Tidak dinafikan untuk kekal sihat dan cantik, perlu konsisten menjaga pemakanan serta melakukan senaman ringan. Namun demikian, untuk menjaga kesihatan dalaman wanita boleh juga amalkan air rebusan semula jadi yang mempunyai banyak khasiatnya seperti halia, serai,halba, lemon yang terbukti mempunyai manfaatnya tersendiri.

Boleh cuba amalan air sihat cantik yang diamalkan dan dikongsikan oleh Puan Lily Rose ini sebagai rujukan;

“Air sihat cantik, tunggu suam, perah lemon dan minum.”

“Alhamdulillah, baru beberapa hari minum badan rasa segar dan ringan. Khasiat lain antaranya mencantikkan kulit, membuang lemak, melancarkan perjalanan darah, baik untuk sistem penghadaman dan banyak lagi.”

Bahan-Bahan:

1 sudu Halba
2 inci Halia
2 batang Serai
2 hiris Lemon
3 cawan air

IKLAN

Cara Membuat:

1. Rebus halba, halia, serai dengan 3 cawan air sehingga mendidih.
2. Tunggu suam baru perah lemon.

Air Rebusan Sihat Cantik, Badan Segar & Ringan, Minum Sebelum Tidur!

Tip Ekstra:

  • Untuk kesan yang optimum rebus halba sehingga pecah biji. Lagi kuning warna air lagi bagus.
  • Saya amalkan sehari segelas sebelum tidur. Sukatan ni dapat dalam 2 gelas air.
  • Saya buat bila nak minum je untuk suami dan saya. Nak sihat dan cantik kena konsisten.

*Untuk ibu yang menyusu Halba baik untuk banyakkan susu tapi tidak perlu letak halia dan lemon. Ikut keserasian badan masing-masing.

IKLAN

*Bagi wanita yang mengandung tidak sesuai diamalkan.

Selamat mencuba!

IKLAN

Baca Di Sini: Air Rebusan Jintan Manis Bagus Untuk Masalah Angin & Gastrik Perut

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman bolehlah mencuba kaedah alami ini.

Sumber: Lily Rose

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI