Beruntungnya buat ibu mengandung terutamanya bila hamil semasa bulan Ramadan. Boleh dikatakan puasa ‘penuh’ dan tak perlu risau nak ‘berganti’ bagai.

Namun, tak kurang juga ibu mengandung yang punyia masalah bila tibanya bulan puasa. Bukan sengaja untuk tidak mahu berpuasa tetapi mungkin ada sebab-sebab tertentu yang tidak membolehkan dia berpuasa penuh pada bulan Ramadan

Jadi, buat ibu mengandung yang merasakan tidak boleh berpuasa, jangan paksa diri untuk teruskan. Kena fikir bayi dalam kandungan, bimbang ia boleh memberi kesan dan membahayakan kandungan, malah mungkin juga pada ibu itu sendiri. Inilah yang dipesan oleh Dr Muhammad Izzat buat ibu mengandung.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Didik Anak Seawal Dari Dalam Kandungan, Ibu Hamil Mestilah Selalu Baca Al-Quran

Ibu Mengandung Ada Diabetes, Perlu Suntikan Insulin, Disarankan Jangan Puasa

Ads

Info Lebih Menarik DI SINI

Buat Ibu Mengandung, Jangan Berpuasa…

1) Ibu yang ada GDM dengan bacaan gula yang tak terkawal, termasuklah semua ibu GDM yang sedang on insulin. Mereka yang ada GDM on diet control, boleh berpuasa sekiranya doktor merawat dah menilai yang mana ibu selamat berpuasa.

2) Bagi ibu yang berisiko untuk dapat darah beku ( venous thromboembolism), termasuk ibu yang sedang penerima ubat cucuk untuk cairkan darah (clexane/heparin) serta faktor-faktor lain yang doktor fikirkan akan meningkatkan risiko si ibu untuk dapat darah beku. Dehidrasi masa berpuasa boleh memburukkan keadaan dan meningkatkan peluang untuk dapat darah beku untuk ibu-ibu yang berisiko.

3) Buat ibu yang ada pre-eclampsia atau darah tinggi masa hamil yang memerlukan ubat darah tinggi yang perlu di makan pada tepat waktunya.

4) Ibu pada awal kehamilan dengan muntah-muntah teruk juga tak disarankan berpuasa.

5) Bagi ibu yang berasa tak sihat atau demam.

6) Kehamilan yang ada IUGR (baby terbantut tumbesaran )

7) Ibu yang mengandung kembar 2/3.

8 ) Semua ibu yang menyusukan anak atau sedang mengandung yang risaukan mengenai keselamatan dirinya atau anak dalam kandungan atau anak yang disusukan. Adalah dinasihatkan tak perlu berpuasa. Boleh ganti puasa kemudian hari / bayar fidyah.

Kumpulan lain yang tak termasuk, perlu pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk pastikan ibu selamat untuk berpuasa atau tak.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Ads

MW: Paling penting, jangan paksa diri untuk berpuasa. Tak apa, nanti boleh ganti balik puasa kemudian hari.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat

Ads

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI