Benda tak best kalau nak jadi, kita memang takkan dapat jangka. Tapi sebelum jadi Allah akan hantar naluri tak best tu siap-siap. Tapi kita je yang kadang tak perasan. Ibu anak 2, Puan Shazzy Wanie berhadapan situasi cemas ketika dalam kereta bersama 2 orang anaknya.
Bila dia sangkakan, pintu keretanya sudah dikunci sebaik suami keluar seketika ke kedai printing. Rupa-rupanya pintu utama masih tidak dikunci dan kenderaan mereka dihampiri seorang suspek yang disyaki berniat jahat ke atas mereka.
Jangan Sesekali Lupa Kunci Semua Pintu Kereta
Tengok balik gambar anak yang sempat ambil before scene mendebarkan siang tadi, rasa berdebar tu datang balik pulak. Alhamdulillah aku dan anak-anak masih dilindungi Allah SWT.
Petang tadi kat Bandar Puchong Jaya dalam jam tiga lebih dekat kawasan kedai-kedai, suami masuk parking dan turun sekejap untuk ke kedai printing. Nak print few documents yang baru teringat kena passkan pada client untuk next appointment petang tu.
Aku stay dalam kereta dengan anak-anak. Melissa macam biasa lah, pantang berhenti kereta, dia cepat-cepat ambil peluang gi pindah seat driver dan main-main berangan bawa kereta.
Aku dan baby pula kat seat belakang. Tengah suap baby tu, perasan ada kereta hitam berhenti belakang kereta.
Ads
Then seorang lelaki Melayu (sekilas pandang macam Melayu) dengan cap dan shades keluar daripada pintu sebelah pemandu.
Waktu lelaki tu keluar daripada kereta tu sebenarnya hati ni entah kenapa memang dah rasa ada yang tak kena.
Susah nak explain, tapi feel macam kene berjaga-jaga tu tetiba je terasa. So aku yang tengah suap baby makan ni memang terus perhatikan pintu kereta dan perasan pintu dah kunci.
Dah tu aku sambung perhatikan dia balik. And guess what, dia memang betul datang ke pintu yang aku menghadap suapkan Mikhael tu (pintu belakang driver, aku duduk tengah) dan terus tarik pemegang untuk buka pintu.
Aku freak out gila, masa tu terus pandang Melissa yang duduk kat seat driver. Waktu tu rasa nak tercabut jantung bila baru perasan pintu tu tak lock sebenarnya.
Ads
Spontan aku jerit “Kakaakkk!!!” sambil menonggeng daripada seat belakang ke seat depan untuk tekan lock tu.
Waktu aku jerit, lelaki tu maybe terperanjat juga kot and chow terus daripada pintu kereta. Baby pun nangis. Aku yang dah gigil-gigil tangan ni cepat-cepat angkat baby, toleh belakang, kereta yang berhenti tadi pun dah gerak. Sumpah terkejut sangat-sangat.
Kalau Nak Jadi Sekelip Mata Boleh Jadi
Cerita aku mungkin macam panjang, padahal bendanya jadi dalam beberapa saat je. Betul cakap orang, kalau nak jadi benda, sekelip mata pun boleh jadi macam-macam.
Nak buat report petang tadi tak jadi sebab lepas tu kejar masa untuk settlekan appointment dengan 2 orang lagi client.
Ads
Settle semua dah lewat petang, kesian anak-anak yang penat ikut dari Johor pagi-pagi lagi dah gerak. Lagipun nak buat report pun, semua details aku tak tahu. Tak perasan pun sebab semuanya cepat sangat jadi.
Rentetan daripada kejadian itu, Shazzy Wanie dibayangi rasa hairan dengan niat sebenar lelaki yang cuba menceroboh kenderaannya itu.
Sampai sekarang terfikir. Apa niat dia sebenarnya? Kenapa nak buka pintu belakang? Kenapa bukan buka pintu driver? Kalaulah terbuka tadi, dia nak bawa lari Mikhael mommy ke? Apa nak buat kalau itu yg jadi? Haish.. Macam-macam lah.
Terbayang cerita-cerita yang aku baca sebelum ni. Tinggalkan anak kejap untuk ambil barang pun anak orang bawa lari. Nauzubillahi minzalik.
Sebab tu aku sharekan pengalaman ni supaya ibu bapa kat luar sana tak terleka macam aku. Walaupun tinggal sekejap je, walaupun ada org dewasa teman sama dalam kereta, JANGAN SESEKALI LUPA KUNCI SEMUA PINTU KERETA!
Ingat yang kalau benda nak jadi, sekelip mata pun boleh jadi. Alhamdulillah. Allah lindungi aku dan anak-anak dan diberi peluang belajar sesuatu yang sangat berharga hari ini. Mommy tak cuai lagi lepas ni.
Sumber/Foto : Shazzy Wanie
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kadang-kadang manusia ini sanggup memberi alasan tidak masuk akal demi melepaskan diri daripada dihukum. Namun tindakan kurang bijak ini telah menjerat dirinya apabila pihak berkuasa dapat hidu dia menipu.
Seorang lelaki semata-mata nak elak saman, sanggup menipu dirinya positif Covid-19 di Beijing, China.
Seorang Lelaki Sanggup Menipu Positif Covid-19
Sanggup menipu dijangkiti Covid-19. Itu temberang seorang lelaki di China bagi melepaskan diri dari disaman pihak berkuasa.
Global Times melaporkan, insiden itu berlaku apabila lelaki dari Yancheng, wilayah Jiangsu, timur China itu ditahan polis apabila tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
Dia kemudiannya bertindak menipu polis kononnya dirinya dijangkiti Covid-19 bagi melepaskan diri dari dikenakan sebarang hukuman.
Lelaki itu bernama Hao, dia ditahan pihak berkuasa ketika melakukan kesalahan itu.
Semata-mata Nak Elak Saman
Dia turut didapati melanggar peraturan apabila membonceng individu dewasa kerana hanya kanak-kanak berusia bawah 16 tahun saja dibenarkan menjadi pembonceng.
Bagaimanapun lelaki itu tidak mahu menerima saman itu, sambil memaklumkan dia dijangkiti Covid-19.
Terkejut dengan dakwaan itu, polis bertanya kepada Hao sebanyak dua kali bagi pengesahan dan lelaki itu tetap menegaskan dakwaannya itu.
Namun, tembelang Hao terbongkar ketika polis membuat pemeriksaan di jabatan kawalan dan pencegahan epidemik tempatan, dia mengaku hanya berbohong.
Akibat perbuatannya itu, Hao ditahan selama tujuh hari kerana menghalang tugas pasukan polis.
Bagaimanapun, warganet tidak berpuas hati dengan hukuman itu kerana beranggapan masih tidak setimpal.
MW: Sebelum lakukan sesuatu, fikir dahulu kesannya. Jangan kerana ingin melepaskan diri daripada hukuman, sanggup menipu dan mengaibkan diri. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah pedalaman Sarawak, Sekolah Kebangsaan (SK) Kut, Pulau Bruit ini pernah mengenakan kostum spider-man demi menceriakan pelajarnya kembali ke sekolah.
Ustaz spider-man atau nama sebenarnya Ustaz Muhamad Tarmizi Awang @Yacoob, 35 kali ini berkongsi bagaimana beliau mengubah kediamannya ketika mula-mula berpindah ke pedalaman.
Walaupun terpaksa tinggal di kuartes usang, Ustaz Tarmizi mencantikkan kediamannya dengan dekorasi indah. Malah, di bahagian bawah kolong rumah, dibina rumah arnab yang cantik.
Paling tertarik lihat laman kuarters yang kosong, ustaz ceriakan dengan tanaman kubis yang subur dan membesar dengan baik.
Perkongsian Ustaz yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan ini boleh buat anda kagum. Malah, boleh juga memberi inspirasi kepada guru-guru baru yang perlu posting jauh di pedalaman.
Kalau pergiSsibu penuh barang bawa masuk sekolah, maklum la ni je kenderaan yang ada. Nak kena naik feri lagi… Motor je la yang sesuai.
Memandang Kekurangan Bukan Sebagai Masalah
Part 1.
Kite buat dia
Kita perlu memandang kekurangan bukan sebagai masalah. Tetapi sebagai peluang, dan tidak mencipta alasan untuk menambah buruk keadaan.
Dari kuaters usang ke yang lebih selesa.
Mula-mula posting haritu. Masuk bilik, ini je yang ada.. Duduk la macam nie berbulan-bulan tikus lalu atas muka tu biasa.
Welcome to Borneo buat Guru Baru
Inilah tempat tinggal saya mula-mula masuk sekolah dahulu (barulah merasa sekolah pedalaman)
Tapi tu semua bukan penghalang untuk terus menjadi pendidik.
Saya mengajar di sekolah pedalaman Sarawak, dan masih menikmati pengalaman hebat ini.
Hasil DIY Pondok Usang
Nah, selepas di kemas-kemas, beli shopee ja.. tak dapat nak pos kat sekolah… Pos laju tak sampai. Maklumla sekolah pedalaman. Pos sampai pekan. Hari minggu keluar ambik penuh motor. Cermin kat dinding tu masih cermin asal.. Nampk la sentimental value sikit. Cermin kat dinding tu masih cermin asal.. Nampak la sentimental value sikit.Walaupun sekolah pedalaman, sempat la pikul econ bawa masuk sini. Maklumlah sekolah dalam pulau.Bila hujan air membasahi dinding ni.Lepas penat hias dinding ni kita pekena pizza, jauh beli Pizza, sampai sini layu.
Bahagian Bawah Rumah Ustaz Spider-Man
Bawah rumah ni macam-macam ada, binatang berbisa… Dari bersepah macam ni maka wujud la idea nak buat tempat arnab.Seronok arnab main kejar bawah ni.
Bahagian Luar Kediaman
Nampak suram je sini, maka kita buat la kebun mini.Maka terhasil lah kebun mini.. Tapi penat juga la nak kena siram pagi petang.
Kongsi ustaz lagi, mengajar di sekolah pedalaman memberinya bermacam pengalaman berbeza. Malah, menjadikan dirinya lebih kreatif. Ini buktinya,
Kat sini kita boleh jadi macam-macam. Seronok pengalaman hebat ni.Balik sekolah, petang-petang boleh tangkap udang.
Perkongsian saya buat guru baru,
Jaga emosi anda, ini antara pengurusan emosi saya.. Terapi diri katakan :
Jadilah guru yang kreatif walau dimana kita berada
Rakam sebanyak mungkin moment kita disitu. Sebab akan jadi kenangan sepanjang hidup. Mungkin kita pulang tempat asal Nanti, kita akan rindu tempat yang kita mula-mula khidmat.
Bila masuk ke sekolah, hormati senior. Cepat belajar suasana persekitaran. Jangan buat kepala sendiri, jangan jadi kaki bodek, jangan tak bercampur dengan masyarakat.
Di Baitulmaqdis, kes covid-19 yang meningkat secara ketara. Membuatkan pihak anggota Majlis Wakaf Islam Masjid Al-Aqsa mengambil keputusan untuk menutup masjid selama tiga minggu bermula hari Jumaat.
Perkarangan Masjid Al-Aqsa ditutup bermula Jumaat (esok) berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19, kata pihak berkuasa pentadbiran tempat suci itu, Majlis Wakaf Islam (Wakaf).
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar anggota Wakaf dengan pegawai kesihatan, selepas Israel dan Palestin melaporkan peningkatan ketara jangkitan virus itu.
Ditutup Esok, Kemasukan Jemaah Dihentikan
Sehubungan itu, anggota Wakaf memutuskan untuk menghentikan kemasukan jemaah dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa untuk tempoh tiga minggu bermula Jumaat ini.
Anggota Wakaf, Hatem Abdel Qader, memberitahu AFP bahawa pihaknya berharap orang ramai memahami keperluan melaksanakan keputusan itu demi kesihatan dan keselamatan mereka sendiri.
“Bagaimanapun panggilan azan akan terus berkumandang di bandar lama Baitulmaqdis dan kakitangan Wakaf dibenarkan menunaikan solat di dalam masjid,” katanya.
Penutupan itu juga secara kebetulan bersamaan dengan perintah berkurung dilaksanakan Israel, yang mengawal pintu masuk ke perkarangan masjid itu.
Ini adalah kali kedua pihak Wakaf memutuskan untuk menutup perkarangan Masjid Al-Aqsa sejak Israel menguasai timur Baitulmaqdis selepas Perang Enam Hari pada 1967.
Sebelum ini, pihak Wakaf menutup perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Mac lalu akibat ancaman COVID-19 yang semakin memuncak.
Pihak berkuasa Israel melaporkan hampir 167,000 kes COVID-19 termasuk 1,147 kematian manakala di Tebing Barat, 214 dilaporkan maut akibat virus itu manakala lebih 30,200 kes direkodkan pihak berkuasa Palestin. – AFP
MW: Semoga penutupan Masjid Al-Aqsa dapat mengurangkan kes jangkitan Covid-19 yang berlaku di sana. Sesungguhnya tindakan yang diambil ini demi keselamatan Bersama. Insyallah.
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...