petua semula jadi rambut

Rambut merupakan mahkota wanita yang memerlukan penjagaan rapi untuk kekal sihat,lebat dan cantik.Namun, seringkali seiring peningkatan usia, rambut wanita mulalah bermasalah lebih-lebih lagi selepas bersalin.

Memang menjadi mimpi ngeri buat wanita apabila rambut yang dahulunya sihat, hitam,lebat dan bersinar mulai hadapi masalah seperti rambut gugur, kering, bercabang,kasar, sukar diurus dan beruban.Ia pasti buat wanita susah hati.

Sebenarnya ada cara semulajadi yang wanita boleh cuba untuk selesaikan masalah ini.Ia mampu membuatkan rambut wanita kembali kekal sihat dan cantik malah kosnya juga jauh lebih murah.Jimat!

Ikut petua ini, jom cuba!

1.Petua Rambut Kering

Telur
Campurkan sebiji telur dengan sesudu minyak kelapa,minyak zaitun dan sesikit madu.Sapukan pada seluruh rambut.Biarkan seketika dan bilas.Lakukan seminggu sekali bagi mendapatkan rambut yang lembap dan halus.

8 Petua Semula Jadi Bantu Selesaikan Masalah Rambut Wanita Terutama Lepas Bersalin!

2.Petua Luruskan Rambut

Santan
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua.Kemudian masukkan setengah cawan jus limau nipis ke dalam santan tersebut dan sebatikan.Sejukkan ramuan ini di dalam peti semalam.Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim.Sapu sehingga rata dan urutkan pada kepala setiap malam sebelum tidur.Bilas sehingga bersih.Lakukan setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

8 Petua Semula Jadi Bantu Selesaikan Masalah Rambut Wanita Terutama Lepas Bersalin!

3.Petua Rambut Kekal Hitam & Elak Beruban

Daun Kari
Bagi wanita yang rambutnya mulai tumbuh uban,usah risau.Cuba petua ini.Campurkan segenggam daun kari dan sesudu minyak kelapa.Masak di atas api sehingga daun kari hangus.Tutup api dan biarkan sejuk.Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut.Amalkan setiap hari.

8 Petua Semula Jadi Bantu Selesaikan Masalah Rambut Wanita Terutama Lepas Bersalin!

IKLAN

4.Petua Wangikan Rambut

Limau Nipis
Beberapa biji limau nipis dihiris.Gosok ke seluruh kepala.Biarkan setengah jam dan cuci bersih.Limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

8 Petua Semula Jadi Bantu Selesaikan Masalah Rambut Wanita Terutama Lepas Bersalin!

5.Petua Melebatkan Rambut

Daun Lidah Buaya
Ambil lendir lidah buaya dan ratakan ke atas kepala.Biarkan kering.Bilas dengan air bersih.Amalkan petua ini tiga kali seminggu.

8 Petua Semula Jadi Bantu Selesaikan Masalah Rambut Wanita Terutama Lepas Bersalin!

6.Petua Melembutkan Rambut

Kangkung
Ambil secekak kangkung dan letakkan enam sudu air suam ke dalam sebuah bekas.Ramas kangkung sehingga mengeluarkan lendir.Sapukan lendir kangkung dan biarkan seketika.Bilas rambut dengan air bersih.Lakukan setiap hari selama dua minggu.Hasilnya sangat memuaskan.

8 Petua Semula Jadi Bantu Selesaikan Masalah Rambut Wanita Terutama Lepas Bersalin!

IKLAN

7.Petua Atasi Rambut Gugur

Kacang Hijau
Rendam semalaman secawan kacang hijau.Tapis dan ambil airnya untuk disapu pada kulit kepala.Biarkan sehingga rambut kering,bilas bersih.Amalkan.Selain rambut menjadi semakin lebat,petua ini juga membantu mengatasi masalah sakit kepala.

8 Petua Semula Jadi Bantu Selesaikan Masalah Rambut Wanita Terutama Lepas Bersalin!

8.Petua Rambut Bebas Kelemumur

Serai
Kisar tiga batang serai bersama tiga biji limau nipis.Kemudian tapis dan ambil patinya.Sapukan seluruh rambut seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air hingga bersih.

8 Petua Semula Jadi Bantu Selesaikan Masalah Rambut Wanita Terutama Lepas Bersalin!

JERSLIN VITA OIL

Tetapi kalau tak berapa nak rajin, selain mengamalkan cara semulajadi,penggunaan produk penjagaan rambut yang sesuai seperti Jerslin Vita Oil juga mampu membuatkan rambut wanita kekal sihat dan cantik.

IKLAN

Tak perlu dah nak susah payah untuk rawat dan cantikkan rambut, gunakan Jerslin Vita Oil sahaja pun dah cukup untuk buatkan rambut kembali sihat, lebat dan bersinar kerana kandungan istimewanya mampu menyelesaikan segala masalah rambut wanita!

8 Petua Semula Jadi Bantu Selesaikan Masalah Rambut Wanita Terutama Lepas Bersalin!

Jerslin Vita Oil merupakan salah satu produk kecantikan rambut yang dihasilkan oleh JERSHIMA INTEGRATED SDN BHD.Ia merupakan produk berasaskan Minyak Zaitun, bebas bahan kimia yang mesra wudhuk dan mesra solat. Kesan luarbiasa yang boleh dirasai rambut kekal segar, bergaya dan rapi sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, antara kegunaan Jerslin Vita Oil ini ialah:

Melebatkan Rambut
Meluruskan Rambut
Menghitamkan Rambut
Merawat Keguguran Rambut
Rambut Kering, Kusam
Rambut Bercabang Atau Pecah
Rambut Berbuah
Kulit Kepala Berbau
Melembutkan dan melicinkan Rambut
Mengelakkan Rambut Kusut
Mengelakan pertumbuhan uban sebelum usia

Cara Kegunaan:

Sapu Di Kulit Kepala Dan Seluruh Rambut 2 Atau 3 Kali Sehari dan rasai keajaibannya.

Untuk maklumat lanjut layari ;

http://www.jerslin.com.my

Facebook (Jerslin Oil Hq)

Jershima Integrated Sdn Bhd
12, Jalan Permatang 1,
Taman Desa Jaya,
81100 Johor Bahru,
Johor, Malaysia.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI