Dalam pada seluruh negara meraikan kemenangan Malaysia menentang Bangladesh untuk kelayakan Piala Asia 2023, rupanya ada momen ‘sweet’ yang jadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Antara cameraman dengan sekumpulan penyokong Malaysia yang menyaksikan perlawanan.
Pengguna TikTok, saifudinahmad94 berkongsi video memanggil jurugambar bertugas di stadium. Jeritan demi jeritan agar ‘abang cameraman’ merakam wajahnya dan rakan-rakan yang berada di tempat duduk penonton di tingkat atas.
Demi Sekeping Gambar
“Kenapa susah sangat abang cameraman. Kawan saya nak mati dah bang pekik.” Tulisnya turut disertakan emoji lucu.
Demi sekeping gambar itu, masing-masing tidak berputus asa memanggil dan akhirnya ‘abang cameraman’ terdengar jeritan mereka.
Perkongsian anak muda ini kemudiannya menjadi viral dan mendapat respons daripada jurukamera tersebut.
Bukanlah jurugambar itu sengaja tidak mendengar. Sebaliknya ada kisah yang jadi yang menyebabkan jurugambar ini tidak dapat ‘menangkap’ jeritan anak-anak muda ini ketika berada di dalam stadium.
“Ni lah gambar mereka yang viral jerit dari atas tu, maafkan saya tak sempat tukar lens panjang, dan saya minta maaf lambat detect arah korang jerit.
Sebab saya ni pekak sebelah kanan berpunca daripada saraf telinga rosak kerana sakit meningitis dulu. InsyAllah ada rezeki kita shoot dekat-dekat, terima kasih femeskan abang cameraman tak seberapa ni.”
Tulis jurufoto sukan, Jurnalmil di laman instagramnya.
Ads
Bila mana tahu akan keadaan abang jurugambar ini, ada yang mendoakan agar petugas itu sembuh dari penyakitnya.
Umum mengetahu bahawa untuk membuat binaan tambahan bagi kediaman memerlukan kelulusan dari PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Namun demikian ada juga yang ambil tak peduli, tetap membuat binaan ‘haram’ tanpa kebenaran kerana menganggap ia perkara ‘biasa’ dan ramai yang buat, walaupun sebenarnya ia tak boleh dan menjadi satu kesalahan.
Sebenarnya ada macam-macam jenis binaan tambahan tanpa kebenaran yang boleh membahayakan keselamatan, terutamanya jika dilakukan di rumah flat.
Panas pula isu rumah flat di Johor kena roboh pasal buat tambahan macam duduk corner lot. Saya yakin yang PBT kalau boleh tak nak lah ke arah roboh ni tetapi bila benda binaan haram ni makin tak terkawal, nak tak nak mereka perlu roboh untuk beri peringatan.
Kalau siapa yang tak tahu, memang sudah jelas binaan tambahan untuk kediaman memerlukan kelulusan dari PBT.
Ok lah kalau tak tahu pun, kita masih ada common sense. Bila beli flat ni, dalam agreement floor plan dia tunjuk bahagian mana? Biasanya pelan layout rumah sahaja lah. Tak ada pula dia tunjuk kaki lima depan belakang semua kita punya. Jadi kenapa nak buat diatas tanah bukan bahagian kita? Common sense.
Problem dengan binaan tanpa kebenaran di flat ni, dah macam-macam jenis dah dan hasilnya kebanyakan akan membahayakan keselamatan. Kerja-kerja menyelamat bomba pun boleh tergendala pasal ada binaan macam ni. Truck bomba tak boleh park dekat. Tangga tak sampai. Itu salah satu.
Nak buat binaan tambahan, kena check dulu dengan PBT atau at least management body. Senang. Bukan tanya tukang, tukang dia nak job saja asal jalan. Tuan rumah suruh buat dia buat.
Duduk di kediaman macam flat ni perlukan tolak ansur dan fikir kebajikan jiran. Kadang bila tambah tu kita saja yang senang, tapi menyusahkan orang lain.
Ni saya bagi contoh binaan tanpa kebenaran yang biasa dibuat tapi sebenarnya tak boleh.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika tinggal di rumah flat jangan buat binaan tambahan tanpa kebenaran iya. Mungkin ramai yang buat tapi sebenarnya tak boleh dan menjadi satu kesalahan. Malah lebih penting boleh membahayakan keselamatan.
Perkara pertama yang mak-mak fikir bila anaknya kahwin adalah rajin masak. Bimbang takut anak lelakinya tak dapat makan. Hanya pandai beli kat kedai saja.
Namun, dengan keadaan sekarang ini dah tentulah bukan rajin masak tapi pandai masak. Ada beza tu antara rajin dan pandai. Tambahan pula bila isteri turut bekerja. Keluar pagi balik malam, kadang-kadang tak sempat untuk memasak.
Tak kisahlah rajin masak atau pandai masak sekalipun, kenalah terima cara isteri itu. Perkara ini boleh dipupuk. Tak kurang juga yang kena kecam, kononnya bayar mas kahwin mahal tapi tak reti memasak.
Malah, apa yang dikatakan, nak cari isteri, carilah yang rajin masak bukannya yang pandai masak.
Apa bezanya ialah:
Isteri yang rajin seperti nenek dan mak-mak kita dulu. Seawal pagi menyiapkan makanan untuk suami dan anak-anak. Hidangan untuk pagi lain, tengahari hidangan lain, minum petang dan makan malam.
Berbanding dengan isteri pandai masak, dia hanya tulis atau save resepi saja. Lebih-lebih lagi, sekarang ini, order makan melalui telefon saja.
ulu, bangun awal pagi masak, lauk pagi, makan pagi, makan tengahari
Bini sekarang pandai masak. Selalu ada resipi masakan tapi tak buat.
Terimalah Sajalah
Untungnya kalau suami dapat isteri yang rajin atau malas sekalipun. Terimalah. Itulah pilihan kita.
Sumber: @usop5897 (tiktok)
Info:
1. Suami kena sokong isteri, bukan asyik komen saja.
Jika isteri tidak pandai memasak, jangan marah atau pun herdik dia tetapi hantarlah dia ke kelas memasak. Jika, setiap hari berlatih dan belajar, nanti pandailah isteri. Suami juga boleh belikan buku masakan untuk dibaca dan dicuba oleh isteri.
2. Suami kena tolong isteri di dapur
Ini penting, takkan la anda ingin biarkan isteri bersendirian menyediakan juadah untuk anda. Isteri yang bekerjaya mungkin tiada masa untuk memasak jadi, si suami perlulah membantu isteri di dapur. Fikirkan menu apa yang ingin dimasak. Bukan apa, secara tak langsung, dapat eratkan hubungan suami isteri.
3. Rajin sediakan bahan-bahan untuk isteri masak
Jika suami tahu resipi masakan yang isteri ingin masak, mungkin boleh sediakan bahan-bahan penyediaannya. Mungkin suami boleh sediakan bahan-bahan basah dan kering jadi mudah untuk isteri menumisnya sahaja. Apabila anda rajin, perkara yang susah akan mudah.
4. Tonton rancangan memasak bersama-sama
Suami jangan hanya asyik tengok cerita sukan sepanjang hari, luangkan sedikit waktu menonton rancangan memasak bersama isteri. Sekarang di TV, banyak saluran khas untuk program masakan yang disediakan, malah, program tersebut langsung tidak bosan.
5. Mulakan menu yang mudah
Pelik untuk tidak tahu masak, apatah lagi masak sardin. Bagi yang tidak pandai memasak, dicadangkan untuk memasak masakan yang mudah dan ringkas terlebih dahulu. Mungkin, anda boleh cuba goreng ayam, rebus telur, masak nasi, tumis sayur dan pelbagai lagi yang ringkas.
Mingguan Wanita : Tak pandi masak tak apa. Insya Allah, bila dah ada suami dan anak-anak, automatik pandai dan rajin ye.
Kemelut gangguan ‘orang ketiga’ dalam rumahtangga Puteri Sarah Liyana,37 diteruskan dengan tindakan undang-undang apabila pelakon ini nekad memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berkata, selepas hampir empat tahun menangis, menahan sabar dan menanggung derita, akhirnya dia nekad mengambil tindakan undang-undang.
“Selepas pulang daripada menunaikan umrah, Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya hendak buat dan sekarang saya fokus.
“Jadi, sebelum pergi umrah, saya sudah beri semua maklumat kepada peguam. Sepanjang sebulan di luar negara, mereka sudah siap dan kaji semuanya.
“Selepas saya pulang, kami terus berbincang dan mengambil tindakan saman,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.
Memperincikan tindakannya itu, Puteri Sarah berkata, dia mengambil langkah berkenaan demi mempertahankan maruah diri yang tercalar dan sekian lama didiamkan.
“Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar.
“Sebelum ini, saya ada kongsi di Instagram (IG) bahawa dia mencabar saya dengan menyatakan bila saya hendak saman dan meminta peguam saya membuat tindakan segera.
“Jadi, sekarang, kami sudah failkan dua saman,” katanya.
Selain menuntut keadilan, Puteri Sarah mahu menyelamatkan rumah tangganya dan memperjuangkan hak sebagai wanita teraniaya.
“Sebelum buat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga saya.
“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga saya. Sampai bila saya hendak kena pijak macam ini?
“Malah, ramai wanita teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanya nasihat. Sekarang, saya sudah bukakan jalan kepada mereka.
“Insya-Allah selepas ini, siapa yang mahu ‘menyondol’, mungkin lebih berhati-hati.
“Saya buat semua ini bagi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam.
“Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini dan kacau keluarga serta orang sekeliling,” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Ummi Kartini Abd Latiff berkata, defendan iaitu Ira sudah menerima perintah injuksi interim, Selasa lalu.
“Kami failkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung gangguan. Kami sudah mendapatkan perintah injuksi pada 24 Jun yang lalu.
“Perintah ini dimohon agar agar defendan (Ira) berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
“Sebab kadang-kadang ada pihak yang menggunakan akaun palsu. Jadi, ini adalah penting untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap anak guam kami.
“Perintah dan permohonan ini sudah diserahkan kepada pihak defendan, Selasa lalu. Beliau sudah menerima dokumen itu dan kami akan bertemu di mahkamah pada 4 Julai depan,” katanya.
Dalam masa sama, Ummi Kartini berkata, tindakan di Mahkamah Syariah pula masih dalam proses.
“Untuk tindakan di Mahkamah Syariah, kami perlu bermula dengan aduan. Kami sudah failkan aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 24 Jun lalu.
“Hari ini kami berada di JAIS atas sebab perkara berkaitan syariah ini di bawah undang-undang negeri.
“Berikutan alamat tempat tinggal anak guam kami dan defendan di Selangor dan ada kejadian berlaku di Kuala Lumpur, kami dinasihat membuat aduan di kedua-dua negeri,” katanya.
Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah, mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.
Syamsul yang ketika ini ‘meledak’ dengan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.
Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Mingguan Wanita: Bukan mudah untuk mempertahankan rumahtangga apatah lagi diganggu oleh orang ketiga. Semoga pengakhiran yang baik dalam rumahtangga Puteri Sarah ini.