isteri hebat

Macam mana nak tengok golongan kaum isteri itu hebat? Ok cuba lihat isteri anda, apa yang dia biasa dilakukan apabila pulang dari pejabat? Pukul berapakah dia akan masuk ke bilik tidur?

Agak-agaknya, berapa banyak kerja yang dilakukan dalam tempoh sehari?

Sebagai suami, adakah anda mampu memberi jawapan kepada soalan-soalan ini? Isteri tidak pernah mengeluh atau minta MC untuk ‘lari’ daripada tugas hariannya. Kalau boleh, semua perkara hendak dilakukan supaya keluarga sentiasa bahagia dan selesa.

Menyentuh tentang kekuatan, biasanya lelakilah yang akan diangkat tetapi bila dikaji dengan terperinci, isteri lebih ‘cemerlang’ kekuatannya berbanding suami. Haaa… kita tengok beberapa bukti ini dulu ya!

1. Tahu semua kedudukan barang

Ingat lagi dialog Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Madu Tiga? “Butang baju Melayu aku, mana Pah?” Nah, sekali cari sahaja sudah jumpa sedangkan tadi si suami mencari bagai nak gila.

2. Tahan sakit bersalin

Tak kiralah anak pertama, kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun isteri tetap kuat hadapinya. Mereka tidak merungut atau bertindak di luar kawalan sebaliknya tenang-tenang sahaja demi melahirkan zuriat yang menjadi bukti cinta.

3. Multi tasking

Ingat kembali bagaimana isteri anda mampu melipat baju sambil mengajar anak mengaji dan pada masa yang sama, dia sempat ke dapur untuk menyediakan minuman buat anda.

4. Deria keenam

Isteri mempunyai naluri yang biasanya betul. Jadi, berhati-hatilah para suami sekiranya anda mempunyai agenda tersembunyi.

IKLAN

5. Tahan sakit

Isteri mampu menjaga suami atau anak-anak yang sakit meskipun ketika itu dia juga mengalami kesakitan. Wajahnya tetap selamba meneruskan aktiviti harian.

6. Ada deria rasa keenam

Hebatnya isteri sampaikan dia boleh tahu makanan apa yang terlintas di fikiran anda. Jadi, usah terkejut sekiranya dia mampu membaca fikiran anda sekeluarga.

7. Kuat daya ingatan

Isteri selalu ingat banyak perkara malah ada di antaranya sudah lama dilupakan. Mereka boleh ingat detik pertama berjumpa, baju apa yang dipakai ketika pertama kali bertandang ke rumah dan macam-macam lagi.

Nak tak nak para suami kenalah pandai menjaga hati kaum isteri, macam mana nak buat sila rujuk nota di bawah!

Cara Gemukkan Hati Seorang Isteri

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri. Ada sesetengah isteri pun bekerja macam suami juga. Jangan fikir penat sendiri je.

IKLAN

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya. Fokus apa yang dia nak cakap tu. Dia perlukan suami untuk meluah segala rasa.

3. Kalau dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan semua nak harapkan isteri buat. Ada suami, anak menangis suruh isteri yang tengokkan. Padahal isteri sedang sibuk memasak.

4. Kalau ada tetamu nak datang ke rumah, beritahu isteri. Sama-sama kemas rumah. Biasalah rumah ada anak-anak ni mesti bersepah sikit. Jangan nak harapkan isteri je mengemas.

5. Saiz badan isteri berubah pun tolong jangan komplen lebih. Dan AWAS, jangan sibuk nak cari lain! Nak body isteri meletup, suami kena ajak isteri bersenam.

IKLAN

6. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri. Keluarga kita juga tu. Jangan mengata yang bukan-bukan kepada ahli keluarga isteri.

7. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Ada benda wajib guna duit suami. Belanja isteri dan anak-anak itu besar pahalanya.

8. Hormatilah isteri sebagaimana para suami mahu dihormati. Percaya, jujur, ikhlas dan setia antara satu sama lain.

9. Jangan pernah sesekali cuba nak curang dengan isteri. Jangan nak mula. Sekali mula buat hal, susah nak undur balik. Isteri tak kan percayakan suami sampai bila-bila.

10. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik. Jangan asyik nak menengking saja. Dengan orang lain boleh pula cakap elok-elok. Kalau demam nanti, isteri juga yang jaga.

Haaa… percaya tak golongan wanita sebenarnya hebat dan luar biasa! Banyak benda yang wanita buat sendiri, belum tentu para suami mampu lakukan. Jadi sila menghargai.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI