Aisyah Hijanah buat perjanjian pindah milik 100% harta sepencarian, secure your rights & your efforts. Pasti ramai tidak menyangka betapa bijaknya tindakan usahawan dan pempengaruh Aisyah Hijanah hingga dirinya dilihat beauty with brain.
Dalam ramai berasa kasihan kepada dirinya kerana dikhianati cinta suami, Mohd Hazalif Mohd Hazani atau dikenali sebagai Aliff Teega yang berkahwin dalam diam dia Siam, secara professional dirinya membina harapan buat dirinya dan anak-anak apabila telah membuat satu perjanjian mengikut undang-undang dengan memindah milik semua harta sepencarian yang dibina semasa perkahwinan kepada dirinya 100 peratus.
Aisyah Hijanah Buat Perjanjian Pindah Milik 100 % Harta Sepencarian
Beauty with brain, pempengaruh ini sempat berpesan kepada wanita yang dipoligami agar tidak terburu-buru untuk bercerai sebaliknya bersabar dan bawa bertenang seperti dikongsikan di instagramnya dengan memaklumkan kini semua aset perniagaan@ hijanahofficial, rumah, kereta dan lain lagi kini miliknya 100 peratus.
Berikutan ini perkongsiannya.
“Dont let your emotions defeat your intelligence”
Betul, memang perempuan Tuhan jadikan lebih emosi berbanding lelaki. But never let your anger to destroy your intelligence. Jangan buat keputusan bila marah ataupun sedih, sebab itulah yg akan merosakkan semuanya. Sebab itu, Nabi saw pun ada pesan, yg paling kuat dalaam kalangan kita adalah yg mampu menahan marahnya
Ads
Bagi wanita yng dipoligamikan, Aisyah harap posting kalini membantu utk anda semua. Poligami bukanlah perkara yang Haram, tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima. Always remember to secure yourself & the kids. Jangan terburu-buru untuk bercerai. Jaga kesucian hati kita. Sabar & cuba bertenang dahulu. Be mindful of whats happening & how you encounter every single thing.
“Secure Your Rights & Your Efforts…”.
Biiznillah, Segala hasil titik peluh yang dibina from scratch bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100% kepada milik Aisyah termasuklah share @hijanahofficial 100%, rumah, kereta & aset-aset yang lain. Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita.
Secure your rights & your efforts. Catat semua aset bersama & buat satu agreement khas. Kalau mampu hire lawyer, silakan. Pada awal mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang & berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Dont give up too early.
Ads
Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak secure & jaminan utk diri & anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk & cari jalan yang terbaik. You have to control your emotion & stay calm. If not, everything will ruin.
Aisyah doakan agar mana-mana wanita yang dalam ujian yang sama, diberikan kekuatan & ketenangan hidup bersama suami & anak-anak. Semoga membantu.
Terima kasih @alifteega kerana kerjasama dengan baik & beri hak yang sepatutnya. Semoga Allah mudahkan urusan.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Agak-agak kalau anda atau anak-anak batuk teruk anda lebih suka ambil ubat atau amalkan sejenis petua tradisional? Kalau diikutkan petua dari Puan Raabiatul Adawiyah Abu Bakar ini, minuman ini cukup mujarab rawat batuk-batuk. Jom tengok macam mana cara nak buat…
Dah 2 3 minggu batuk sampai jiran sebelah bagi benda ini, resepi untuk batuk/MINUMAN KESIHATAN katanya. Bahan pun tak banyak, jiran ni Chinese.
Ini bahan-bahan nak buat:
Balang kaca bersih
Limau kasturi (40 ke 50 biji)
Gula batu (1paket biasa)
Asam boi (1paket agak-agak ada dalam 50biji)
TAK PERLU CUKA AIR ATAU SEBAGAINYA
Cara-caranya:
1. Basuh limau kasturi kemudian letak dalam dulang atau talam jemur 2-3jam tujuan untuk lembutkan kulit, potong hujungnya pastikan perkakas tak ada sebarang air untuk mengelak kan dia berkulat)
2. Perah limau tadi tapis buang bijinya dan masuk dalam balang yang kering dan bersih.
3. Susun cara layer gula batu, asam boi dan kulit limau yang dah perah tadi dalam bekas yang sama tutup dan biar JANGAN USIK SELAMA 3BULAN!
4. Akhir sekali, simpan di tempat bersuhu bilik tak perlu PETI AIS.
Cara minum untuk batuk/sekadar buat minuman kesihatan, sila ambil isi dan jus dia sikit masuk dalam gelas tuang air panas suam then minum. Serius sedap!
NOTA:
Jiran kata lain orang lain cara buatnya. Boleh share komen kalau tahu cara lain, ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu mana yang sanggup melihat penderitaan si anak, sedari kecil bergantung kepada mesin untuk meneruskan hidup. Malahan si anak sedari lahir tidak pernah tahu apa itu rumah kerana dirinya dibesarkan di hospital ekoran masalah kesihatan yang dihadapi.
Biarpun berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan, ibu ini tetap berkeras untuk membawa pulang anaknya ke rumah sendiri. Memberi nikmat bahagia kepada seorang anak sebelum segalanya terlambat. Dah lama, Nor Hafizah memasang cita-cita untuk memiliki rumah selesa dan bersih serta memenuhi segala segi demi anak keduanya yang kini berusia tiga tahun.
Nurul Aqila Maisara Hasmadi atau mesra disapa Aqila mengidap penyakit usus kronik kerana ususnya tidak berupaya menyerap makanan atau dalam istilah perubatannya “hirschprung desease” kategori short bowel syndrome dan total colanic agangglion.
“Disebabkan penyakit itu, Aqila tidak pernah merasa suasana membesar di dalam rumah kerana selepas empat hari dilahirkan di hospital Temerloh, Pahang, anaknya itu dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur dan dirawat di pusat perubatan itu sehingga sekarang.
“Saya bersyukur sangat, setelah sekian lama menanti, saya dan suami dapat apa yang kami mahu selama ini. Paling penting akhirnya kami empat beranak sudah ada rumah sendiri dan harapan untuk bawa Aqila pulang ke rumah juga semakin cerah.
Selama ini, anak sulungnya itu dijaga ibu mentuanya yang tinggal di Kampung Payoh, Kijal dan dia pula hanya dapat pulang ke rumah menjenguk anak sulungnya itu dalam tempoh dua bulan sekali sahaja untuk menjimatkan kos ulang alik.
“Kalau Aqila dibenarkan balik ke rumah baru kami ini, dapatlah saya jaga kedua-dua anak saya ini sekali. Tak perlu lagi mereka adik-beradik berpisah. Jika tidak setiap kali mahu berpisah, pasti kami anak-beranak akan berendam air mata.
“Hadif juga perlukan perhatian saya, selama ini dia telah banyak berkorban untuk adiknya yang perlukan perhatian. Padahal dia sendiri sakit, sistem imunisasi badan dia tak kuat, dia juga mudah demam.
“Doktor kata, Hadif perlu diawasi dengan baik kerana kalau dia demam atau jatuh, jantungnya mudah bengkak dan jika perkara itu berlaku, perlu dibuat pembedahan yang kosnya RM10,000 ke atas. Saya juga banyak terlepas pandang akan perkembangan tumbesaran Hadif kerana kami berjauhan,” ujarnya lagi.
Di samping itu, dengan penyatuan keluarga ini diharap kos yang perlu ditanggung Nor Hafizah dan suami selama ini untuk kos ulang-alik dan tinggal di Kuala Lumpur akan berkurangan. Di Kuala Lumpur, menurutnya mereka terpaksa sewa bilik untuk jimatkan kos kerana dia tidak dibenarkan tidur di dalam wad atas sebab tertentu.
“Kos dapat dijimatkan lagi kalau Aqila dapat dibawa pulang ke rumah segera. Namun sekarang ada beberapa mesin yang perlu kami beli dulu sebelum dapat bawa pulang Aqila,” tambahnya.
BANTULAH WALAU TAK BANYAK:
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian menerusi:
Akaun Maybank 1511 4652 1900 atas nama Nor Hafizah Zainuddin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cikgu Sya nekad saman ibu pelajar RM500,000 berkaitan isu “boo”, maruah saya dipijak-pijak. Sesi persekolahan baru saja bermula minggu lalu dan pastinya bagi pelajar tahun satu yang baru memasuki alam persekolahan, ada ragam masing-masing.
Baru ini tular di media sosial dakwaan seorang ibu bahawa dirinya diboo oleh guru-guru dalam usahanya mencari anak tahun satu yang hilang di sekolah dalam kejadian yang berlaku pada 21 Februari (Jumaat) tepat jam 5.52 petang.
Dalam dakwaannya, ibu pelajar tahun satu itu mendakwa anaknya tiada di perkarangan kawasan menunggu dan tiada di bawah jagaan guru. Namun dirinya turut mendakwa dalam proses pencarian anaknya yang “hilang” itu, para guru telah memberikan isyarat ‘thumbs down’ dan mereka menjerit ‘boooo’.
Cikgu Sya Nekad Saman Ibu Pelajar RM500,000 Berkaitan Isu “Boo”
Hal ini telah menjadi viral di media sosial di mana ramai para netizen mengecam tindakan guru terbabit tanpa mengetahui kebenaran di sebalik kisah sebenar.
Di sebalik kemelut isu ini di media sosial, guru berkenaan, Sya Saad yang mengalami trauma kerana dimalukan nekad menghantar tuntutan saman sebanyak RM500,000 terhadap ibu pelajar berkenaan yang didakwa telah memalukannya. Sokongan turut diperolehnya dari bekas guru, Mohd Fadli Salleh di mana satu pertemuan telah diatur bersama peguam, Mahmud Jumaat.
Dalam perkongsiannya, Sya Saad memaklumkan, hal ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi ibu pelajar berkenaan bertindak sebaliknya.
“Maruah Saya Dipijak-pijak…
Mengangap tindakan ibu pelajar itu yang memijak-mijak maruahnya, guru yang baru empat tahun bertugas ini mengakui isu pelajar didakwa hilang oleh ibunya boleh diselesaikan secara baik kerana pada hari kejadian dirinya turut membantu pencarian anaknya dan telah ditemui dalam tempoh lebih kurang 10 minit. Malah memaklumkan tiada ejek mengejek terjadi sebagaimana didakwa oleh ibu pelajar berkenaan.
Namun ibu pelajar berkenaan telah menularkan wajahnya tanpa adab hingga dirinya kecaman netizen di media sosial. Saman ini, jelasnya adalah usaha yang terakhir demi maruahnya yang telah dipijak-pijak.
Dirinya memilih peguam Mahmud Jumaat yang turut berkongsikan pertemuan mereka di media sosial peguam tersebut.
Menulis di media sosialnya, Tuan Mahmud Jumaat memaklumkan kes ini akan diteruskan.
“Kepada cikgu Sya dan semua cikgu yang terlibat, kita jalan terus!
Terima kasih atas kesemua rakaman video, gambar dan keterangan saksi-saksi yang terlibat di tempat kejadian! Tak sangka ada orang sempat rekod!
Isu ini turut menarik perhatian bekas guru, Mohd Fadli Salleh yang turut menyuarakan betapa pentingnya guru dilindungi dari terus dibuli di media sosial. Malah dirinya turut berkongsi kronologi sebenar di sebalik dakwaan yang terjadi. Dan turut berkongsi agar isu guru dibuli di media sosial seharusnya dipertahankan dengan baik oleh pihak kesatuan guru
<
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.