Berita

“Adik Meninggal Depan Mata Saya, Abang Dedah Detik Pilu Saksi Kemalangan Maut 3 Pelajar UIA

Share
Adik meninggal
depan mata saya, abang dedah detik pilu saksi kemalangan maut 3 pelajar UIA.

Tiada apa lebih menyedihkan saat menyaksikan adik kesayangan meninggal di depan mata. Biar berat menerimanya namun takdir telah tertulis buat Ardy Suffian yang menyaksikan adik meninggal di depan mata.

“Sampai di lokasi saya tengok dua penumpang kereta sudah meninggal dunia. Kemudian adik, Adli Hakim disahkan meninggal dunia di depan saya. Perasaan sukar nak gambarkan, sedih,” kata Ardy Suffian yang juga anak kepada peguam terkenal, Datuk Akberdin.

“Adik Meninggal Depan Mata Saya…
“Adik Meninggal Depan Mata Saya…

Dalam kejadian awal pagi Jumaat, tiga penuntut lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) maut dan seorang wanita parah selepas kenderaan dinaiki melanggar belakang sebuah lori simen di Kilometer (KM) 34, Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur berhampiran Kampung Sungai Chinchin.

“Adik meninggal depan mata saya. Kemalangan maut libatkan 4 pelajar UIA. 3 meninggal di lokasi kejadian dan seorang kritikal

Menurut Ardy, dia bergegas dari rumahnya di Shah Alam ke lokasi kejadian selepas rakan arwah menefonnya memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Luah Ardy, Allahyarham Adli antara adik-beradik yang paling manja dan ‘rileks’ sekali.

“Arwah merupakan anak kelima dari tujuh beradik. Saya ada juga WhatsApp dengannya sebelum ini, tapi hanya perbualan biasa, tiada apa-apa yang nampak berubah,” ujarnya.

Kongsinya lagi, sebelum kejadian Allahyarham bersama tiga rakannya yang lain iaitu Ameer Ashraf Khairul Annuar, 24, Adli Hakim Akberdin, 24, dan sepupu Ameer, Afiq Jamal Abdul Nasir, 26 baru selesai makan di Genting Highland dan sedang dalam perjalanan pulang ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) sebelum kenderaan dinaiki bertembung dengan lori simen.

Sementara seorang lagi penumpang iaitu Athirah Najwa Mohd Tajul Ashikin, 27 di laporkan dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang.

Memetik laporan Sinar Harian, Allahyarham Adli merupakan penuntut UIA di tahun akhir dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Adli dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas Asar pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 2.07 pagi.

Dalam kejadian itu, tiga lelaki dilaporkan maut manakala seorang wanita parah selepas kereta jenis Volkswagen yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori simen.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

Published by
Almaswa Haji Che Ros