Seringkali sebagai mak ayah kita merasakan telah banyak melakukan pengorbanan buat anak-anak.Lebih-lebih lagi mak ayah yang bekerja, banyak masa dihabiskan ditempat kerja mencari rezeki demi menampung kehidupan anak-anak dan keluarga.Sehinggakan adakalanya kita terlupa, untuk mengenang ‘pengorbanan’ yang anak-anak hadapi, terpaksa mengorbankan perhatian dan masa bersama mak ayah sendiri.
Ramai sebenarnya mak ayah mengalami situasi begini, bila dah penat seharian mencari rezeki, apabila pulang ke rumah perhatian dan masa terhadap anak-anak sering terabai.Hakikatnya, ramai anak-anak yang sedang menantikan perhatian dan masa berkualiti bersama mak ayah sendiri.
Semoga perkongsian daripada Andy Sulaiman ini semoga membuka mata mak ayah agar menghargai ‘pengorbanan’ anak-anak. Luangkanlah lebih banyak masa masa bersama mereka, agar dapat ‘tebus’ kepada pengorbanan mereka.
Berikut antara nukilan yang dikongsikan;
“Pernah satu malam tu, ada sebuah keluarga datang makan di Brojak. Sepasang suami isteri bersama dua anak. Si suami masih lagi memakai pakaian kerja, jelas nampak nama tempat kerja di bajunya, kasut pun memang kasut kerja.Si isteri pula memakai seragam jururawat. Muka keduanya nampak keletihan.Anak-anak pula, memakai baju tidur, berpimpin tangan dengan ibu mereka. Duduk lah mereka di satu sudut.”
Terdengar si ibu bertanya macam mana keadaan anaknya di sekolah. Dijawab oleh anak mereka dengan setenangnya.Selepas itu, bagaimana pula di rumah mak cik apa entah, aku nampak anaknya hanya menggelengkan kepala.Mungkin soalan “Ada nakal tak rumah mak cik (pengasuh)?” Macam tu lah kot aku agak.Mereka memesan makanan. Hanya lah set A, RM67. Cukup lah, yang dewasa hanya sepasang suami isteri itu. Dua lagi kanak-kanak, tidak banyak makannya.
Pesanan itu disiapkan. Malangnya, sebelum sempat dimakan, anak mereka tertidur di meja makan.Si ibu kejutkan namun tidak dihiraukan.Si ayah juga cuba kejutkan untuk suapkan makanan, si anak hanya mencelik mata seketika namun kepala kembali diletakkan di tepi meja, beralaskan lengan.
Kenang Pengorbanan Anak
Aku perhati sahaja. Dan terlintas satu perkara.
Ads
Selama ini kita hanya berbicara tentang pengorbanan kita. Kita hanya dahulukan apa yang kita lakukan seharian atas tiket demi anak-anak. Ya, tiada salahnya. Benar dan sebenar-benarnya. Tak salah langsung. Apa yang kita kerjakan hari ini semua demi membesarkan mereka.Cuma,adakala kita terlepas masa untuk mengenang pengorbanan anak.
Rata-rata mereka ini sebelum kita keluar ke tempat kerja, mereka sudah berada di sekolah. Ini biasa. Kita dahulu juga macam tu.Ada antara mereka habis sekolah, terpaksa menumpang di rumah pengasuh. Biarpun di dalam hati begitu teringin untuk pulang ke rumah.Tapi, apa boleh buat, ibu dan ayah bekerja dan mencari rezeki untuk mereka juga.
Tiada salah situasi di atas. Keadaannya begitu. Tiada yang menganiaya dan tiada yang teraniaya. Tiada pemangsa dan juga tiada mangsa.Tetapi,timbul kekesalan juga di hati, bila aku fikir anak-anak seharian tak memandang wajah kita dan menanti kepulangan kita.
Ads
Begitu banyak cerita seharian yang mereka pendam. Berbagai cerita gembira yang mereka ingin raikan. Beberapa cerita sedih yang mereka mahu luahkan. Segalanya dipendam, ditahan sehingga pulangnya kita di rumah.
Namun kadangkala apa yang berlaku? Kita kepenatan. Masuk ke rumah, disambut anak-anak yang teruja, lalu mereka terus membuka cerita.Kita hanya mendengar tanpa rasa. Datang lagi seorang, juga ingin bercerita. Kita dengar juga 2 cerita dalam satu masa.
Sehingga, sampai satu tahap, kesabaran hilang. Kita lantas hentikan segala penceritaan anak-anak dengan alasan kepenatan dan tunggu malam nanti baru ceritakan.
Anak-anak akur. Mereka diam. Kita ke bilik, rebahkan badan. Dan, terlena. Sedar dari tidur kita bersihkan diri dan lakukan apa yang sepatutnya. Anak-anak sudah tidur. Cerita mereka tidak kesampaian. Kegembiraan mereka tidak diraikan. Luahan mereka tidak dapat diselesaikan.
Dan kita tidak rasa apa-apa. Mereka tidur ikut waktu yang ditetapkan, ok lah tu kan. Itu sahaja dari kita.
Ads
Cari lah masa, raikan mereka. Kita lakukan pengorbanan demi mereka, mereka juga korbankan rasa ingin bermesra dan bermanja dengan kita.
Walau tidak kaya, tapi aku kaya masa dengan keluarga.
Andy Sulaiman
Semoga perkongsian ini bermanfaat, kongsikan juga buat mak ayah yang lain agar tidak terlepas pandang perkara sebegini.
“Moga Baby Haider Baik-Baik Saja Dalam Perut Mama, Sabar Ya” selain itu pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memohon doa agar bayi yang berada dalam kandungan dilahirkan cukup minggu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Elly Mazlein berasa panik apabila tiba-tiba perutnya mengeras pada usia kandungan 35 minggu.
Dek kerana rasa tidak selesa dan mengalami rasa sakit seperti kontraksi bersalin itu, Elly telah bergegas ke hospital dan mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa oleh doktor, kontraksi berkurangan dan dia dibenarkan pulang.
“Moga Baby Haider Baik-Baik Saja Dalam Perut Mama, Sabar Ya”
“Malam tadi kelam kabut amik flight MAS 1st class hokeyyyyy sebab rasa baby macam dah tak sabar nak Jumpa Atok Papa Mama & kakak Manja. Mengeras.
“Alhamdulillah cecah je kaki di Melesiaaaa trus pergi check in la dik di hospital.
“Alhamdulillah Doktor Khamsiah Check jap ni , katanya baby dah mula relax. Kalau taka da apa-apa boleh pulang ke rumah.
“Doakan kakak kepom & baby ya.
“Doakn Haider dilahirkan cukup minggu,” tulis Elly Mazlein.
Menerui perkongsian yang lain, Elly yang mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari 2020 kini sedang sarat mengandung.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
“Ok dah bole balik kejap lagi. Alhamdulillah rasa contraction dah kurang lepas Nurse bagi Ubat & injection.
“Moga Baby Haider baik-baik saja dalam perut mama ya. Sikit je lagi. Sabar ya. Atuk Papa Mama & kakak Manja pun tak saba nak jumpa Haider.
“InsyaAllah see u soon Permata Ke 2 mama wahai Haider,” kongsi Elly.
Elly juga berasa sangat bersyukur apabila jantung bayinya semua dalam keadaan baik. Malah dia bersyukur anak dalam kandungan pada waktu ini kuat menendang.
“InsyaAllah soon kita jmpa ya Sayang,” luah Elly yang tidak sabar melahirkan anak keduanya.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Elly Mazlein
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak dinafikan ramai yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang hilang pendapatan, pekerjaan dan sumber pencarian selama ini. Kesempitan hidup pasti dirasai terutamanya buat golongan yang kurang berkemampuan apatah lagi yang bergantung pada gaji harian.
Meskipun mendapat pelbagai sumbangan dalam tempoh getir ini seperti daripada kerajaan, NGO dan sebagainya, namun perlu lebih bijak dalam menggunakannya dalam menampung perbelanjaan.Dalam keadaan sekarang ini, menuntut kita perlu mencari alternatif untuk lebih berjimat.
Pertama saya nak minta maaf banyak-banyak. Ramai yang pm, WhatsApp saya minta bantuan duit untuk beli Pampers anak dan beli susu anak. Pampers pula minta yang berjenama mahal,dengan alasan anak ada alahan dengan pampers murah.
1. Guna Kain Lampin
Saya cadangkan guna kain lampin bayi yang boleh dibasuh dan boleh diguna semula. Rupanya ada dah pakai kain lampin ni. Tapi masih ramai tak sedar pakai kain lampin macam mak mak kita dulu lebih baik dan menjimatkan.
2. Anak 2 Tahun Ke Atas Tak Perlu Susu Tepung
Anak yang 2 tahun ke atas tidak perlu lagi susu terutama susu tepung tidak kiralah apa apa jenama sekali pun. Susu buatkan mereka kenyang dan akan menolak untuk makan real food. Sebab itu anak jadi picky eater. Anak 2 tahun ke atas sudah pandai mengunyah,sudah ada gigi,jadi kena ajar dia makan dan makan.
Beri mereka makan nasi,ada sayur,ada ikan,ada ayam. Anak saya sendiri selepas 2 tahun saya tidak utamakan lagi susu. Kecuali susu segar sebagai snak. Tapi saya utamakan nasi,ikan,sayur,air masak.
Tanyalah mana mana Doktor pakar kanak kanak mereka lebih utamakan real food berbanding FM. Melainkan anak itu ada masalah kesihatan yang memang dicadangkan oleh doktor untuk ambil FM.
Sekarang ini anak kita sihat,tapi kita still lagi bagi FM sebagai pengganti makanan,sedangkan anak dah mencecah 3-4 tahun. Bila susu takda kita bagi susu pekat manis. Dengan alasan anak taknak makan nasi. Memang lah anak taknak makan sebab kita tak tegas dan terus layan dia minum FM semata.
Alternatif Jimat
Maaf sangat sangat jika ada yang tak setuju posting saya ini. Saya bukan taknak menyumbang. Tapi dalam keadaan RMO ini kita kena cari alternatif untuk lebih berjimat.
Sebab ramai sangat minta bantuan duit nak beli Pampers nak beli FM. Bila saya cadangkan solusi yang lebih bagus saya pula kena marah.
Sekarang ini kita nak bantu semua. Bukan sikit orang dalam keadaan susah sekarang. Semua orang tersepit. Jadi kita kena cari solusi lebih baik dan lebih memberi kesan yang baik kepada kesihatan juga.
Jika anak guna Pampers pakai buang,berapa banyak dah kita kena belanja. Jika anak minum FM 3-5 kali sehari berapa banyak belanja kita perlu keluarkan sedangkan perbelanjaan beli susu FM itu boleh beli keperluan dapur untuk lebih dari seorang anak.
Pastikan menu yang sihat untuk anak dalam tempoh RMO. Jangan jejaskan kesihatan mereka dengan makanan segera,makanan tinggi gula,makanan tiada khasiat.
Nasi,sup sayur,singgang,masak sayur lemak,sup ayam,sup ikan ini semua menu yang sihat dan paksa anak anak makan menu sihat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya dalam keadaan sekarang, sebaiknya cari alternatif untuk berjimat selagi boleh. Utamakan keperluan harian yang lebih penting seperti makanan untul diberikan buat anak-anak dan keluarga.
Sumber:Muhammad Hassan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak-anak bila tak dikawal jadual tidurnya, mereka boleh saja bermain sampai jauh malam. Walhal esok hari, perlu bangun awal bersiap ke sekolah. Sebab itu kena biasakan anak tidur awal.
Tak cukup jam tidur inilah buatkan anak mengantuk dan tak fokus dalam kelas. Sebaik-baiknya, anak yang bersekolah rendah perlu tidur sekurang-kurangnya 9 jam. Jadi, taklah nanti dia mengantuk, moody atau letih lesu sepanjang hari di sekolah.
Puan Ain, ibu kepada dua orang putera ini berkongsi tip memastikan anak tidur awal secara konsisten.
Rutin Ini Dilakukan Agar Anak Tidur Awal
Tetapkan waktu tidur pukul berapa…ianya mestilah masa yang sama setiap hari.
Hentikan aktiviti/permainan anak 30 minit sebelum waktu tidur yang telah ditetapkan.
Suramkan lampu bilik anak anda.
Mandi, gosok gigi, baca buku atau bercerita ringkas setiap kali sebelum tidur adalah ‘clue’ bagi anak anda bahawa selepas itu dia perlu tidur.
Puji anak anda keesokan paginya kerana mematuhi waktu tidur.
Kalau Nak Berjaya, Kena..
Mulakan rutin ini sejak anak peringkat ‘toodler’ (merangkak dan mula hendak bermain sendiri).
Bila Anak Sukar Tidur Awal, Mak Amal
Surah Al-fatihah dan Ayatul Kursi 1x – dihembus ke seluruh badan anak.
Surah 3 Qul – 3x berturut-turut – hembus ke tapak tangan anda, kemudian usap tubuh anak
Baca Surah Bila..
Sebaiknya amalkan sebelum tidur setiap malam, termasuk doa hendak tidur dan bangun tidur di waktu pagi.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...