Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mencemar duli menuruni kenderaan rasmi bertanyakan mangsa kemalangan yang berlaku di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.
Dalam video yang dikongsikan instagram Istana Negara kelihatan baginda meninjau keadaan kemalangan. Bertanyakan situasi dengan pemandu wanita terbabit.
Ketika itu, baginda dalam perjalanan ke Program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja. Selesai meninjau langsung baginda meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.
Dalam video yang disertakan itu juga mendapat komen positif daripada kalangan netizen. Malah ada yang menyedari ketika berbual dengan mangsa kemalangan itu, di tangan kiri baginda sedang memegang tasbih.
Ads
Komen ilmu_penyuluh_hidup, “Allah hu tuanku pegang tasbih. Segan pulak. Kita bagaimana.”
Ini Bukan Kali Pertama..
Ya.. ini bukan kali pertama baginda bertindak menuruni kenderaan rasmi untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya. Sebelum ini portal Berita Harian, pernah melaporkan baginda turun dari kenderaan rasminya untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa.
Ads
Bantuan terdahulu yang juga viral di media sosial memperlihatkan baginda yang berpakaian sut hitam bertanyakan sesuatu kepada pemandu kereta jenis Perodua Alza, Jasliza Jamil, 38 yang dilihat tidak mengalami kecederaan serius namun masih dalam keadaan terkejut.
Ketika itu baginda dalam perjalanan untuk menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati.
MW : Inilah raja berjiwa rakyat. Semoga tuanku dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. Daulat tuanku!
31 Ogos ini rakyat Malaysia akan raikan sambutan Hari Kemerdekaan tanahair yang ke-62. Sama seperti orang lain enam Peneraju Bernama Radio ini pun tak ketinggalan meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Negara. Sedondon memakai tudung merdeka.
Kata Peneraju Kanan, Nazira Noran, “Kami teruja melihat ramai cikgu sekolah bergambar pakai tudung corak bendera Malaysia. Kami pun terjebak dan seronok melihat cikgu sekolah dan anak murid bersemangat memakai pakaian ala kemerdekaan.”
“Apa salahnya, jika kami semua bertudung sedondon. Memandangkan semua peneraju di Bernama Radio sekarang bertudung. Kecuali Amar Yusoff, tak dapatlah dia pakai tudung.”
Pilihan memakai tudung sedondon di konti juga berentetan dengan melihat di kebanyakan laman sosial malah instagram kebanyakan peniaga tudung yang menawarkan pelbagai jenis tudung. Antaranya kain bawal, shawl, kain satin, kain crepe dan sebagainya.
“Baju mungkin lebih sesuai untuk lelaki. Jadi, kami memilih untuk sedondon bertudung corak bendera.”
Bukan peneraju saja teruja, malah pendengar radio juga teruja sama. Bertanyakan di mana, mereka membeli tudung corak bendera ini.
“Ramai tanya kami beli tudung kat mana. Termasuklah pendengar setia kami. Kami pergi cari tudung ni cuma di Jalan TAR. Harganya pun bawah RM10 sahaja.”
Dalam laporan Sinar Harian, turut menyebut trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan terbaru di pasaran sempena Hari Kebangsaan nanti.
Yang mana, warna asas Jalur Gemilang iaitu merah, kuning, biru dan putih menjadi warna asas rekaan tudung yang dihasilkan dalam bentuk selendang mahupun bawal.
Bukan mudah bagi seorang wanita bergelar isteri untuk berkongsi kasih suami. Dalam erti kata lain meneruskan kehidupan berpoligami bersama dengan wanita lain.Namun, atas rasa tanggungjawab tak mahu suami terabai, seorang isteri sanggup berusaha mencarikan jodoh, menyunting wanita lain buat suaminya, malah tinggal sebumbung. Memang satu dalam sejuta.
Perkenalannya bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya.
Khuzatul Atiqah Abu Seman, 31, memilih untuk melamar Nur Fathonah Abdul Rahim, 30, sebagai isteri kedua suaminya, Samuel Dzul, 29, sebelum pasangan terbabit selamat diijab kabul, baru-baru ini.
Ia bukan sesuatu yang mudah namun bagi Khuzatul Atiqah yang sarat mengandung anak sulungnya kerana dia mahukan kehidupan suami tidak terabai serta mendapat layanan adil.
Lebih menggembirakan apabila mereka memilih untuk tinggal sebumbung di Shah Alam, Selangor yang bukan sahaja membolehkan mereka beribadah bersama-sama malah berkongsi kasih.
“Selepas disahkan mengandung, saya tidak sihat. Suami terpaksa dukung setiap hari untuk naik ke pejabat di tingkat tiga. Apabila melihat wajah suami, hati saya terdetik untuk membantunya dan saya berusaha mencari seorang lagi isteri untuknya.
“Saya terfikir jika keadaan ini berterusan siapa hendak jaga suami. Lantaran, saya mengambil keputusan untuk mencari jodoh untuknya.
“Ramai wanita yang saya temui, ada antara mereka masih anak dara tetapi apabila memberitahu niat saya, mereka memberi pelbagai alasan. Hinggalah saya bertemu Nur Fathonah dan saya melamarnya untuk suami,” katanya.
Katanya, pertemuan berlaku tahun lalu dan pada ketika itu, Khuzatul Atiqah tidak berbincang mengenai niatnya sehingga pertemuan kedua beberapa bulan kemudian.
“Ketika itu, saya memegang tangannya dan memberitahu niat saya. Saya tahu dia ibu tunggal dua anak dan melihat kepada keperibadiannya selain solat istikharah memohon petunjuk daripada-Nya.
“Dia (Nur Fathonah) tidak terkata apa-apa dan hanya memandang mata saya. Saya jelaskan kepadanya kebaikan serta pendapat mengenai berpoligami. Alhamdulillah, dia terima lamaran hingga disatukan,” katanya.
Sebelum ini, Khuzatul Atiqah memuat naik status kisah dia membantu mencarikan calon untuk suaminya.Coretan itu mendapat pujian ribuan netizen malah ada yang memuji kemuliaan hatinya demi memastikan kehidupan suaminya terjaga sepanjang masa.
“Sesungguhnya… cantik aturan Tuhan. Saya pernah menolak poligami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat poligami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mentua ada 3 orang isteri, di mana arwah ibu adalah isteri pertama.
Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mentua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga poligami yang harmoni,” ujarnya.
Khuzatul Atiqah dia tidak menjangka status dimuat naik itu dikongsi warga maya hingga tular di media sosial.
“Kehidupan bermadu saya banyak pelajari daripada keluarga mentua. Bapa mentua saya berkahwin tiga dan saya masih mempunyai tiga ibu mentua,” katanya.
Ditanya apa reaksi suaminya apabila dia mahu mencari isteri kedua, Khuzatul Atiqah berkata, suaminya tidak banyak tanya dan sekadar melemparkan senyuman.
“Semua sudah selesai, saya bukan sahaja menghadiahkan sesuatu untuk suami malah turut membantu Nur Fathonah yang sebelum ini bergelar ibu tunggal,”
“Status yang dimuat naik itu kerana mahu menceritakan perkara sebenar. Ini kerana, ada yang salah faham dan melemparkan fitnah kepada madu saya,” katanya.
Ketiga-tiga pasangan terbabit menetap bersama di rumah di Shah Alam dengan membuka sebuah studio rakaman di Seksyen 15, Shah Alam.
MW:Bukan mudah bagi seorang wanita berkongsi suami, malah mencarikan isteri baru pada suami tersayang. Memang satu dalam sejuta. Apa pun bermadu itu tiada salahnya, jika caranya betul dan atas keredhaan isteri.Selamat berbahagia dan menempuh kehidupan baru.
Besar sebenarnya tanggungjawab sebagai anak lelaki. Usia yang masih remaja bukan penghalang bagi seorang adik untuk melaksanakan tanggungjawab, menjadi wali bagi menikahkan kakak sendiri. Saat ini pasti menjadi detik yang paling bermakna, apatah lagi dapat menyempurnakan hasrat arwah ayah. Malah keberanian ini patut dipuji dan menjadi inspirasi buat anak-anak lelaki kita.
Ismaildaniel yang juga anak bongsu daripada empat beradik berjaya menikahkan kakak keduanya, Noriffa Akasha, 21, bersama pasangannya, Ahmad Asyaf Syafik Ahmad Shamsuddin, 27, kira-kira 9 malam.
“Allah SWT beri saya ketenangan dan Alhamdullilah, saya berjaya menikahkan kakak,” kata Ismaildaniel Ibrahim, 15, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pasir, Dungun, semalam.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah itu berkata, dia berlatih beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan majlis berkenaan.
“Ketika perkahwinan kakak sulung, Norintan Azlin, 24, dua tahun lalu, saya tidak berani berbuat demikian kerana merasakan saya masih kanak-kanak.
“Sebelum ini, ibu, Salmiah Ali, 43, meminta saya berbuat demikian tetapi saya tidak yakin tetapi kali ini, sudah sampai masanya saya menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan arwah ayah, Ibrahim@Nordin Muhamad Ali yang meninggal dunia akibat kanser ketika saya berusia setahun.
“Sebagai anak tunggal lelaki, ini tanggungjawab saya apatah lagi ibu sentiasa berpesan arwah ayah mahu saya mengambil alih tanggungjawab itu.
“Pada mulanya, saya rasa gementar kerana bimbang akad saya itu tidak menjadi namun Alhamdulillah, semua berjalan lancar,” katanya.
Sementara itu, Salmiah berkata, dia kagum dengan kematangan anaknya untuk menjadi wali serta menyempurnakan majlis nikah kakak kandungnya itu.
“Dia menjadi wali untuk perkahwinan kakak sulungnya dua tahun lalu tetapi dia enggan menikahkan kakaknya ketika itu kerana dia masih kecil.
“Pada mulanya, kami merancang mahu wakilkan kepada jurunikah namun Ismaildaniel minta izin untuk melafazkan akad sambil disaksikan jurunikah.
“Sebagai ibu, saya bangga apatah lagi tetamu yang hadir melahirkan perasaan kagum dengan kebolehan Ismaildaniel yang berjaya melakukannya dengan baik,” katanya.
MW: Alhamdulillah.. tahniah buat adik ini, berjaya menunaikan kewajipan sebagai anak dan adik lelaki. Sikap inilah salah satu perkara yang mak ayah perlu semai dalam jiwa anak-anak lelaki kita, agar tahu erti tanggungjawab pada adik beradik perempuannya.
Tarikh Raya 2026 mula menjadi perbualan hangat selepas satu perkongsian di media sosial mendakwa kemungkinan Syawal diumumkan lebih awal seperti yang pernah berlaku pada tahun 2022.