Aktivis wanita kongsi kisah pilu dilayan zalim, tudung dirampas, dipaksa tutup kepala guna kemeja-T.  Pendedahan menyayat hati daripada aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) asal Turkiye, Semanur Sonmez Yaman, membuka mata dunia terhadap kekejaman dan layanan tidak berperikemanusiaan tentera Israel terhadap tahanan wanita Muslim.

Aktivis Wanita Kongsi Kisah Pilu Dilayan Zalim, Tudung Dirampas, Dipaksa Tutup Kepala Guna Kemeja-T

Dalam satu rakaman video yang kini tular, Semanur menceritakan bagaimana para aktivis wanita yang ditahan dipaksa menutup kepala menggunakan kemeja-T selepas tudung mereka dirampas oleh tentera rejim tersebut, satu tindakan yang jelas menghina dan mencabul hak asasi wanita Islam.

“Baju yang anda lihat ini sebenarnya adalah kemeja-T yang diberi oleh mereka.

Mereka ambil tudung kami. Rakan-rakan kami yang tidak bertudung beri baju mereka dan kami jadikan sebagai tudung,” katanya sambil menunjukkan pakaian tersebut kepada kamera.

Kisah pilu itu turut disokong oleh aktivis Malaysia, Iylia Balqis, yang menggambarkan layanan terhadap tahanan wanita Muslim sebagai amat memalukan dan kejam.

Menurutnya, para tahanan bukan sahaja dipaksa menukar pakaian dalam keadaan tidak wajar, malah dinafikan keperluan asas seperti air bersih dan ubat-ubatan.

Ads

“Sangat menjengkelkan bagaimana mereka melayan kita di penjara. Mereka mempunyai banyak protokol. Protokol yang dipanggil, hanya untuk membuat kita rasa sangat jijik dengan diri kita.

Kemudian, kami perlu mengubah pakaian kami. Mereka kemudian memasukkan kami ke dalam penjara. Mereka tidak melayan kita sebagai hijabi.

Sesetengah wanita Muslim kami telah dinafikan hijab mereka.

Kemudian, ketika kami berada di sel, mereka tidak memberi kami air bersih dan ubat. Ketika kami bertanya kepada mereka, seorang wanita yang memerlukan ubat. Mereka menolaknya.

Mereka berkata, jika dia belum mati, maka tidak mengapa. Kami perlu minum air bersih di tandas,” ujar Iylia.

Ads

Sementara itu, memetik laporan Al Jazeera, aktivis dan penyanyi Malaysia Heliza Helmi turut mengesahkan layanan kejam itu, menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

@astrogempak #GempakNews ♬ original sound – Gempak

“Keadaannya sangat menyedihkan. Layanan mereka terhadap kami seolah-olah kami bukan manusia,” katanya.

Heliza menambah bahawa para tahanan langsung tidak diberikan makanan, air bersih mahupun ubat sepanjang dalam tahanan, menggambarkan betapa beratnya penderitaan yang ditanggung oleh para sukarelawan dalam misi kemanusiaan ke Gaza itu.

Ads

Sumber: Sumber; AljazeeraX, Instagram TikTok Astro Gempak

Artikel lain: Aktivis GSF Dilayan Buruk, Greta Thunberg Dihina, Dipamer Seperti Trofi

Pesawat Bawa Aktivis GSF Selamat Tiba Di Istanbul

Isteri Dr Taufiq Razif Lega Suami Dibebaskan Alhamdulillah, Sujud Syukur

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI