Ada sebab tertentu mengapa seorang wanita masih mempertahankan rumah tangganya. Walau berkali-kali hatinya dilukai hingga ada kalanya terasa maruah diri sebagai isteri dipijak suami, namun dia tetap bertahan. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk keluar daripada ikatan perkahwinan itu.
Ada Sebabnya Tak Semua Faham
Ya, memang betul. Tiap orang dalam hidup punya banyak pilihan. Pasti orang sekeliling akan tertanya-tanya; kenapa isteri itu tetap mahu bertahan? Tetap rela diri berendam air mata. Kenapa tak berpisah saja? Takkan terlalu lemah?
Yang melalui sahaja yang faham. Sebagai orang luar kita tak sepatutnya menuduh sembarangan pada wanita yang berada dalam situasi itu. Mungkin sebagai rakan atau ahli keluarga, kita mampu menasihati mereka, untuk ‘membuka’ hati dan minda mereka. Supaya mereka dapat keluar mencari bahagia. Tapi, kenapa si isteri itu masih tetap bertahan dalam perkahwinan penuh air mata itu?
Soal Hati
Bila menyentuh soal hati, sukar nak dikata. Kalau dah sayang, semuanya mampu ditelan walau sepahit mana pun dugaan itu. Sama seperti wanita yang diduga dengan pelbagai masalah berpunca daripada sikap suami.
Ada isteri yang memiliki suami yang panas baran. Pantang silap sikit, ditengking umpama isteri buat kesalahan besar sedangkan puncanya bila isteri silap letak barang kepunyaannya. Habis dilempar barang. Belum lagi dimaki isteri di depan anak-anak.
Ads
Bayangkan apa perasaan isteri? Namun, isteri masih mampu bertahan. Sebabnya dia sayangkan suaminya itu. Tambahan pula katanya suaminya baran tapi tak sampai ‘naik tangan’.
Dia sedar, dia sebenarnya mengalami penderaan emosi oleh suami. Tapi dia tetap reda. Sebab apa? Sebab kasih sayangnya masih menebal pada suami. Segalanya ditelan jua.
Ada isteri yang masih tetap bertahan kerana anak-anak. Dia tak sanggup melihat anak-anaknya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Walau pun alasan itu tidak sepatutnya jadi penghalang untuk seseorang wanita itu keluar daripada rumah tangga yang tidak lagi bahagia buat dirinya, namun itu adalah antara sebab mengapa ramai isteri tak sanggup bercerai.
Mereka rela korbankan kebahagiaan diri sendiri demi anak-anak. Walau pun mungkin pada hakikatnya mungkin anak-anak juga lebih bahagia jika mereka berjauhan daripada ayah mereka. Tentu anak-anak juga sedih bila melihat ibu mereka tidak dilayan dengan baik oleh bapa mereka sendiri.
Ads
Bergantung Pada Suami Sepenuhnya
Wanita yang masih tetap cuba bertahan adalah kerana dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk menampung kehidupan. Sebab itu dia tidak dapat bayangkan kalau berpisah, dia dan anak-anak hidup susah.
Baginya, pengorbanan emosinya masih mampu ditanggung berbanding beban kewangan yang mungkin terpaksa dipikul andai pilih berpisah.
Takut Status SINGLE
Mungkin ada yang hairan dan tak percaya dengan alasan yang satu ini. Di zaman yang serba moden, soal status seseorang wanita bukan lagi isu besar. Tapi masih ramai wanita yang ‘takut’ dengan gelaran itu. Mereka rasa malu andai diketahui masyarakat bahawa mereka sudah bercerai.
Tidak sepatutnya ini dijadikan alasan. Berapa ramai wanita yang bergelar ibu tunggal Berjaya membuktikan mereka mampu berjaya bahkan lebih berjaya selepas keluar daripada rumah tangga yang tak membahagiakan itu. Sepatutnya wanita-wanita ini dijadikan contoh betapa wanita sebenarnya sangat kuat.
Apa juga alasan, jangan terus biarkan diri didera emosi oleh suami. Bila isteri asyik memendam, ditakuti lama kelamaan ia akan menimbulkan depresi dalam diam. Ingatlah, BAHAGIA itu perlu dicari. Binalah kekuatan untuk mencarinya…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Sales beratus ribu, tapi culas bayar nafkah.” Lelaki patut tahu anak adalah tanggungjawab ayah.
Perkara ini memang tak boleh lari, biarpun telah bercerai dengan bekas isteri, tanggungjawab lelaki kepada anak-anaknya sama sekali tak terputus.
Bab nafkah jangan dibuat main-main, tersilap langkah menjawablah. Jika tidak di dunia, tunggu balasannya di akhirat kelak.
Sales Beratus Ribu, Tapi Culas Bayar Nafkah
Kongsi Kheyr Hameed, kata sales beratus-ratus ribu, tapi nafkah anak pun semput nak bagi. Boleh ya macam tu???
Perkara ini adalah berkait dengan tanggungjawab. Tanpa campur tangan mahkamah pun, patutnya orang lelaki tahu bahawa anak itu tanggungjawab seorang ayah. Tak kiralah siapa yang bela (jaga). Mak atau ayah, tanggungjawab nafkah tetap pada ayah.
Lelaki Patut Tahu
Kalau mak bela, ayah patut kiralah belanjawan besarkan anak berapa untuk sebulan. Kalau anak lima orang, kau bagi RM 500. Kau agak-agak dapat apa seorang RM 100?
Lepas tu acah-acah tuduh mak guna duit anak. Kelakar sungguh, mak kena top up duit ada lah. Celah mana hendak guna duit nafkah anak yang sememangnya tak cukup pun.
Kalau ayah bela, jangan bangang pula minta duit bekas isteri konon nafkah anak. Mak tu nak belikan baju atau apa-apa makanan lain, semua tu ihsan. Bukan tanggungjawab mak.
Orang lelaki jenis ego, bodoh, sombong memang semua acah-acah cakap, “biar mahkamah tentukan”. Lepas tu mahkamah tetapkan seorang anak RM 300, pun merayu minta kurangkan.
Masa itulah bagi alasan bini baru hendak bersalinlah, anak dengan bini baru nak masuk sekolahlah. Habis tu anak-anak dengan ex-wife tu bukan berbin/binti kau ke? Alahai…
Kes nafkah ini tak akan bertimbun dekat mahkamah syariah kalau ramai lelaki bertimbang rasa dan faham agama. Ini setakat sembang dekat facebook dan share video Azhar Idrus je lebih, pelaksanaan entah ke mana? Zero. Tapi dekat media sosial, dia lah paling hero bab share ceramah agama.
Mingguan Wanita : Ramai bekas isteri berdepan bab nafkah setelah berlaku penceraian. Sesetengah kes memakan masa yang lama untuk diselesaikan apabila bekas suami tidak memberi kerjasama dan menuduh bekas isteri dengan pelbagai fitnah. Semoga mak-mak yang berdepan dengan isu sebegini segera menemui jalan penyelesaian.
Setiap mak ayah pasti sayangkan anaknya sendiri bagai menatang minyak yang penuh. Namun sayangkan anak biarlah berpada-pada. Jangan biasakan menurut segala kehendak dan permintaan mereka yang boleh memberi kesan dalam diri mereka nanti. Ini kerana tanpa disedari kita yang mengajar anak-anak untuk menjadi ‘bos’ kepada mak dan ayahnya sendiri. Akibatnya, anak mula bersikap kurang ajar, tidak menghormati kita berpunca daripada kesilapan kita dalam mendidik mereka.
Jemput baca perkongsian daripada Dr Taufiq Razifini, 5 tanda anak kita mula jadi BOS kepada mak ayahnya sebagai panduan;
1. Tak Sampai Hati Sekat Kebebasan Anak
Bila mak ayah tak sampai hati nak sekat kebebasan anak dan bagi je anak tu nak buat apa sesuka hati mereka padahal perkara macam ni adalah sejenis Permissive Parenting. Ianya akan merosakkan anak tu suatu hari nanti.
2. Tak Berani Tegur Kesalahan
Bila mak ayah dah tak berani nak tegur kesalahan anak sebab nak jaga hati anak padahal anak kita sangat perlukan Guidelines daripada mak ayahnya baik daripada segi pengurusan diri hinggalah kepada pengurusan emosi
3. Takut Buat Peraturan
Bila mak ayah terlalu takut untuk membuat peraturan di dalam rumah padahal mak ayah adalah Person In Charge di dalam rumah, bukannya anak anak
4. Tunaikan Semua Permintaan Anak
Bila mak ayah tunaikan semua permintaan anak tanpa batas kerana terlalu sayangkan anaknya padahal anak yang tak belajar berhadapan dengan Rejection akan mudah berputus asa
5. Terlalu Sayangkan Anak
Bila mak ayah terlalu sayangkan anak sehingga merelakan dirinya dipijak kepala padahal anak kita sebenarnya perlukan seorang Leader untuk dijadikan idola dalam hidupnya, bukannya seorang pekerja apatah lagi hamba!
Taufiq Razif
Tetap sayang anak tapi berpada
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat mak ayah dalam mendidik anak-anak menjadi insan berguna.Awas tanda-tanda ini. Sayangkan anak biarlah berpada-pada, jangan sampai mereka tidak menghormati kita sebagai ibu bapanya.
Empat perkara normal ini, akan suami normal lakukan. Serius! Memang itulah habit mereka. Tapi, isteri tak boleh terus bertindak melulu. Apatah lagi meroyan sampai ‘makan dalam’ tindakan itu. Lagi-lagi dalam bulan penuh keberkatan ini, jomlah kita kumpul pahala sebanyak-banyaknya wahai isteri.
Inilah yang cuba disampaikan oleh Dr Anayasmin Azmi, Founder & Author, Medical Doctor, EarlyChildhood Advocate|, NLP Practitioner menjelaskan betapa penting untuk memahami ‘budaya’ komunikasi pasangan. Agar konflik suami isteri dapat dikurangkan dalam bulan Ramadhan ini.
JANGAN AMBIL HATI JIKA SUAMI LAKUKAN 4 PERKARA INI
Paling takut, kalau kita salah faham jadi dosa pula kerana salah kata pada suami. Semoga skill komunikasi di’sulam’ dengan iman dan kasih sayang.
Pernah tak hadapi 4 situasi ini?
1. Suami Tak Memahami Maksud Isteri
“Abang, ni asyik tengok hp saja. Saya ni penat dari pagi blablabla..”
Panjang kan kita membebel
Contoh isi tersirat dari bebelan kita di atas tadi adalah.. “Abang, tolong jagakan baby sekejap, saya nak masak.”
Apatah lagi kalau isteri merajuk. Usahlah berharap suami memahami apa isi hatimu. Kerana kebanyakan suami hanya terima apa yang kita beritahu mereka. Contoh “awak ada masalah ke?”
“Tak ada!!” walau sebenarnya hati remuk rendam baru sekejap berselisih dengan si suami tu.
Sebaiknya jelaskan sahaja apa yang kita mahu suami lakukan. Beritahu dengan jelas dan ringkas.
2. Suami Tak Endahkan Apa Isteri Cakap
Lelaki cenderung hanya dapat lakukan 1 perkara pada 1 masa.
DIkala kita boleh memasak sambil dengar radio, sambil menunggu mesin basuh berhenti sambil anak bermain di tepi.
Suami kita lebih cenderung basuh kereta sahaja dan kemungkinan besar tak dengar apa kita sebutkan walau kita hanya di sebelahnya.
Nak bercakap dengan dia cubalah selepas dia selesai basuh kereta.
3. Suami Kurang Ekspresi Apabila Mendengar
Ini sangat biasa berlaku. Kalau di pasar raya, saya tengok isteri beriya penuh perasaan dan emosi menunjukkan baju atau tudung baru.
Suami jawab . “ok” sambil mata sambung tengok handphone. Ini kerana lelaki suka keadaan yang terkawal. Tanpa mereka sedar, rupanya kurang ekspresi begitu salah satu mechanism mereka cuba berada dalam kawalan diri. Bukan bermaksud mereka tiada perasaan.
4. Bersendirian
Mekanisma lelaki dan perempuan menghadapai situasi stress adalah sedikit berbeza. Bila isteri stress, lebih cenderung untuk ada ‘seseorang’ bersamanya. Ini kerana fitrah wanita suka disentuh dan meluahkan.
Sedangkan lelaki, apabila tertekan lebih cenderung bersendiri. Jadi kalau suami nampak stress balik kerja terus ke bilik. Berilah dia sedikit masa untuk bertenang.
Ini Sebabnya Isteri Kena Kawal Diri
Sedar tak sedar, anak-anak MEMERHATI komunikasi kita suami isteri dan ia akan mempengaruhi cara anak-anak berkomunikasi dan bersosial. Jadi hati-hati!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...