Susu kacang badam adalah bebas daripada tenusu. Ini bermakna ia sesuai untuk vegan dan juga mereka yang alah kepada tenusu atau tidak toleran kepada laktosa. Namun jika anda alah pada kacang perlulah mengelak untuk minum susu kacang badam.

Susu kacang badam adalah cecair yang dihasilkan daripada kacang badam yang telah dikisar. Kacang badam perlu direndam dalam air semalaman untuk melembutkannya sebelum dikisar dan ditapis sebelum siap menjadi cecair seperti susu.

Badam adalah biji prunus dulcis yang boleh dimakan. Ia dikatakan berasal dari Timur Tengah. Biasanya kacang badam yang terdapat di pasaran telah dibuang cengkerang luarnya. Kacang badam ini biasanya masih mentah atau dipanggang sebelum dijual kepada pengguna.

Susu kacang badam adalah bebas daripada tenusu. Ini bermakna ia sesuai untuk vegan dan juga mereka yang alah kepada tenusu atau tidak toleran kepada laktosa. Namun jika anda alah pada kacang perlulah mengelak untuk minum susu kacang badam.

Kebaikan susu kacang badam untuk kesihatan
Membantu Dalam Pengurusan Berat Badan

Secawan atau 240 ml susu kacang badam hanya mengandungi 39 kalori. Susu kacang badam juga amat rendah kalori jika dibandingkan dengan susu lembut dan minuman berasaskan tumbuhan lain. Ia turut mengandungi pelbagai zat. Ini menjadikan susu kacang badam boleh dijadikan sebagai pengganti susu lembu terutamanya kepada mereka yang mahu mengurangkan berat badan.

Memastikan Kesihatan Jantung

Tidak ada kolesterol atau lemak tepu dalam susu kacang badam. Ia turut rendah sodium (garam) dan tinggi lemak sihat (seperti asid lemak omega yang biasanya ditemui dalam ikan), yang mana ia dikatakan mampu mencegah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Kulit Lebih Bersinar

Susu kacang badam mengandungi 50 peratus jumlah pengambilan vitamin E yang dicadangkan setiap hari. Ia turut mengandungi bahan antioksidan yang perlu untuk kesihatan kulit dan yang diperlukan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat terdedah pada cahaya matahari.

IKLAN
Menguatkan Tulang

Walaupun susu kacang badam tidak menawarkan kalsium sebanyak susu lembu, namun ia menawarkan lebih kurang 30 peratus jumlan pengambilan kalsium yang dicadangkan setiap hari. Susu badam juga turut menawarkan 25 peratus jumlah pengambilan vitamin D yang dicadangkan setiap hari. Dengan minum susu kacang badam dikatakan mampu membantu mengurangkan risiko arthritis, osteoporosis  dan memperbaik fungsi sistem imun.  Gabungan kalsium dan vitamin D mampu menguatkan kesihatan tulang dan pembentukan gigi.

Hampir Tidak Beri Kesan Pada Gula Dalam Darah

Susu kacang badam (tanpa pengawet) rendah karbohidrat. Ini bermakna ia tidak meningkatkan tahap gula dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes. Disebabkan indeks glisemiknya rendah, tubuh akan menggunakan karbohidrat sebagai tenaga agar gula tidak disimpan sebagai lemak.

Menyumbang Kepada Kekuatan Otot Dan Penyembuhan

Walaupun susu kacang badam hanya mengandungi 1 gram protein setiap satu hidangan, ia mengandungi banyak vitamin B seperti besi dan riboflavin. Kedua-duanya penting untuk pembesaran otot dan penyembuhan.

Rendah Fosforus Dan Jumlah Potassium Sederhana

Pesakit penyakit buah pinggang kronik kerap mengelak mengambil tenusu berikutan dengan kandungan tinggi potassium dan fosforus yang terdapat di dalamnya. Ini kerana buah pinggang tidak berupaya untuk mengeluarkan zat-zat ini dan risikonya ia akan terkumpul dalam darah.

IKLAN

Terlalu banyak fosforus dalam darah mampu meningkatkan risiko penyakit jantung, hiperparatiroidism dan penyakit tulang. Manakala terlalu banyak potassium meningkatkan risiko ritma jantung tidak tetap, serangan jantung dan akhirnya kematian.

Susu kacang badam dikatakan lebih rendah tahap potassium dan fosforus. Sesuai sangat diambil oleh pesakit penyakit buah pinggang.

Mudah Dibuat

Kita boleh buat sendiri susu kacang badam. Caranya agak mudah. Mula-mula sekali rendam kacang badam semalaman. Selepas itu kisar hingga hancur. Tapis kacang yang telah dikisar ini dengan penapis untuk memisahkannya sisa kacang daripada cecair.

IKLAN

Paling penting, susu kacang badam ini tidak perlu disejukkan di dalam peti sejuk. Ini bermakna susu ini boleh dibawa ke mana-mana tanpa perlu risau ia akan jadi basi.

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI