Air Kurus Jemuju, Ini 5 Cara Turun Berat Dengan RM1 Saja

Pernah dengar nama biji jemuju? Biji inilah yang selalu digunakan untuk buat Maruku itu. Nama Melayunya Jemuju atau Lemuju. Nama Inggerisnya Carom Seed. Dan orang India memanggilnya Omam.

Kata Sarifa Redzuan yang juga Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang, ada rahsia yang ramai tak tahu pasal biji jemuju ini.

Meh Cikgu nak cerita sikit. Bukan saja sedao makan maruku tapi biji jemuju ini bagus untuk turun berat badan.”

Jemuju meningkatkan kadar metabolisme yang mengakibatkan pembakaran lemak. Dengan itu, ia membantu dalam menghilangkan berat badan.

Ada pelbagai cara mudah nak gunakan jemuju ini dalam menurunkan berat badan.

 

Air Kurus Jemuju, Ini 5 Cara Mujarab Turun Berat Dengan RM1
Bunga pokok Jemuju

5 Cara Kurus Guna Biji Jemuju

CARA PERTAMA

25 gram jemuju direndam ke dalam satu gelas air semalaman.
Masukkan sedikit madu

Buat Macam Ini:

Minum selama 20 hari untuk dapat kesan yang menakjubkan.

CARA KEDUA

Kunyah jemuju pada waktu pagi sebelum sarapan juga memberi untuk menurunkan berat badan.

CARA KETIGA

1/2 sudu teh jemuju
1/2 sudu teh halia serbuk
1 sudu besar madu

IKLAN

Buat Macam Ini:

√    Masukkan semua bahan dalam setelah air panas dan kacau sebati. Biarkan suam dan minum

√   Air ini juga boleh menyembuhkan masalah gas dalam perut dan perut kembung.

CARA KEEMPAT

1 sudu kecil jemuju
1 sudu kecil jintan manis
2 ulas bawang putih di ketuk

Buat Macam Ini:

√     Rebus dengan 4 cawan air sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk masukkan dalam cawan. Tambah sedikit madu dan air jus lemon.

√    Minum setiap hari selama 15 hari. In Sha Allah, badan rasa sangat segar. Berat pun turun.

CARA KELIMA

3 sudu besar jemuju

IKLAN

Buat Macam Ini:

√     Rebus dengan 2 cawan air hingga mendidih. Biarkan sejuk tapis dan minum airnya setiap hari.

Manfaat Minum Air Jemuju

Banyak manfaat bila minum air jemuju ni. Antaranya

  • Baik untuk masalah gas, gastrik dan keasidan.
  • Baik dalam menyembuhkan dan merawat masalah pencernaan.
  • Ia membantu membersihkan pundi kencing.
  • Untuk ibu hamil kerana ia membantu dalam mengubati banyak masalah berkaitan dengan kehamilan.
  • Merawat kembung.
  • Menghilangkan batuk serta kahak dengan
  • Merawat sakit telinga
  • Baik untuk masalah migrain
  • Ia membantu mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh masalah arthritis.
  • Baik untuk merawat gangguan pernafasan.
  • Kurangkan berat badan.

Bestkan? So lepas ni rajin rajin beli jemuju ni. Kat mydin ada jual. Murah saja.

 

Air Kurus Jemuju, Ini 5 Cara Mujarab Turun Berat Dengan RM1

Satu Lagi Petua Buang Angin Dalam Badan

Ada satu petua dari India bagus untuk membantu masalah jantung dan buang angin dalam badan.

IKLAN

100 gram Jintan Putih
100 gram Jintan Hitam (Habatussauda)
100 gram Jemuju

Caranya:

1. Setiap bahan di goreng asing asing tanpa guna minyak selama 20 minit dengan api yang perlahan sehingga naik bau.

2. Masukkan semua bahan goreng tu ke dalam satu bekas kedap udara.

3. Cara makan, 1 sudu teh selepas makan 3 kali sehari .

Apa apapun NIAT lah untuk kesembuhan. Kita ikhtiar sahaja. Sebenarnya orang orang lama memang ada amalkan air jemuju ni. Memang sangat bagus.

Okaylah, selamat mencuba semua.

NOTA KAKI :

1. Nak cepat turun berat badan tu rajin juga la kasi berpeluh seperti buat senaman ringan
2. Makan tu pantang la sama
3. Minum air secukupnya

Jamu atau apa saja supplement ni hanya membantu proses penurunan berat badan. Usaha semua atas diri sendiri.

Sumber/Foto : Sarifa Redzuan II

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI