Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura berkongsi mengenai pemergian isteri tercinta Akiko Okumura sememangnya mengejutkan banyak pihak.
Mana tidaknya, ramai followers memberi komen bahawa pasangan ini baru sahaja membuat sesi siaran langsung bersama-sama di media sosial malam tadi.
Sambut Hari Lahir & Hari Lahir Anak Beberapa Hari Lalu
Perasaan sedih pastinya menyelubungi keluarga ini apatah lagi Akiko baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Februari lalu. Manakala anak kesayangan mereka iaitu Sky pada 21 Februari serta Ridzokumura pada 11 Februari 2025.
Ads
Selain itu, Akiko dan Ridzo juga sempat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16 pada 14 Februari lalu.
Ads
“Al-Fatihah untuk arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya,” tulisnya ringkas di Instagram miliknya.
Punca kematian Akiko masih tidak diketahui manakala anak saudara Ridzokumura iaitu aktres Zarina Zainuddin tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat oleh pihak media.
Ads
Untuk rekod, Ridzokumura dan Akiko yang merupakan warga negara Jepun, mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Sky Taizo Okumura, yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-13 semalam.
“Sebenarnya cerita ni belum diceritakan, kita famili terdekat je yang tahu. 17 hari bulan dapat report yang mama kena pergi buat biopsi mammogram kurang cantik”.
Itu ungkapan yang terungkap keluar dari mulut Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang berkongsi perkhabaran itu dalam satu temu bual di Instagram doncakap. Jelas beliau lagi, hal tersebut hanya diketahui keluarga terdekat sahaja.
Wanita berusia 58 tahun itu diminta oleh doktor untuk membuat biopsi disebabkan keputusan mammogramnya yang kurang memuaskan.
“Sebenarnya cerita ni belum diceritakan, kita famili terdekat je yang tahu. 17 hari bulan dapat report yang mama kena pergi buat biopsi mammogram kurang cantik.
“20 hari bulan doktor call cakap keputusan biopsi dah dapat, result dah keluar. Doktor. kata awak disahkan kanser payudara peringkat pertama,” dedahnya melalui rakaman potcast tersebut.
Ibu kepada sembilan cahaya mata berkenaan turut berkongsi reaksi anak-anak apabila mendapat berita duka tersebut.
Menurut beliau, anak-anaknya meminta supaya berehat daripada perniagaan dan fokus kepada proses penyembuhan.
“Anak-anak dah nangis semua, suami tak boleh tidur. Duduk macam pelik. Tak pernah terfikir tentang kanser, rasa macam tersedar, oh aku pun dapat kanser, ” ungkapnya.
Noor Kartini mengaku tidak pernah menyangka dijangkiti kanser.
“Apabila doktor suruh buat biopsi, saya fikir mungkin ada ‘lump’, ‘cyst’ atau apa-apa yang lain. Kalau kata fikir mengenai kanser satu peratus pun tidak ada… Tidak pernah terfikir.
“Sebab itu, jangan fikir perkara seperti itu tidak akan berlaku kepada kita. Apa-apa boleh jadi dengan kehendak Allah,” katanya.
“Jangan ingat sesuatu benda itu tidak akan berlaku kepada kita. Apapun boleh jadi dengan kehendak ALLAH,” ujar Noor Kartini lagi.
Melalui fasa perceraian sebelum ini, siapa sangka jodoh akan kembali mengetuk pintu hati penyanyi era 80-an, Suliza Salam. Penyanyi yang juga merupakan ibu kepada Ismail Izzani ini menemui sinar bahagia dalam perkahwinan keduanya. Suliza Salam selamat bernikah dengan ahli perniagaan, Ismail A Ahmad pada Disember lalu.
Baru-baru ini, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai terdekat kedua belah pihak.
Menurut Suliza, setelah lebih lima tahun mengenali suami, hubungan mereka berubah daripada persahabatan kepada ikatan yang lebih mendalam.
“Bercerai bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dalam setiap kesedihan pasti ada hikmahnya. Kak Su mula rapat setelah melalui fasa perpisahan.
Keprihatinan dan kesungguhannya untuk sentiasa berada di sisinya, bukan hanya untuk diri kak Su tetapi juga untuk anak-anak dan cucu-cucu, benar-benar menyentuh hati. Malah kematangan dan keyakinan dia juga berjaya meyakinkan Kak Su. Usia bukan ukuran yang penting kesanggupan diri untuk memikul tanggungjawab”ujar Suliza berkongsi momen bersama Mingguan Wanita.
Tambahnya lagi, cinta tidak terhad pada angka tetapi lebih kepada keserasian, kepercayaan, dan keikhlasan dalam memikul tanggungjawab.
“Kadang-kadang kita terlalu memikirkan apa orang kata, sedangkan bahagia itu adalah hak kita sendiri. Tuhan sudah menentukan jodoh, tugas kita adalah menerima dan menghargainya,” ujar Suliza lagi.
Namun, sesuatu yang membuatkan kisah ini lebih manis adalah dorongan anak sendiri, Ismail Izzani yang mahu mama tersayang hidup gembira.
“Dalam nada berseloroh tetapi penuh makna, Ismail berkata, “mama boleh nikah, tapi hanya dengan dia,” kerana dia sudah lama mengenali dan mempercayainya. Kata-kata itu bukan sekadar gurauan, malah menjadi pemangkin kepada restu keluarga yang semakin kuat menyokong penyatuan kami,”ujar Suliza Salam lagi.
“Kadang-kadang kita terlalu memikirkan pandangan orang lain, sedangkan yang paling penting adalah ketenangan dan kebahagiaan diri sendiri. Allah yang tentukan jodoh kita, bukan manusia,” kata Suliza penuh syukur.
Keikhlasan dan keyakinan dalam membina rumah tangga bersama telah memberikan Suliza kekuatan untuk melangkah ke fasa kehidupan yang baharu. Perkahwinan ini bukan sekadar satu ikatan, tetapi juga satu janji untuk sama-sama menjaga dan menyayangi hingga ke akhir hayat.
Baru-baru ini, pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan dalam suasana penuh kekeluargaan. Suliza anggun mengenakan dress merah jambu di samping suami tersayang.
Walaupun pada awalnya Suliza lebih selesa dengan majlis yang tertutup, atas permintaan anak-anak dan keluarga, mereka mempunyai pandangan berbeza. Pasangan ini diraikan dalam suasana penuh kegembiraan.
“Melihat senyuman orang tersayang pada hari bahagia membuatkan Kak Su semakin yakin bahawa inilah keputusan yang terbaik dalam hidup.
“Bila kita ditemani orang yang betul, tiada alasan untuk menolak kebahagiaan. Semuanya selesai dengan baik, dan yang paling penting, kami mendapat restu daripada semua yang kami sayangi. Syukur, Alhamdulillah,” ujar Suliza dengan nada penuh emosi.
Semoga rumah tangga yang baru dibina ini terus dirahmati, penuh dengan kasih sayang, kepercayaan, dan kebahagiaan. Sesungguhnya, jodoh adalah rahsia Tuhan yang terindah!
Kehilangan individu yang sama-sama menyaksikan jatuh bangun dalam kerjaya dan kehidupan sememangnya memberi tamparan hebat buat mana-mana individu. Itulah yang dialami oleh diva popular Indonesia, Krisdayanti apabila berkongsi khabar duka mengenai pengurus kerjayanya, Selby Anwar yang disahkan meninggal dunia pada Isnin, 3 Februari 2025.
Industri hiburan di Indonesia sememangnya mengenali sosok Selby sebagai pengurus Krisdayanti di mana Selby telah berkhidmat dengan penyanyi tersebut sejak tahun 1993 lagi sejurus selebriti itu memenangi pertandingan Asia Bagus mewakili Indonesia pada tahun 1992.
Selby adalah antara orang kuat di sebalik tabir kejayaan karier seni Krisdayanti bermula dari album pertamanya sehinggalah digelar Diva Indonesia. Malah Selby sentiasa berada di sisinya untuk setiap pencapaian manis dan jatuh bangun kerjaya dan kehidupan diva Indonesia itu.
Hubungan akrab mereka bagaikan adik-beradik dan kelibat Selby turut kelihatan di majlis keluarga dan percutian keluarga Krisdayanti.
Selby digambarkan sebagai seorang pengurus yang setia menemaninya berkarier selama 32 tahun. Tidak ramai selebriti yang memiliki hubungan akrab bersama pengurus lebih 3 dekad dan pastinya Selby mempunyai sifat yang amanah dan mendapat kepercayaan penuh Krisdayanti menguruskan perjalanan kariernya sehingga ke akhir hayatnya.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Kisdayanti berkongsi rasa tentang kehilangannya dan memuat naik beberapa foto kenangan terakhir.
“Terima kasih untuk bersama dari langkah pertama kita kak, 1993. Hingga sekarang melepaskanmu dan akan terus terpatri kerana hati dan kerja baikmu selamanya.”
Selby Anwar meninggal dunia setelah dirawat di salah sebuah rumah sakit swasta di Jakarta. Jenazah Selby Anwar telah selamat disemadikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Pondok Benda, Pamulang, Tangerang Selatan.