Yang mak-mak semua faham, bunga telang kegunaannya sebagai pewarna dalam nasi kerabu. Ada banyak lagi kegunaan bunga telang. Suri anak 4, Puan Liyana Anaqi berkongsi panduan mempelbagaikan kegunaan bunga telang. Resepi aiskrim bunga telang ini tentulah yang paling unik sekali.
Kenapa pula paling unik? Sebab bila bunga telang dimasak sampai jadi pati. Hasilnya boleh dibuat aiskrim ataupun jus untuk minum petang. Macam mana nak dapatkan 3 warna berbeza daripada satu pati bunga telang? Ini panduan yang boleh mak-mak cuba. Mudah saja rupanya.
Cara Buat Aiskrim Bunga Telang
Bunga telang ada banyak. Tapi tak cukup banyak nak buat apa-apa masakan. Nak buat macam mana? Kita kumpul bunga telang, dan buat pati. Kutip saja bunga-bunga ni hari-hari, dan simpan di dalam freezer. Bila sudah cukup kuantitinya, kita buat pati.
Syarat sebelum simpan bunga telang dalam freeze : Pastikan bunga dalam keadaan bersih sebelum simpan. Jika nak basuh selepas dikeluarkan dari freezer, warnanya dah mula turun.
Ads
Bila dah cukup, rebus bunga telang untuk mendapatkan warna birunya.
Rebus dengan air tapis. Anggaran air dan bunga ialah 3 : 1. Setiap 3 cawan air untuk 1 cawan bunga. Didihkan dengan api sederhana, sehingga ia menggelegak. Biarkan menggelegak dalam 5 minit sahaja. Makin lama dididihkan makin terasa rumput pada pati. Tutup api dan sejukkan.
Ads
Tapis bunganya selepas sejuk. Tengok, warnanya biru pekat.
Ads
Boleh simpan dalam bekas. Untuk separuh bekas aiskrim bunga telang, saya dapat sebotol 600ml pati, dan balance semangkuk kecil. Yang balance tu, kita buat minum petang, minum dengan pisang goreng.
Pati yang dicairkan dan guna gula putih biasa = warna BIRU
Bunga telang + gula merah/molasses/ gula organik = warna KEHIJAUAN
Bunga telang + lemon = warna UNGU
Selepas mendapat warna pilihan bolehlah direbus dengan gula. Campurkan sedikit tepung jagung untuk mendapatkan tekstur aiskrim yang lembut. Setelah likat, sejukkan dan masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia.
Simpan aiskrim bunga telang itu dalam peti beku.
Mudah Saja Nak Tanam Pokok Telang, Ini Panduan Asasnya
Tanam di tempat panas.
Masa nak naik kena siram banyak air.
Kena ada tempat untuk pokok ni memanjat. Saya guna pagar yang direcycle.
Kalau bunga ada sikit, boleh kutip dan simpan dalam bekas dalam freezer sampai cukup kuantiti nak dibuat pati.
Sumber / Foto : Puan Liyana Anaqi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bukan mudah sebenarnya untuk kembali bangkit mengumpul kekuatan dari kegagalan.Cabaran dan dugaan yang dihadapi adakalanya mampu membuatkan diri rasa cukup lemah, mematahkan semangat dan menghilangkan keyakinan diri. Wanita ini pernah salahkan takdir dan rasa diri tidak berguna suatu ketika dahulu tatkala diuji dengan kegagalan dalam perniagaan.Tidak mahu berterusan keadaan demikian, wanita ini kembali mengumpul semangat berjalan terus tanpa menoleh kebelakang.
Perkongsian perjalanan hidup dan kecekalan mengharungi pahit getir dunia peniagaan oleh Azila Mahmood ini, wajar menjadi inspirasi buat wanita lain yang sedang alami detik sukar dalam perniagaan.
Berapa ramai orang yang Kak Ila lihat sangat lemah ketika ini. Mereka hilang semangat yang pernah mereka ada satu ketika dulu. Macam tak percaya kan?
Akan ada satu ketika kita hilang keyakinan pada diri sendiri. Tengok cermin dan langsung tak bangga pada diri.
Benar, dalam hidup sentiasa akan ada fasa. Fasa-fasa yang berlainan dan dilengkapi dengan cabaran dan dugaan yang berbeza.
Sabar. Perkataan yang mudah nak ungkap. Tapi sejauh mana boleh sabar?
Pada zaman susah, family semua tahu keadaan Kak Ila. Mama lah yang akan bagitahu adik beradik yang lain. Semua nampak risau. Semua suruh cari kerja.
Yela, siapa tak risau tengok adik sendiri makan bercatu. Dahla baru ada anak selepas 4 tahun berkahwin. Memang diorang tak konfiden tengok tahap kewangan kami.
Semuanya kerana memilih bidang berniaga. Hidup makin susah. Walaupun suami kerja di Jabatan Audit Negara, tapi gaji dia pun habis gara-gara kena bayar hutang. Takda siapa sokong kami berniaga dah. Segulung Ijazah mula dipersoal?
Kenapa tak guna?
Belajar tinggi tinggi tapi hidup susah. Sampai orang tua mula mempertikai. Pergila kerja. Akak Bronis paham. Orang tua manalah sanggup tengok anak hidup dengan hutang yang keliling pinggang.
Bank call tak henti henti.
Tak cukup dengan call kami, diorang call abah dan juga opis suami. Malu masa tu memang dah takda. Takda pilihan. Terpaksa hadap.
Diluar Kak Ila nampak kuat sekali. Depan keluarga memang takkan tunjuk. Kami masih hidup bahagia walaupun kesempitan hidup.
Namun, tipula kekuatan ini tak pernah hancur. Sesekali tembok besar kesabaran ini roboh juga. Kewarasan akan hilang sebentar.
Bilik tengah dirumah ini menjadi saksi. Raungan Kak Ila. Menyalahkan diri, menyalahkan takdir. Menyalahkan suami. Menyalahkan semuanya. Semangat masa tu dah jadi macam debu dibawa angin.
Hilang.
Kenapa hidup aku susah macamni? Kenapa aku tak pernah senang? Apa salah aku? Apa dosa aku? Soalan soalan macam orang takda agama akan keluar masa tengah meraung. Berkali kali suami ketuk pintu.
“Bukalah pintu ni sayang, abang nak masuk.”
Selepas tenang, akak bronis buka pintu dan suami akan masuk bilik bersama Aisyah yang masih baby. Suami mula memujuk. Sabarlah sayang, ini dugaan hidup kita. Janganlah jadi macamni. Abang tak sanggup nak tengok.
Namun pujukan pun takkan mampu menenangkan hati yang tengah hancur. Hancur menahan sabar sekian lama.
Sabar ketika melihat susu anak hanya bertahan untuk malam ini sahaja tapi taktau nak korek duit kat mana untuk beli susu keesokan harinya.
Sabar ketika tuan rumah datang depan pagar rumah minta duit sewa yang dah tertunggak 3 bulan.
Sabar ketika anak yang masih baby demam panas sebab naik kereta yang aircond rosak dan tak mampu baiki.
Sabar ketika kereta habis minyak masa bawa anak pergi klinik ketika masih dalam pantang.
Sabar ketika setiap kali bawa mama abah naik kereta dan terpaksa lari bila jumpa polis sebab setahun pakai kereta tak bayar roadtax.
Sabar ketika melihat mama dan abah kesempitan wang tapi langsung tak mampu nak tolong.
Allah.
Allah.
Allah
Tenung wajah sorang sorang. Wajah suami. Wajah ibu bapa. Wajah anak. Rasa sungguh tak berguna. Rasa sangat sangat gagal dalam hidup. Kenapa aku tak mampu bahagiakan manusia manusia yang paling aku sayang dalam hidup.
Kadang soal pada suami. Maaflah abang kawin dengan isteri yang takda kerja tetap. Kalau abang kahwin dengan perempuan yang bekerja, pasti hidup abang tak susah macam ni.
Suami macam biasa. Tak pernah sikit pun merungut. Tak pernah sikit pun menyesal. Tak pernah terdetik sedikit pun abang menyesal berkahwin dengan sayang.
Lepas puas meraung. Lepas puas menangis. Terus tido dan lupa semua.
Esoknya bangun macam biasa dan sambung berfikir bagaimana mahu jadi usahawan berjaya. Itu saja yang ada dalam kepala setiap masa.
Bila dah waras, doa pada Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Aku tak mampu. Aku penat. Tolong aku Ya Allah. Aku redha Allah ujian ini. Pasti Kau mahu ajar aku sesuatu. Tapi Ya Allah, kesabaran aku makin mengecut dan kekuatan aku makin hilang. Tolong aku Ya Allah. Kalau Allah tak tolong kuatkan aku, aku pasti rebah.
Untuk memujuk diri, Kak Ila selalu akan pandang orang yang lebih susah. Akak Bronis akan cakap. Alhamdulilah. At least aku ada rumah untuk berteduh. Rumah batu. Aku siap ada TV LCD.
Aku ada suami dan anak yang baik. Serta kedua dua belah keluarga yang cukup sempurna. Mama abah serta mertua yang sayang kami. Banyak ja Allah bagi ni. Takkan nak mengeluh lagi.
Bila fikir macam ni terus rasa kuat. Rasa relax.
2 tahun selepas itu. Alhamdulilah. Allah tak kejam. Allah tak zalim. Allah uji sekejap saja. Tak sampai 2 tahun pun. Tapi sebagai manusia biasa memang rasa lama. Rasa macam azab sangat. Itu baru 2 tahun saja Allah nak tengok.
Barangkali kerana tak pernah hilang keyakinan pada Allah, dan sentiasa sabar harungi segala ujian yang tak terjangkau, kini Allah kirim pelangi.
Kini akak sedar. Tak mudah menjadi seoang dewasa. Hidup takkan pernah terlepas dari ujian. Kadang hidup terasa tenang seperti laut yang luas. Kadang laut bergelora dan ombak menghempas. Semua ni takkan berhenti. Inilah kehidupan.
Kini kami dah keluar daripada kesusahan. Pengalaman lepas membuat kami lebih menghargai setiap rezeki yang Allah bagi.
Dapat beli susu anak untuk sebulan terus.
Allah, syukurnya rasa!
Dapat beri keselesaan pada anak. Rumah dari ruang tamu sampai ke bilik ada aircond. Tak perlu berpanas lagi sayang.
Dapat bawa mak abah pergi bercuti dengan selesa tanpa perlu lari dari JPJ lagi.
Dapat hantar mak abah pergi Umrah. Hadiah dari Allah yang terlalu bermakna.
Dapat beli barang dapur untuk sebulan tanpa perlu bercatu.
Allah.
Banyak lagi rezeki yang Allah bagi.
Kalau Allah tak uji dulu, mungkin kami takkan pernah harga setiap nikmat yang Allah bagi.
Pada kami, semua sebab ihsan Allah. Allah terlalu baik. Allah tarik sedikit nikmat sebab nak kami belajar. Kini Allah beri rezeki untuk kami lebih bersyukur dan lebih sabar.
Wanita-wanita di luar sana yang sedang mencari jodoh atau sedang mengenali seorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidupmu, dengarlah pesan Muhammad Shafriini. Moga kau menemui bakal imammu yang selayaknya denganmu.
Banyak benar kata-katanya ini. Kerana mencari pasangan hidup ini umpama mencari pertama dalam timbunan pasir. Tak mudah.. tapi sekali sudah kau temui, nikmatnya kau juga yang akan merasai.
Ada mengenali seorang lelaki dan selama berkenalan dengannya kamu tahu dia menjaga solat 5 waktu tak pernah tinggal. Hormat mak ayah, akhlakya baik serta peribadinya mulia.
Apabila marah dia tidak menghina kamu jauh sekali menaik kan tangan ke tubuh kamu. Bahkan dia sangat menghormati dan memuliakan kamu. Andai lelaki yang kamu kenal ketika ini seperti yang saya nyatakan kamu pilihlah dia menjadi suami kamu.
Kalau kamu nak tengok bagaimana kehidupan kita dengannya selepas dah nikah nanti. Lihatlah sejauh mana dia menjaga hubungannya dengan Allah ketika ini. Kalau selama kenal dengannya dia menjaga hubungannya dengan Allah. Insya Allah dia juga akan jaga kamu dengan baik.
Memilih pasangan hidup ini juga menentukan soal bahagia kita dan bahagia itu ada pada agama. Dan memilih pasangan hidup ini juga tentang kehidupan akhirat kita selepas dah mati nanti.
Tapi kalau selama kenal dengannya dia tak meletak kan Allah number satu, tak menjaga solatnya, tak menjaga hubungannya dengan Allah. Jangan jadikan dia teman hidup kamu. Sebab apa? Kalau Allah dia boleh lupakan tak mustahil bila lepas dah nikah nanti dia juga boleh tinggalkan kamu.
Kerana nikah itu bukan magic yang boleh mengubah seseorang seratus peratus menjadi soleh solehah lepas dah nikah nanti. Tapi andai kamu nyakin yang dia akan berubah atau kamu mampu untuk mengubah dia. Silakan kamu menikah dengannya. Semoga Allah permudahkan urusan kamu dan dia.
Soal lelaki ini andai sebelum nikah dia tak ajak kamu berzina, tak sentuh kamu. I meant tak buat ‘ringan-ringan’ dengan kamu. Sesungguhnya kamu tak salah memilih dia menjadi bakal imam kamu. Menjadi ‘ketua keluarga’ untuk anak-anak kamu.
Tapi kalau sebelum nikah lagi dia dah buat bukan-bukan dekat kamu renungkan kembali hubungan kamu dengannya. Kerana dia bakal imam kamu. Janganlah memilih pasangan hidup semudah membeli kangkung di pasar pagi. If you know what i meant.
Silakan share tulisan ini kepada semua, tag adik-beradik, kawan-kawan yang mungkin tengah bercinta. Semoga Allah satukan kalian dalam ikatan yang sah iaitu Nikah.
Oh ya, andai sudi jemputlah join channel telegram saya. Semoga ada kebaikan dan manfaat yang kita boleh ambil bersama. Sila ke link ni http://telegram.me/themuhammadshafri
Sumber/Foto : Muhammad Shafri , Faisal Hafiz
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terdapat pelbagai klinik estetik dan pusat rawatan kecantikan yang menawarkan perkhidmatan kaedah kecantikan yang tersendiri. Mungkin bagi sesetengah wanita yang taksub nak cantik sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat ini. Termasuklah dengan mencuba kaedah rawatan yang dianggap pelik.
Berikut antara 6 Kaedah Rawatan Kecantikan Wajah Tersebut:
Untuk tampak lebih muda, Vampire Facelift menjadi rawatan kegemaran ramai wanita di Hollywood. Walaupun harga satu sesi rawatan mencecah $1,500 (RM6,221), ia masih menjadi pilihan selebriti terkemuka seperti Kim Kardashian dan supermodel Bar Refaeli.
Rawatan yang diilhamkan oleh Dr. Charles Runels itu akan mengambil darah dari lengan sendiri, memisahkan platlet menggunakan pengempar untuk mendapatkan plasma yang kaya dengan platlet. Plasma ini kemudian digabungkan dengan bahan seperti Restalyne atau Juvederm sebelum disuntik ke dalam kulit wajah.
Rawatan ini dikatakan dapat merangsang pertumbuhan kolagen dan membina sel kulit baru untuk menghapuskan kedutan dan pelbagai masalah kulit.
Lagi satu rawatan kecantikan yang menggunakan darah manusia ialah krim wajah MC1 oleh Dr. Barbara Sturm. Krim bernilai $1,400 (RM5,806) ini diformulasikan dengan protein anti radang yang diambil daripada darah pesakit sendiri. Protein ini menghasilkan krim yang dapat menyembuhkan kulit, menghilangkan kedutan halus dan tanda-tanda penuaan yang lain.
Rawatan muka dengan tahi burung bulbul Jepun (Japanese nightingale) dikhabarkan mampu mencerahkan kulit dan menghindari jerawat. Rawatan 100% semula jadi ini telah mula digunakan sejak kurun ke-17 lagi oleh geisha di mana tahi burung yang kering dijadikan ejen pengelupasan untuk menanggalkan sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit tampak lebih segar dan sihat.
Selebriti terkenal Victoria Beckham amat menggemari rawatan ini yang menggunakan uri/plasenta kambing biri-biri. Sel stem daripada uri kambing biri-biri dikatakan mempunyai bilangan sel yang lebih kurang sama dengan seorang manusia dan mampu memperbaiki kulit wajah dari dalam. Hasil rawatan ini akan menyihatkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
Jika geli melihat pergerakan siput,mungkin meremang dan menjerit kegelian jika perlu menjalani rawatan wajah menggunakan siput ini. Rawatan menggunakan siput ini menghasilkan banyak protein iaitu asid hialuronik dan bahan antioksida yang terkandung dalam lendir siput. Ia mampu mengembalikan kesegaran kulit dan menjadikan wajah bagai 10 tahun lebih muda.
Demi Moore antara selebriti Hollywood yang pernah mencuba kaedah rawatan lintah ini untuk kekal awet muda.Terapi yang popular di Eropah ini menggunakan lintah untuk menyedut darah dari kulit seseorang. Selain itu, lintah yang dipasang ke wajah itu juga akan mengeluarkan sejenis enzim untuk menyingkirkan toksin dari dalam darah.
Kesimpulannya, tiada jalan mudah untuk kelihatan cantik. Tapi adakah sanggupkah jalani mana-mana rawatan di atas dan berbaloikah berkorban sebegini semata-mata nak cantik di dunia? Tanya lah diri sendiri.