Abaya merupakan pakaian sinonim wanita Arab kerana ia adalah persalinan harian mereka tetapi kini ia semakin menjadi pilihan wanita di negara ini kerana penampilannya yang sopan. Fesyen abaya cukup sinonim dengan wanita moden kini yang selesa menutup aurat ketika keluar mahupun menghadiri acara rasmi.

Dari sudut fesyen, jubah wanita mempunyai kelasnya yang tersendiri. Busana ini lebih cenderung dipakai Muslimah yang mendahulukan kepentingan menutup aurat berbanding penampilan atau niat untuk berfesyen.

Gaya Minimalis

Abaya Moden Gaya Timur Tengah Pilihan Wanita. Minimalis Jadi Pilihan Gaya

Tidak hairanlah mengapa abaya menjadi persalinan tepat untuk wanita yang sukakan gaya sopan, ringkas dan selesa, namun tetap anggun menawan.

Mengusahakan abaya jenama sendiri, Bi. Albak, Najihah Mohd Shahrudin memperlihatkan koleksi abaya Bi. Albak sebagai persalinan tepat untuk beliau mewarnai dunia fesyen tanah air.

Bi. Albak membawa maksud “dalam hati awak” itu mengetengahkan konsep  fesyen   ‘modest by heart’ yang membawa wanita kelihatan lebih elegan dalam gaya abaya yang modest.

Abaya Moden Gaya Timur Tengah Pilihan Wanita. Minimalis Jadi Pilihan Gaya
Najihah Mohd Shahrudin

“Saya satukan trend fesyen semasa dalam rekaan abaya untuk menarik minat wanita mengenakan pakaian sopan, namun anggun, eksklusif dan tampak mewah,” ujar Najihah yang ditemui baru-baru ini sempena memperkenalkan koleksi abaya Bi. Albak.

Menurut Najihah lagi, pemakaian abaya lebih bersifat universal dan diterima umum meskipun abaya diperincikan dengan pelbagai potongan dan hiasan, menjadikan ia koleksi pakaian Muslimah unik dan manis dikenakan di pelbagai majlis.

IKLAN

“Tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis abaya di pasaran, namun kebanyakannya begitu menyerlah dengan perincian batuan, manik dan renda yang sangat eksklusif.

“Berbeza dengan Bi. Albak yang berkonsepkan universal dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur,” jelas ibu kepada dua cahaya mata itu mengenai koleksi abaya di bawah jenamanya.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Abaya Moden Gaya Timur Tengah Pilihan Wanita. Minimalis Jadi Pilihan Gaya

IKLAN

Memilih gaya abaya yang mementingkan ciri-ciri seperti keselesaan, ringkas dan boleh disuai padan dengan busana lain, Najihah turut berkongsi beberapa keistimewaan koleksi jubah adalah pakaian sinonim wanita Arab kerana ia adalah persalinan harian mereka tetapi kini ia semakin menjadi pilihan wanita di negara ini kerana penampilannya yang sopanyang mengikut trend wanita masa kini.

Warna Polos Jadi Pilihan

“Buat masa ini, rona warna tanah menjadi pilihan popular wanita dan corak yang minimalis juga semakin mendapat tempat di kalangan wanita moden. Jadi,  Bi. Albak memahami citarasa wanita Malaysia yang mementingkan keselesaan dalam bergaya. Pemilihan fabrik yang tidak panas juga menjadi keutamaan dalam setiap rekaan abaya Bi. Albak ,” ujar beliau lagi.

Abaya Moden Gaya Timur Tengah Pilihan Wanita. Minimalis Jadi Pilihan Gaya

Pada majlis memperkenalkan jenama abayanya baru-baru ini, Najihah membuktikan abaya bukanlah busana untuk Muslimah semata-mata, malah ia  boleh digayakan oleh wanita Muslim, bahkan untuk semua wanita yang ingin bergaya minimalis dan sopan.

IKLAN

“Memahami keperluan fesyen yang pelbagai,  inner baju direka agar sesuai untuk dipadankan dengan kemeja, blaus atau blazer untuk imej yang lebih moden.

“Jika abaya di pasaran kebanyakannya sehelai sahaja. Berbeza busana yang  ditampilkan ini hadir dengan jubah luar, baju tanpa lengan dan juga selendang. Si pemakai bebas untuk menggayakannya mengikut fesyen masing-masing,” ujar Najihah lagi.

Harga Mampu Milik

Menyentuh mengenai harga pula, Najihah berkata set abaya  Bi. Albak sememangnya berpatutan di mana satu set bernilai RM310.

“Setakat ini, kami menawarkan harga yang berpatutan dan untuk saiz pula bermula daripada S hingga 2XL,” katanya seraya mengakhiri perbualan.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI