Luar Negara

72 Jam Bertarung Nyawa, Pelancong Brazil Terjatuh Semasa Daki Gunung Berapi Rinjani Ditemui Masih Hidup

Share

72 Jam bertarung nyawa, pelancong Brazil terjatuh semasa daki gunung berapi Rinjani ditemui masih bernyawa.  Seorang pelancong warganegara Brazil, Juliana Marins, 27 tahun yang dilaporkan terjatuh ketika pendakian ke puncak Gunung Berapi Rinjani ditemui selamat oleh pihak berkuasa.

Dirinya dikesan melalui dron selain penggunaan helikopter yang mencari pelancong yang dilaporkan terjatuh sejak 72 jam lalu. Pasukan penyelamat melalukukan pemantauan menggunakan dron di sekitar  Cemara Nunggal.

72 Jam Bertarung Nyawa

Memetik laporan berita Antara,  Juliana ditemui sekitar 500 meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan terjatuh. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pejabat SAR, Muhammad Hariyadi, dalam satu kenyataan bertulis.

“Pasukan SAR berjaya mengesannya melalui visualisasi daripada dron termal,” ujar Hariyadi dalam kenyataan yang dikutip pada Selasa (24 Jun).

Hasil pemantauan dron tersebut mendapati Juliana berada dalam keadaan tidak bergerak. Operasi menyelamat masih dijalankan oleh Pasukan SAR gabungan, memandangkan lokasi kejadian berada di kawasan curam dengan kedalaman ratusan meter.

Pelancong Brazil Terjatuh Semasa Daki Gunung Berapi Rinjani Ditemui Masih Bernyawa

Insiden ini berlaku pada pagi Sabtu, 21 Jun, ketika Juliana bersama kumpulan pendaki sedang menuju ke puncak Gunung Rinjani. Proses evakuasi menghadapi kesukaran disebabkan keadaan medan yang mencabar serta cuaca berkabus.

Pihak berkuasa Brazil berkata dia jatuh dari “tebing yang mengelilingi denai di sebelah kawah gunung berapi”.

Sebelum ini dilaporkan keluarganya meminta pertolongan agar usaha menyelamatkan anak mereka dilakukan segera selepas 72 jam berlalu.

“Juliana memerlukan bantuan. Kami tidak tahu keadaan kesihatannya! Dia masih tidak mempunyai air, makanan atau pakaian hangat selama tiga hari,”kata keluarganya.

Rakaman dron dan klip lain yang dirakam oleh pejalan kaki telah tular dan menunjukkan dia masih hidup pada hari Sabtu.

Dia dilihat duduk dan bergerak di dalam tanah kelabu, jauh di bawah laluan mendaki selepas terjatuh semasa pendakian.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros