ikan segar

Ada cara tertentu untuk memastikan ikan yang dibeli dipasar benar-benar segar. Tip memilih ikan segar ini antara ilmu dapur yang WAJIB mak-mak kuasai.Bukan apa, apabila hidangan menggunakan ikan segar ia pastinya akan mempengaruhi rasa masakan menjadikan ia bertambah sedap dan lazat.

Berikut merupakan antara tips yang boleh bantu mak-mak memilih ikan segar sebelum membelinya.

1. Perhatikan Warna Ikan

Ikan segar sedikit berkilat dan berwarna cerah berbanding ikan tidak segar, yang kelihatan lebih pucat.

2.Cium Bau Ikan

Ikan segar hanya ada bau hanyir laut , berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.

3.Rasa Tekstur Ikan

IKLAN

Ikan segar isi keras dan pejal bila ditekan badannya. Jika lembik, bermakna ikan tersebut tidak lagi segar.

4.Lihat Mata Ikan

Lihat mata ikan elok-elok. Pastikan mata ikan jernih dan ada lendir lagi. Ikan segar matanya masih berkilat, bersinar dan tidak ke dalam. Jika mata ikan sudah bertukar merah, pudar dan termasuk ke dalam, itu tanda ikan tidak segar lagi.

5. Warna Insang Ikan

Tengok pada bahagian insang ikan yang segar kelihatan merah, berlendir dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna coklat kehitaman, keras dan tidak lagi berlendir.

IKLAN

6.Lendir Ikan

Ikan yang masih segar biasanya kurang lendir, kalau ada pun, ia hanya sedikit, berbanding ikan lama. Ia bukan hanya berlendir tetapi juga berbau busuk.

7. Perut ikan

Ini satu lagi. Cuba tekan betul-betul di kawasan perut secara perlahan-lahan. Rasa betul-betul. Kalau lembik & bahagian ini isi perutnya sudah terkeluar,jangan beli. Ikan lama!

IKLAN

Ringkasnya!

Ciri-Ciri Ikan Segar Ialah:

  • Warna kulit terang dan cerah.
  • Daging ikan bila ditekan terasa keras.
  • Mata jernih menonjol dan cembung.
  • Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan mengkilat, sisik masih utuh tidak banyak yang lepas.
  • Insang berwarna merah
  • Sirip kuat.
  • Kulit dan daging ikan tidak mudah robek, terutama pada bahagian perut.
  • Tidak berbau busuk.

Ciri-Ciri Ikan Tidak Segar Ialah :

  • Mata suram dan tenggelam.
  • Sisik suram dan mudah lepas.
  • Warna kulit suram dengan lendir tebal.
  • Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal.
  • Dinding perut lembik.
  • Warna keseluruhan suram dan berbau busuk
  • Semoga bermanfaat!

Jadi mulai hari ini, bila mak-mak nak beli ikan dipasar, ingat tujuh perkara ini supaya ikan yang dibeli segar. Bila dimasak rasa ikan juga akan lebih sedap.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI