Sesungguhnya ada rahmat yang besar pada anak yang lasak, ramai mak ayah tak tahu dan salah faham akan kebaikan anak-anak ini.

Secara luarannya memang nampak macam sukar dikawal, namun rutin mereka hanya berulang-ulang perkara yang sama. Bila penat mereka akan berhenti dengan sendirinya walaupun nampak macam tak nak berhenti.

Ikuti perkongsian Mohd Fhais Salim ini dan ketahui apa kebaikan memiliki anak yang lasak ini:

Ramai Tak Tahu & Salah Faham

Memang ramai orang mudah salah faham dengan anak yang lasak dan gasak ni.
1) dia memenatkan
2) dia tak tahu duduk diam
3) dia susah dengar kata
4) dia nakal dan degil
5) dia tak boleh sabar
6) bila dia hendak sesuatu itu, dia tetap nak juga!

Baca Juga Di sini:

Dapat Anak Lasak, Kurang Bijak Semuanya Rezeki, Mereka ‘Tiket Syurga’ Mak Ayah, Bersyukurlah

Anak Lasak Itu Normal. Tapi Mak-Mak Kenalah Cerewet Supaya Mereka Tahu Adab

Syukur Alhamdulillah Allah Bagi Nikmat Merasa Jadi Mak Yang ‘Garang’ Untuk 2 Anak Lelaki Lasak

Ada Rahmat Besar Pada Anak Yang Lasak

Sebenarnya ada rahmat besar pada anak lasak yang ramai tak tahu. Lasak tu cuma secara zahir sahaja, tapi secara batin banyak kebaikan.

IKLAN

Rata-rata anak lasak ni ada Strong Will !

Dia bukan sekadar lasak fizikalnya sahaja tapi hati, minda dan jiwa dia pun sama lasak juga!

Kalau perasan mereka ini,
– susah nak nangis
– jarang sakit
– boleh main sendirian
– mudah dijaga
– tak renyah sangat
– senang nak faham

Karakter Straight Forward

Karakter mereka ini straight forward, tak complicated sangat. Kalau betul-betul kusyuk amati rutin mereka memang boleh faham apa yang mereka perlukan.

Main -> makan -> tidur -> main balik

IKLAN

Tujuan hidup anak lasak memang untuk bermain. Lepas main lapar, makan. Lepas main penat, tidur. Gitu saja rutin mereka setiap hari.

Jadi berdamailah dengan kelasakan anak-anak ya, lepas tu baru mudah kita nak rasa damai dengan rahmat anak anak kita. InsyaAllah.

#rahsiatenang
**Dapatkan banyak lagi ilmu #KhusyukParenting begini di -> bit.ly/PositifParent

Mingguan Wanita : Sebenarnya memang memenatkan melayan anak yang lasak, tapi jangan bimbang anak-anak yang lasak ini adalah rahmat yang besar buat mak,ayah. Jadi layanilah sebaiknya.

Sumber: Mohd Fhais Salim

IKLAN

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Ada Rahmat Besar Pada Anak Yang Lasak, Ramai Tak Tahu & Salah Faham

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Ada Rahmat Besar Pada Anak Yang Lasak, Ramai Tak Tahu & Salah Faham

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial