Dikala pihak sekolah dan guru-guru bertungkus lumus membuat persiapan akhir sempena pembukaan sekolah, demi memastikan keselesaaan murid-murid dan para pelajar dalam menghadapi persekolahan norma baru. Sungguh malang tidak berbau, jasa dan keringat guru ini hingga ke akhir hayat. Dilaporkan seorang guru lelaki tergelincir dari balkoni ketika sedang melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah semalam.
Persiapan Akhir Pembukaan Sekolah
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga guru Matematik tergelincir dari balkoni belakang tingkat satu di SK Batu Gajah, ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah itu.
Mangsa yang terjatuh pada ketinggian tiga meter parah di kepala akibat terkena longkang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan pemeriksaan air bagi memastikan setiap sinki di dalam kelas berfungsi.
“Mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter.
“Mangsa mengalami kecederaan di kepala berikutan terkena bahagian longkang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Tanah Merah.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya di balkoni berkenaan manakala terdapat guru lain dalam kelas itu.
Ads
“Terdapat guru yang melihat kejadian berkenaan dan kami dimaklumkan kesemua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan sekolah esok.
“Mangsa yang mempunyai lima orang anak mengajar Matematik di sekolahnberkenaan sejak 17 tahun lalu,” katanya.
Zainuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Luangkan Masa Tidur Lewat
Sementara itu, Muhammad Zulhakim, 21, anak kepada guru, Rosle Abdul Aziz, 54, ayahnya seminggu sebelum kejadian ayahnya lebih kerap meluangkan masa dengan anak-anak dan tak menyangka ia antara petanda sebelum meninggal dunia.
“Abah selalunya tidur awal, namun sejak seminggu lalu, dia sanggup meluangkan masa dengan anak sehingga kami semua masuk tidur pada 12 tengah malam.
Ads
“Memang agak pelik dan tidak menyangka itu petanda abah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” luah Muhammad Zulhakim Rosle.
Abah Memang Minat Bertukang
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, kira-kira setengah jam sebelum kejadian, mangsa menghubunginya meminta dokumen persekolahan
adiknya dan dia sempat ke sekolah berkenaan pada 12 tengah hari.
“Saya sampai ke sekolah dan hanya adik keluar bertemu abah untuk menyerahkan dokumen. Kami tidak sangka tidak lama kemudian, mama menghubungi saya memaklumkan kejadian menimpa abah.
“Abah sebelum ini ada menceritakan setiap kelas di sekolahnya memasang sinki sebelum pembukaan sekolah esok dan abah memang minat bertukang.
“Walaupun kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian ini, namun kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan
Hospital Tanah Merah (HTM), hari ini.
Ads
Ayah Bertanggungjawab & Pentingkan Keluarga
Muhammad Zulhakim turut menyifatkan kehilangan bapanya sangat dirasai mereka sekeluarga kerana arwah sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarga dalam setiap urusan.
“Abah kami memang terbaik. Abah bagi komitmen penuh kepada kami dengan memberi pendidikan seimbang sama ada sekolah dan pendidikan agama.
“Setiap hari abah hanya menghabiskan masa dengan keluarga, abah tidak suka lepak di kedai kopi seperti orang lain.
“Saya perlu kuat demi adik dan berdoa kami semua dapat menempuhi ujian ini dengan baik,” katanya yang menuntut di Universiti Malaysia Pahang
(UMP).
Katanya, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pisang Gala.
MW: Besar pengorbanan guru demi memastikan keselesaan murid-murid sebelum masuk ke sekolah. Salam takziah buat keluarga arwah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.
Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya. Shiela Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak didapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.
Sheila Rusly ada kongsikan video resipi sup tulang yang menjadi menu kegemaran suaminya, Pengarah Azman Hj Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo atau Tok Sidang.
Sempena Hari Raya Aidiladha ni, banyak dapat daging dan tulang lembu korban, sesuai sangat mak-mak boleh cuba resipi ini.
Berikut perkongsian oleh Shiela Rusly:
“Sup tulang siapa suka confirm dia “Geng Tok Sidang”.Nah sis belanja resipi sup tulang cara sis.”
Bahan-Bahan:
Tulang(rebus empuk)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
4 sahabat
Perencah sup/rempah sup pun boleh??
Minyak sapi(optional)
Lobak Merah
Celery
Batang daun sup
Kiub daging maggi
Cilipadi
Limau nipis
Bawang goreng
Daun sup
Cara Membuat:
1.Panaskan sedikit minyak sapi, masukkan bawang merah, bawang putih, halia yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan pula 4 sahabat, pati lembu dan perencah sup tulang.
3.Masukkan pula air rebusan tulang,batang daun sup, lobak merah, celery dan cili padi.Hiriskan dengan limau nipis.
4.Masukkan tulang dan biarkan sehingga mendidih.
Info Ekstra!
Sup tulang ini sedap dimakan bersama sambal belacan dan telur masin.
Tragedi sahur berdarah. “Mak ayah berdepan detik cemas perompak masuk rumah.” Anak ini bersyukur mak ayah selamat dan hanya cedera setelah rumah mereka dimasuki perompak beberapa hari lalu.
Di saat umat Islam meriah menyambut kedatangan Ramadan, berpuasa dan memperbanyakkan ibadat di bulan yang mulia ini. Ada juga sanggup menganiayai orang lain dengan merompak.
Tragedi Sahur Berdarah
Kejadian rompakan yang berlaku ketika waktu sahur ini tular apabila insiden ini dikongsikan Nor Solehah yang merupakan anak kepada mangsa.
Kongsinya, kejadian ini berlaku pada hari kedua Ramadan iaitu Isnin, 4/4/2022, lebih kurang 4.45 pagi. Kejadian ini berlaku di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.
Mak Ayah Berdepan Detik Cemas
Sebelum ini takut sangat baca kes pecah rumah sampai ada gaya membunuh. Tapi kali ini kena dekat family sendiri. Alhamdulillah Allah panjangkan umur lagi. Allah selamatkan lagi nyawa kami semua walaupun jari ayah kena pisau, kena 10 jahitan.
Doakan tak efek kepada penyakit lain dan cepat sembuh. Insyallah. Alhamdulillah tak sempat rompak apa-apa pun. Jiran terkejut ada tangga dekat di tingkap rumah dia. So rasanya dia memang aim rumah jiran dulu tapi tak berjaya. Kemudian baru cuba rompak rumah lain. Wallahualam.
Jiran terkejut ada tangga dekat di tingkap rumah dia.
Tak boleh bayang perasaan mak ayah yang nampak pergelutan itu. Mak turun sebab bunyi bising dekat bawah dan tengok darah sudah banyak atas lantai.
Allah selamatkan lagi nyawa, walaupun jari ayah kena pisau, kena 10 jahitan.- Nor Solehah.
Perompak Masuk Rumah
Ingat kena perut ke apa. Masa tu ayah suruh mak naik untuk hubungi polis. Dan perompak itu datang dekat dengan mak tapi tak buat apa-apa. Mujurlah dia tak tikam mak.
Masa terdengar bunyi bising itu, saya cepat-cepat keluar bilik dan turun tapi mak tak bagi dan suruh call polis. Menggeletar tangan hendak call polis, tak boleh bercakap kerana terkejut.
Sampaikan polis minta bertenang, bukan apa risau mak ayah dekat bawah dan berdarah pula. Tapi akhirnya perompak itu sempat larikan diri.
Memang tak logik perompak itu seorang diri kerana grill itu kecil sangat. Mesti ada orang dekat luar yang tolak dia masuk. Harap-harap cepat kena tangkap. Membahayakan nyawa orang.
Saya share sebagai peringatan untuk semua especially penduduk Kampung Laut. Kalau ada syak apa-apa, kemungkinan suspek yang sama.
Suspek bertopeng, tak nampak muka. Bulan puasa ini dia main kotor pula. Harap-harap Allah permudahkan, beri petunjuk untuk tangkap penjenayah ni. Hati-hati semua. Moga Allah lindung kita semua. Insyallah.
Mingguan Wanita : Tidak kiralah bulan Ramadan atau bila-bila masa, ambillah langkah berjaga-jaga kerana jenayah tidak mengira waktu. Mujurlah keluarga ini selamat dan hanya mengalami kecederaan.
Pelbagai taktik dan kaedah diguna pakai dalam memastikan pemberian suntikan vaksin dapat dilaksanakan dengan berjaya. Termasuklah dengan menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai, bagi mereka yang mendaftar suntikan vaksin. Sekaligus merebut peluang menjadi ‘jutawan segera’ dalam sekelip mata.
Tuah dan rezeki buat seorang pelajar yang menjadi ‘jutawan segera’ apaabila memenangi hadiah wang tunai berjumlah AS$ 1 juta (RM4.15 juta) selepas menjadi salah seorang daripada lebih 2.7 juta individu di Australia yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Menang Hadiah Utama
Joanne Zhu, 25, memenangi hadiah utama kempen Million Dollar Vax yang dijalankan di negara itu bagi menggalakkan lebih ramai warga Australia untuk mendapatkan suntikan pelalian terhadap Covid-19.
“Adakah saya sedang bermimpi? Saya tidak mempercayainya,” kata wanita itu kepada stesen berita tempatan, NEWS 7.
Zhu berkata dia sedang bekerja ketika mendapat berita menggembirakan itu selain menjadi satu-satunya individu di Australia yang memenangi hadiah tersebut.
Berkongsi Hadiah
Wanita itu mahu berkongsi hadiah tersebut bersama rakan-rakan dan ahli keluarganya yang menetap di China dan sudah tidak ditemuinya sejak dua tahun lalu akibat penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19.
“Sekiranya sempadan negara sudah dibuka, saya mahu menerbangkan ahli keluarga saya dari China dan menaja penginapan mereka di hotel lima bintang bersempena Tahun Baru Cina,” katanya.
Million Dollar Vax
Perikatan Million Dollar Vax diwujudkan oleh sekumpulan dermawan dan syarikat untuk meningkatkan kadar vaksinasi dengan menawarkan hadiah lumayan.Perikatan itu menyerahkan sejumlah AS$4.1 juta (RM17.03 juta) kepada lebih 3,100 individu yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.
Mingguan Wanita: Rezeki sungguh, siapa sangka dengan mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin boleh bertuah jadi ‘jutawan segera’ dengan memenangi hadiah utama. Tahniah buat pelajar ini.
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
“Acara Queens Night bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah” itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti mana...