Mengandung lagi! Aduhai nak pengsan dibuatnya. Terutama bagi golongan yang mengalami alahan teruk. Ada yang muntah seharian, lembik dan melepek. Macam-macam peel ketika hamil sehinggakan ada yang serik.
Paling tidak tahan, di awal kehamilan mual yang melampau. Buka saja mata mual sehingga muntah. Penat je makan belum sempat hadam dah muntah. Sebenarnya ada cara untuk kurangkan mual dan atasi alahan mengandung. Jom semak…
9 Cara Rawat Ibu Hamil Yang Alah Teruk
1. Set minda agar positif. Dengan cara ini otak menghantar mesej pada tubuh agar positif dan kuat.
2. Elakkan makan jeruk, ia tidak elok untuk kesihatan ibu dan bagi. Gantikan dengan buah-buahan segar.
Ads
3. Waktu pagi, jangan terus bangun. Tenangkan diri, mengiring kemudian baru bangun perlahan-lahan dari katil. Bangun secara mengejut akan buat anda pening dan sakit pinggang.
4. Jangan terus gosok gigi sebaik bangun pagi. Makan sedikit biskut untuk elak loya. Selepas 15 minit baru mandi dan gosok gigi.
5. Jangan biar perut lapar ia menyebabkan perut masuk angin. Akhirnya akan muntah.
Ads
6. Makan sikit tapi kerap. Makan sekaligus dalam kuantiti banyak akan buat kita muak dan muntah.
7. Elak makanan yang berminyak.
Ads
8. Boleh juga kulum gula-gula pudina untuk hilangkan loya tapi jangan ambil berlebihan.
9. Minum jus limau dapat bantu hilangkan loya dan elak muntah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Susahnya nak rapat dengan ibu mentua, apa lagi nak jadi menantu pilihan. Tak boleh salah sikit, habis kita dihamunnya. Mungkin betul lah kata orang, wanita mana yang rapat dengan mentua dia memang cukup beruntung!
Haaa… Jangan main-main, untungnya sampai boleh mengalir pada cucu.
Jangan risau, sebenarnya ada ‘Top Secret’ yang anda perlu tekankan dalam hubungan menantu mentua. Cuba semak sini…
1. Jadikan ibu mentua sebagai guru masakan anda. Pasti dia gembira.
2. Rajinkan diri bertanya khabar dengan menghubungi ibu mentua. Paling tidak satu minggu sekali.
3. Berikan ibu mentua hadiah semasa hari lahirnya.
4. Apabila bercuti ke mana-mana, pastikan ada cenderahati untuk ibu mentua. Lebih bagus sekiranya cenderahati itu memang menjadi minatnya
5. Banyakkan merujuk masalah dengan ibu mentua walaupun hanya perkara kecil. Secara automatik membuktikan bahawa dia adalah orang penting.
Macam mana pula cara untuk lebih dekat di hati? Haaa… kenalah ambil ilmu ini.
1. Anggap keluarga pasangan seperti keluarga sendiri.
2. Terima pandangan daripada ipar-duai dengan hati terbuka.
3. Tanamkan rasa hormat antara satu sama lain.
4. Bersikap lebih terbuka dan menerima.
5. Jadilah seorang yang ringan tulang.
6. Belajar jaga hati masing-masing.
7. Bertolak ansur.
8. Amalkan sikap saling memaafkan.
Mungkin masih ada yang tak ngam dengan mentua tetapi apa salahnya rapatkan hubungan dengan ilmu curi hati mentua ini! Janji tak peningkan kepala encik suami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bayi cenonet, Armel Mikayla Muhammad Akram ini lahir dengan berat cuma 1.83 kg. Bayangkan ringannya tu macam 2 pek gula pasir, besar patung barbie saja.
Mana-mana ibu yang lepas melahirkan tentu-tentu emosinya akan sedikit tercalar. Susah hati tengok keadaan bayi yang tak sama macam bayi-bayi normal yang lain. Samalah kesnya dengan Mikayla ini.
Dia dilahirkan pada 26 Disember 2016 secara normal. Waktu itu usia kandungannya baru 36 minggu 3 hari. Selepas 4 hari keluar dari perut ibunya, berat badan Mikayla semakin menyusut.
Bacaan beratnya menjadi 1.7kg ditambah lagi dengan demam kuning tinggi yang menyerang. Dua hari lamanya, Mikayla ditahan dalam wad. Ketika itu, bacaan kuningnya melebihi 300. Doc mula pasang lampu tinggi atas-bawah.
Kata ibunya, Nur Aisyah Syadiyah Sajuddin, 23 sepanjang mengandungkan Mikayla, anaknya itu tak membesar dalam perut.
“Saya punyalah sedih sebab orang tengok baby saya macam alien. Dahlah kecil, kulit kedut-kedut, gelap pula tu. Tak la macam baby lain putih gebu. Saya sabo je dengan makcik-makcik bawang yang datang melawat baby time tu.”
“Tapi saya tak give up. Saya jaga waktu susu dia, bagi dia tidur secukupnya dan paling penting saya elakkan dia menangis lama-lama. Sebab baby yang kerap menangis boleh kurangkan berat badan dia juga.
“Alhamdulillah, sekarang anak saya nak masuk 11 bulan. Dia banyak berubah. Berat badan makin berisi. Kalau dukung boleh terseliuh juga lah bahu kalau lupa bawa stroller atau baby carrier.”
Mengenang getir cabaran membesarkan Mikayla yang kurang berat itulah membuatkan ibu muda ini prihatin dengan kepayahan ibu senasib dengannya.
“Pada ibu-ibu atau bakal ibu yang lahirkan bayi pramatang atau bayi kurang berat badan, jangan putus asa. Jangan stress, usah layan apa orang nak kata. Kita fokus saja besarkan anak kita dan pastikan anak sihat sokmo.”
(Tip Ini Terpakai Untuk Bayi Newborn Sampai Usia 6 Bulan. Selepas 6 bulan lebih fokuskan soal pemakanan bayi)
Bukan senang nak jaga bayi pramatang. Ini beberapa tip mudah untuk ibu-ibu lain. Moga dapat membantu menambah berat anak dengan baik dan cepat.
Bermakna ibu kenalah rajin dan kerap menyusukan anaknya. Untuk bayi yang baru lahir, dia perlu kerap menyusu. Setiap 2 jam berilah susu. Biar kuantitinya sedikit tak mengapa, janji kekerapan itu ada.
Waktu tidur amat penting untuk anak kurang berat atau pramatang. Ibu pastikan anak tidur siang sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bayi yang baru lahir sampai umur 3 bulan, perlukan tidur yang banyak. Semakin banyak waktu tidurnya semakin baik.
Bila perut anak kenyang, dia takkan ada masalah untuk tidur. Macam itu juga dengan waktu malam. Buat sampai perut anak betul-betul kenyang.
Jadi, dia takkan kejutkan anda bangun malam untuk bancuh susu. Pengalaman saya, Mikayla memang tak pernah bangun malam untuk minum susu. Dia akan straight tidur sampai ke pagi.
Ini penting. Jangan paksa anak kalau dia reject susu atau makanan yang ibu beri. Pujuk atau slowtalk dengan anak.
Contoh ayat : “Okay, dah tak nak susu tak apa. Nanti lepas setengah jam habiskan ya.” InsyaAllah anak akan ikut.
Pengalaman saya, Mikayla akan follow apa saya tetapkan. Tapi ibu kena mention dulu. Jangan main sumbat je. Rosak emosi budak tu.
Lepas habis pantang selalunya anak pandai kenal tempat tidur dia. Sama ada suasana bilik, bantal, tilam atau selimut dia. Sebab itu, pastikan anak tidur menggunakan kelengkapannya sejak dari lahir.
Ia membantu proses menidurkan anak dengan lebih lena. kalau ibu-ibu dapat follow tip jaga kekerapan menyusu, waktu tidur, ibu takkan ada masalah untuk asingkan tempat tidur anak.
Pengalaman saya, Mikayla tidur di katil sendiri selepas habis pantang. Dia memang tak menangis. Tapi penat juga la. Sebab kita akan ulang alik untuk pastikan anak ok.
Tapi berbaloi, bila masuk usia 3 ke 4 bulan anak takkan meragam bila kena tinggal dalam baby cot. Saya dan suami, Muhammad Akram Abdullah, 29 akan dapat tidur yang menyenyak sampai ke pagi.
*ramai ibu complain anak ngempeng. Mungkin perlu praktis dari awal ya.
Apa pun, menjadi ibu untuk pertama kali bukan mudah. Banyak cabarannya. Apa yang penting, suami harus memberi sepenuh sokongan untuk membantu isteri.
Bila isteri happy, anak akan happy. Punca utama anak stress, menangis, sebab ibu tak dapat kawal stress. Jadi ibu kena banyak-banyak bersabar. Berbalik pada yang 1, mohon sungguh-sungguh pada Dia supaya Allah bantu kita dalam segala hal.
Ibu yang baru bersalin emosi memang tak stabil. Badan belum sepenuhnya sihat, penat, tidur tak cukup. Itu semua normal. Tapi 1 ja, ingat balik. Ini anak kita. Kita nak bagi dia yang terbaik. Kita nak dia lekas sihat. Lekas gemuk atau bertambah berat badan.
Dari situ , insyaAllah ibu-ibu dapat tangani semua stress yang datang. Penat memamg tak boleh cerita. Percaya dan yakinlah dengan diri sendiri. Tentu ibu-ibu boleh lalui semua ni. Sabar kunci utama.
Dari segi galakan suami, ia sangat penting. Pastikan isteri cukup rehat, cukup makan minum. Bantu ringankan isteri dengan bersihkan rumah.
Paling tidak luangkan 10 minit sehari untuk dengar luahan hati isteri. Itu terapi paling baik dan membantu mengurangkan stress ibu.
Semalam ada juga yang kata. Pasal metabolisme. Ya, lain anak lain badannya. Tapi kita boleh cuba tip kat atas untuk kekalkan atau tambahkan berat badan anak.
Semuanya terpulang pada ibu bapa. Kenal anak masing-masing dulu. Baru kita boleh selesaikan masalah yang datagn. Ubah mindset, jauhkan pemikiran negatif. Baru ibu anak dan semua famili akan bahagia.
Buat masa ini, ibu muda ini banyak berkongsi tp penjagaan bayinya dalam personal instagram miliknya @syadiyah sajuddin
Sumber/Foto : Facebook Syadiyah Sajuddin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak sebagai penyeri dan pelengkap di dalam rumah tangga, merupakan jawapan biasa bagi setiap pasangan berkahwin yang mahu membina keluarga.Tanggapan ini betul dan tiada salahnya. Namun, hakikatnya, mak ayah juga perlu tanamkan dalam fikiran bahawa tujuan memiliki anak sebenarnya lebih daripada itu.Berikut merupakan 5 ‘Mindset’ yang mak ayah kena pegang setelah memiliki anak menerusi perkongsian menarik oleh Puan Nurkhomsiah Bakrim ini.
Sebelum dikurniakan anak, pernah tak kita tanya diri sendiri soalan ni?
Sebelum diizinkan Allah menjadi ibu 5 tahun lepas, jawapan saya agak cliche..
“Nak ada anak sebagai penyeri rumah tangga.. sebagai pelengkap kepada sebuah perkahwinan.”
Semakin lama belajar ilmu parenting melalui pembacaan + perkongsian individu berpengalaman + penghayatan dalam ceramah keibu bapaan.. Mindset saya tentang anak berubah.
Anak yang sihat, comel dan bijak hanyalah perhiasan dunia. Jika kita mengharapkan perhatian manusia, hanya setakat itulah yang kita dapat. Jika kita mengharapkan perhatian Allah, kita akan dapat jauh lebih besar manfaatnya.
Anak itu ialah amanah yang akan dipersoalkan di Akhirat kelak. Perkara paling berat di dunia ini ialah AMANAH. Pendidikan asas seorang anak sejak kecil ialah pengenalan tentang:
-Allah & Rasulullah
-Solat & Al-Quran
-Akhlak & Aurat
Anak yang baik dan beragama adalah ‘pencen kubur’ ibu bapa. Kita tidak semestinya mati bersama anak. Kita mesti target mati bersama #doa anak.
Anak seharusnya menjadi alat menuju matlamat jangka masa panjang di Akhirat –> Keredhaan Allah.Anak bukan alat untuk matlamat jangka masa pendek di dunia –> Kebahagiaan sementara
Ada masa anak ialah #hadiah_Allah yang menceriakan kehidupan. Ada masa anak ialah #ujian_Allah yang menguji kesabaran dan keteguhan iman
Teringat kata-kata,
“Jika kita mahu tahu tahap kesabaran seseorang, lihatlah bagaimana dia melayan anak-anak kecil dalam keadaan dia sangat penat, sakit, lapar dan tertekan.”
Kita kagum dengan jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. Mereka yang terbaik walaupun mereka bukan ibu bapa sempurna. Kita juga tidak mungkin menjadi ibu bapa sempurna.Sungguh, tiada ibu bapa sempurna. Kesempurnaan tidak wujud di dunia. Kesempurnaan hanya wujud di Syurga.
Apa yang boleh kita lakukan ialah sentiasa upgrade parenting skills & knowledge sedikit demi sedikit. Kita berusaha untuk menjadi ibu bapa SEBENAR. Allah pasti menilai keikhlasan hati setiap usaha. Doa dan terus berdoa.
Kita tidak pandai mendidik anak. Jadi, tiada apa yang boleh dibanggakan.
SEDIKIT kelebihan yang ada adalah #RAHMAT Allah yang wajib disyukuri dan yang menutupi terlalu BANYAK kelemahan diri.
Hakikatnya.. Proses mendidik anak ialah proses mendidik diri sendiri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat serta dapat memperbetulkan niat dan persepsi kita apabila mempunyai anak.
Kes lelaki simpan mayat isteri selama empat hari di Pulau Pinang mengejutkan penduduk setempat. Baca laporan penuh mengenai siasatan dan perkembangan terkini.