kerana Sinus

IKLAN

Selesai operate untuk buang tulang hidung yang patah (kesan kemalangan semasa kecil dulu) di mana tulang tu menyebabkan blocking dalam hidung dan mempengaruhi kuman sinus untuk bermaharajalela. Jangkitan kuman juga dah sampai ke peti suara. sedih sangat masa kehilangan suara.

Bersiap Sedia Untuk Pembedahan Sinus

Warded kali ni selain operate tulang hidung, doc juga sedut nanah yang berada pada bahagian kiri dan kanan pipi serta atas dahi. Kemudian laser pada bahagian dalam hidung sebab semuanya dah membengkak.

Sebelum masuk OT, minta maaf siap-siap dah dengan suami, family, peluk anak-anak sebab takut lepas ni tak berpeluang untuk jumpa lagi… seram uii nak melalui pembedahan ni dengan bius penuh. Faqiha la orang yang paling kuat nangis sebab takut apa-apa berlaku pada mama dia.. adik mujur ok je.

Baca : Kerap Bersin Sebab Resdung, Rawat Dengan Petua Tradisional Cina, Sangat Berkesan!

IKLAN

Alami Resdung, Mula Jaga Pemakanan

Sekadar perkongsian… sayangi diri anda. Kalau dah tahu ada resdung, memang takleh nak elak dah sebab benda tu mengalir dalam darah.. tapi cubalah untuk jaga pemakanan dan persekitaran anda.

Macam saya, alah juga pada hama/debu.

Saya start pantang seafood dari tahun 2016. Simptom masa tu selesema, sakit kepala macam nak meletup. Tapi mujurlah boleh dirawat dengan antibiotik sahaja. Sebelum tu memang bedal je budu, belacan, seafood.

Bertahun juga jaga pemakanan.. avoid seafood, sos tiram dan geng-geng yg boleh menyebabkan resdung. Kalau terliur sotong, amik sikit je buat pelepas rasa.

Tapi yela, kita hanya manusia biasa.. Allah dah pilih kita untuk terima ujian ni. Doakan saya semoga cepat sembuh ya. Suara kembali normal dan boleh beribadat, bekerja dengan sebaiknya.

IKLAN

Sebelum discaj, dua kali juga doc sedut darah dalam hidung. Walaupun bius, rasa sakit sampai ke otak babe!

Alami Sakit Tekak Teruk Sampai Hilang Suara, Sudahnya Dibedah Kerana Sinus

Tq Dr Eshamsol pakar ENT KBMC utk rawatan terbaik. Doc kata saya kuat semangat!! alhamdulillah.. semuanya daripada Allah.

Mujurlah ambil insurans dengan Mat Dean dulu.. time sakit gini, alhamdulillah boleh guna sebaiknya. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Semoga Allah membalas kebaikan kalian.

Mingguan Wanita : Semoga cepat sembuh. Kalau ada tanda-tanda resdung itu, segeralah dapatkan rawatan. Jangan sampai terlambat.

Sumber/Foto : Nabila Izzati

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI