Parsley sejenis pokok herba yang daunnya digunakan sebagai rempah dalam masakan. Ada khasiat lain yang boleh diperoleh dari daun parsley ini iaitu untuk membersih buah pinggang. Air rebusan parsley ini pencuci semulajadi yang selamat.
Ini perkongsian dari Herba Rahimas Aqila di Grup Herba Sekeliling Kita mengenai kelebihan daun parsley jika diamalkan dalam kehidupan.
Cara Membuat
1. Beli daun parsli
2. Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil.
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit.
Ads
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk.
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya.
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya.
Panduan Minum
√ Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini .
√ Jika di amalkan selalu, anda dapati garam, kotoran dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
Ads
√ Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
√ Daun parsley sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi.
InsyaAllah anda akan merasai perubahannya dan badan anda menjadi ringan. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah.
Baca Doa Ini
Ads
Ini doa nya boleh baca dan hembus dalam air dan terus minum.
Tak juga salah sekiranya anda sekadar mahu membaca selawat syifa atau selawat nabi mahupun surah Al-Fatihah.
Cara Simpan Parsley Yang Berlebihan
Sekiranya anda cuma merebus parsley ikut jumlah yang dimahukan dan ada lebihan, jangan pula membuangnya. Anda boleh praktikkan cara menyimpan parsley yang diajarkan di bawah.
Buang akar daun parsley.
Pastikan semasa anda mahu menyimpannya, daun parsley telah kering dan tiada air melekat padanya.
Siapkan balang kaca kosong dan isi air.. separuh saja. Masukkan batang daun parsley tadi ke dalam balang.
Sekiranya mahu disimpan dalam peti sejuk, tutup herba tadi dengan beg plastik.
Cara ini boleh buatkan daun parsley akan segar dan bertahan untuk 2 minggu.
Sumber/Foto: Facebook Herba Rahimas Aqila , www.simplyrecipes.com – Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita ini mempunyai berat badan antara 85 – 90kg ketika anak dara. Berat badan bukan satu masalah untuknya. Bukan nak pleased sesiapa pun, ‘Yang penting happy, lagipun laki terima seadanya.’ Selepas setahun, dia disahkan PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) dan hanya dengan menurunkan berat badan sajalah impian menimang cahaya mata dapat ditunaikan.
Ini perkongsian Puan Sharini Bt Sepuan (Sha Rini/Keknie) tentang perjalanannya menurunkan berat badan dan tips yang anda boleh ikut. Tanpa perlu menyeksa diri dengan diet yang menyakitkan.
Kebanyakan orang kawin masa berat badan diaorang memang ideal, kira berat masa anak dara tu paling cun la kan.
I don’t. I get married when I was 85-90kg maybe.
Boleh bayang tak betapa payahnya nak cari baju kawin yang kita suka, sekarang dah senang la kan sebab banyak butik support plus size. Dulu, ada 2 helai je baju aku boleh pakai masa fitting. Dan baju yang aku pakai ni bukan baju masa fitting tu sebab mak andam kata “lebih baik pakai yang ni. Yang fitting aritu takut tak muat dah” Apa maksud dia tu?? ?
Sebenarnya sebelum kahwin memag tak fikir langsung pasal nak kurus. Denial all the time. Rasa ok je. Bukan nak pleased sesiapa pun. Yang penting happy(?). Lagipun dapat pula laki yang “terima seadanya”kan? ? Lagi tak kesah.
I started off this journey a year after our marriage, just for the sake of having my own kids. Because the PCOS beat me hard, I worked 5 times harder. Tapi dalam perjalanan tu, I’ve learnt a lot.
It was my mistake since the beginning.
Tak jaga makan. Makan sesuka hati. Layan nafsu makan macam tak ada esok. Eksesais? Apa tu? Tengok TV lagi best. Makan memang menggembirakan. Until that time come when you need to lose the weight ?
I can’t believe how far I’ve become. Rasa macam baru semalam belajar workout guna Jillian Michaels 30 days shred. Rasa macam baru belajar melompat guna jumprope RM5 dari daiso. Rasa macam baru lagi belajar tentang portion control.
For those yang rasa you can’t change, this is for you. I thought I will be like in my wedding picture forever, but I don’t. I choose to change.
Saya buat 80% diet, 20% workout. Jaga makan. Bawa bekal. Masak grill, kukus. Kurangkan minyak, minimum gula dan garam. Mostly memang masak sendiri. Makan luar sekali sekala je dan saya amalkan portion control. Makan ikut had yang terkawal.
Saya buat mealprep. Mealprep ni masak sekali seminggu je untuk bekal saya seminggu. Makanan tu saya simpan dalam peti sejuk so nak makan just panaskan je.
Untuk workout saya buat home workout. Banyak guna bodyweight. Selain tu, jumprope dan kettlebell. Saya workout 3-4 kali seminggu. 30-60min sekali sesi.
Saya loss 24kg in 10 months lepas bersalin anak ke-3 tu dengan apply 80% diet, 20% workout tu.
Ada sesetengah orang merasakan diet yang dia buat tu paling mulia sekali sehingga kita makan processed food pun terus rasa berdosa besar ?
Sebenarnya diet ni bergantung pada kesesuaian badan masing-masing. Ada banyak jenis diet yang bernama yang dimulakan dengan tujuan tertentu. Tapi orang kita mana nak study betul, dia mengikut je orang lain buat pastu bila orang tegur marah pula dia. Memang ada diet yang obviously bahaya untuk badan so kita nasihatkan jangan buat. Still, the decision is yours. Its your own body anyway.
Bagi keknie personally, rasanya diet yang paling mudah nak diamal secara konsisten adalah diet yang bersederhana. Balanced diet. Makan berpada-pada. Suku-suku separuh. Benda ni boleh buat bila-bila masa kat mana-mana je.
Yang penting adalah boleh konsisten atau tak.
Diet yang deprived segala rasa jiwa raga rasanya tak sesuai untuk long term. Diet yang tak bagi kau makan segala makanan punca kebahagiaan adalah satu penyeksaan ?
Akhirnya, semuanya terpulang pada tuan punya badan. Diet dengan ilmu. Diet dengan tujuan kesihatan. Pemakanan yang membawa kepada kemudaratan adalah satu penganiayaan kepada badan. Jangan fikir pasal nak kurus je. Ingat juga amanah untuk kita jaga badan yang dipinjamkan ni.
Diet untuk kesihatan, bukan kemudaratan.
“weightloss challenge” WLC they called it. Its actually an online coaching claimed to be healthy diet and boleh makan nasi. However, what some of them didn’t know, they need to take 2 meal replacement everyday sepanjang WLC ni. Makan real food for lunch only.
If you asked me, of course la jawapan aku bias. Sebab aku support real food dan makan nasi dari pagi sampai malam pun takpe asal ikut portion and had kalori sehari. But it’s your money and your body, not mine. So the decision is yours, I don’t decide for people.
Tapi sebelum join sesuatu program weightloss, tanya soalan betul-betul pada your so called coach :
1. Kena makan replacement or supplement tak?
2. Boleh makan carbs berapa kali sehari? Berapa kali makan sehari?
3. Konsep sebenar coaching tu macamana? Kena ikut mealplan 100% ke boleh adjust sendiri?
1. Awak nak lose cepat or slow n steady? Sebab kalau makan replacement memang akan cepat turun cuma macamana nak maintain tu kena fikir lanjut.
2. Awak nak ubah lifestyle untuk long term atau nak lose weight saja?
3. Apa sebenarnya aim awak? Nak kurus saja atau nak kurus dan sihat?
4. Awak penyabar tak? Kalau makan macam Keknie memang kena sabar banyak sebab weigtloss slow tapi steady. Kalau tak sabar boleh pilih jalan yang laju sikit, at your own risk.
5. Awak boleh tak maintain weight yang dah loss tu bila awak berenti makan replacement tu?
6. Berbaloi tak habiskan duit sebanyak tu untuk beli meal replacement yang semestinya mahal? Kalau beli real food banyak boleh dapat.
Ini bukan utk condemn mana-mana produk meal replacement. Like I always say, the decision is yours. Mana yang awak rasa serasi dan sesuai untuk badan awak, buat sebaik mungkin. Yang penting konsisten.
Makan meal replacement lagi perlu disiplin. Kalau ko tetiba termakan nasi 2x sehari dah kacau jadual. Lagi kena kuat tahan nafsu sebab org lain makan sedap-sedap disaat ko telan shake je. The price also bukan sikit. So, terpulang. Make it worth it.
Keknie share ni sbb ramai dalam kelas Keknie penah citer masa daftar untuk WLC ni diaorang tak diberitahu kena makan meal replacement. Tau-tau poslaju hantar meal replacement tu dan baru tau kena makan tu 2x sehari. So you should always ask your coach before you decide to join any program. Ok? Bukan salah dia tak bagitau, salah kita tak tanya. Hehe.
My friendlist yg jual those meal replacement or jd coach utk program tu, please dont be offended. This is just a general post to remind people to ask first before they decide. Its their money, their body. I guess they have the right to know, dont you think so? ?
Adakah anda baru nak mula diet? Atau dah lama diet tapi berat tak turun-turun?
Tips ini saya dah apply dekat ramai orang dan 90% berjaya. 10% lagi bukan tak berjaya, tapi lambat dari expectation saya.
Kalau anda buat tips ni dengan bersungguh-sungguh insyaAllah akan nampak scale anda bergerak dalam masa 5-7 hari. Kalau anda masuk ke group 10% tu, kena tunggu 2 ke 3 minggu baru nampak hasil.
Kalau biasa hari-hari minum teh ais, milo ais, neskafe ais, pilih 1 je yang paling korang sayang tak boleh tinggal, minum sekali je dan minum siang. Jangan minum petang ke malam. 1 gelas sahaja sehari. Selebihnya minum air masak, green tea atau lemon tanpa gula.
Kalau biasa makan nasi sepinggan, kurangkan kepada 1 senduk atau saiz segenggam tangan. Mula-mula memang rasa tak kenyang, jadi make sure makan banyak sayur dan makan protein macam ikan, ayam, telur.
Orang selalu fail diet sebab tak apply snacking. Bila kurangkan makan dari biasa, memang akan lapar sikit. So snack kena betul dan make sure portion terkawal. Handful of kekacang, 1 pcs hard boiled egg, buah tembikai, buah jambu. Pilihlah ikut mana suka.
Setiap main meal, make sure ada carbo (nasi, roti, pasta, kentang, keledek) protein (ayam, ikan, telur, tauhu, tempe) fibers (sayur-sayur dan buahan) dengan portion yang betul.
“Suami mula menagih ketika anak tiga. Dia kerap minta duit sedangkan saya tak bekerja. Kalau tak bagi, dia mula marah-marah. Dari marah, tangan dan kakinya naik ke seluruh tubuh saya.
“Mata saya lebam bila suami tumbuk dengan kuat dan bertalu-talu. Tulang belakang saya hampir lari bila suami terajang dari belakang. Rambut saya ditarik sampai nak tercabut dari tengkorak kepala. Bibir ini pecah kerana dia hentakkan muka saya ke dinding. Azabnya hanya Allah yang tahu. Tapi saya bertahan kerana anak-anak. Saya anak mangsa keluarga yang bercerai berai dan saya faham bagaimana rasanya bila anak-anak kurang kasih sayang. Sebab itulah saya rela tubuh badan saya dipukul, disiat, dibuat apa pun demi anak-anak,” kata Mas berkongsi cerita.a
Mas, ibu kepada lima anak berkahwin pada usia sangat muda, 19 tahun. Ketika anak tiga, suaminya mula menagih sedangkan sebelum itu suaminya bukanlah kaki rokok pun. “Saya perasan badannya mulai kurus. Dia juga kerap minta duit sedangkan saya bukan ada duit. Bila tak bagi, dia mula pukul-pukul sampai lebam-lebam. Dalam seminggu, tiga empat kali saya kena pukul. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
“Pergaduhan biasa dalam rumahtangga kami sebab suami jadi baran kalau tak dapat dadah jenis morfin ditagihnya. Kalau rasa nak tumbuk atau terajang saya, depan orang ramai pun dia buat. Pernah saya hampir separuh mati kena pukul tapi jiran-jiran hanya tengok saja. Sebabnya mereka fikir tu hal rumah tangga orang lain dan tak perlu masuk campur sedangkan saya sudah teruk dibelasah,” katanya mengakui suaminya membelanjakan seratus ringgit sehari untuk membeli dadah dan dia sendiri tak ingat berapa banyak duit dibuang dengan sia-sia.
Kisah rumah tangga Mas tidak terhenti begitu saja. Anak-anak pernah setahun dua kali bertukar sekolah. Setiap kali mereka dihalau keluar dari rumah sewa kerana suami tak mampu bayar duit sewa, mereka sekeluarga akan berpindah randah.
“Saya tak pernah minta sebab saya sayangkan anak-anak. Saya tak mahu anak tak ada ayah. Saya tahu seksanya perasaan tu sebab mak ayah saya dulu pernah bercerai. Saya bertahan kerana anak.”
“Memang pernah sebab saya tertekan bila selalu kena pukul. Hati dan perasaan saya merana tapi demi anak, saya bertahan juga. Tapi saya pernah telan sepapan Panadol. Satu orang Cina siap tegur saya, lu mau matikah? Saya telan sebab saya nak tidur, saya tak fikir masalah ketika tu, tapi saya silap kerana saya rebah di tepi jalan dan orang hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Nasib saya kerana orang jumpa dengan cepat.”
“Seorang kawan tegur saya. Katanya kau tak sayang diri sendiri ke sebab masa tu suami dah dijangkiti HIV. HIV penyakit yang tiada ubat dan kenapa nak seksa diri sendiri. Kata-katanya buat saya sedar, saya minta cerai tapi memang seksa nak lepas sebab suami asyik keluar masuk pusat dan penjara. Nak minta cerai bukan mudah sebab dia tak nak lepaskan, siap kena pukul bantai lagi. Sampailah saya report kes ini ke balai polis dan saya tak sangka hidup saya dipermudahkan.”
“Ok, masa saya buat report, anggota polis yang tolong ambil report tu lelaki bujang lagi. Dari memberikan pertolongan, selesaikan kes dan saya tak sangka, Allah dah tulis itu jodoh saya. Alhamdulillah, Allah bayar semua kesakitan saya itu dengan kebahagiaan. Bekas suami sudah meninggal akibat HIV. Syukur, saya bahagia dan sudah ada anak baru dengan suami. Allah balas kesabaran saya dengan kebahagiaan hari ini.”
“Kalau suami penagih, jalan paling baik ialah minta cerai. Bukan saya nak galakkan perceraian kerana bergegar tiang Arasy tapi saya pernah laluinya. Hidup memang tersesak, suami memang tak akan berubah kerana otaknya sudah rosak dengan dadah. Saya pernah cuba bertahan kerana anak dan kerana saya takut dengan gelaran janda tapi kata-kata kawan-kawan, dorongan keluarga, kesedaran diri sendiri membuatkan saya kembali ke asalnya. Saya mula sayang diri saya macam mana saya sayangkan anak-anak.”
Sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2017 dengan tema Pencegahan Dadah Bermula dari Rumah yang disambut 19 Februari ini, diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar. Terlalu banyak keburukan tentang najis dadah. Rumah tangga juga boleh musnah. Akal boleh rosak dan akhirnya rumah tangga juga jadi binasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebenarnya banyak cara yang boleh mudahkan kerja dapur dan ini satu teknik untuk selamatkan mood menghasilkan sajian bagi orang yang jenis suka masak apabila bahan yang perlu diguna tak lengkap.