Astro melangkah setapak lebih jauh dalam cara mendekatkan drama dengan penonton, kali ini menerusi siri popular Thariq Ridzuwan: His Treasure (TRHT). Bukan sekadar tontonan, peminat kini berpeluang merasai sendiri debaran, berinteraksi dengan karakter, bahkan menjadi sebahagian daripada dunia cinta dan perjuangan Thariq serta Radwa.

60 Saat Bersama Thariq & Radwa: Bila Janji Jadi Memori Terindah

Permainan Interaktif: Misi Menyelamatkan Radwa

Buat julung kalinya, Astro memperkenalkan iklan gamifikasi interaktif di laman web MBNS dan NI. Penonton dibawa masuk ke dalam misi menyelamatkan Radwa yang penuh emosi dan mendebarkan.
Di sini, mereka boleh membuat pilihan, berinteraksi dengan karakter, dan merasai tekanan sama seperti Thariq yang bergelut antara cinta dan pengorbanan. Menariknya, peminat juga boleh menghantar surat khas kepada barisan pelakon TRHT di laman janjiuntukradwa.astro.com.my seakan meluahkan isi hati terus ke dalam dunia drama.

Janji 1 Minit: 60 Saat Yang Berharga

Satu lagi pendekatan segar ialah Janji 1 Minit  di mana ia menampilkan acara eksklusif yang memberi peluang peminat bersemuka dengan pelakon utama TRHT dalam karakter masing-masing.
Bayangkan, lapan minit yang penuh makna, satu minit untuk setiap pelakon! Dalam tempoh sesingkat itu, setiap tatapan dan setiap senyuman menjadi janji kecil yang menyentuh hati, seolah-olah penonton sendiri berada di sisi Thariq dan Radwa.

60 Saat Bersama Thariq & Radwa: Bila Janji Jadi Memori Terindah

Ads

60 Saat Bersama Thariq & Radwa: Bila Janji Jadi Memori Terindah

Bertempat di ibu negara baru-baru ini, 15 orang peminat bertuah telahpun dipilih untuk terlibat dalam acara yang dinamakan sebagai ‘Janji Satu Minit’ di mana mereka dapat bersemuka bersama lapan orang pelakon TRHT selama lapan minit; satu minit dengan setiap pelakon. Momen berharga untuk die hard fans  Thariq Ridzuwan: His Treasure !

Janji Sebagai Nadi Cerita

Kedua-dua inisiatif ini mengukuhkan tema utama drama, janji. Sama ada janji berbisik dalam pertemuan seminit, atau janji dalam misi getir menyelamatkan Radwa, segalanya mengingatkan kita bahawa janji adalah bahasa cinta yang paling tulus.

Astro bukan sahaja menayangkan drama, tetapi mencipta pengalaman yang hidup dalam ingatan peminat.

Ads

60 Saat Bersama Thariq & Radwa: Bila Janji Jadi Memori Terindah

Bagi seorang wanita, janji bukan sekadar kata-kata manis yang terucap di bibir. Janji adalah tulang belakang kesetiaan, doa yang diikat pada setiap langkah, dan pengorbanan yang sering tidak terlihat.

Kita berjanji untuk menjaga keluarga walau penat menjemput senja. Kita berjanji untuk tetap tabah walau hati dilukai. Dan kita berjanji pada diri sendiri untuk terus kuat, meskipun dunia meragukan kemampuan kita.

Ads

Drama ini mengingatkan kita bahawa dalam cinta, pekerjaan, mahupun kehidupan seharian, janji yang dijaga adalah simbol kekuatan seorang wanita. Ia bukan hanya soal menunggu, tetapi juga tentang keberanian untuk memberi sepenuh hati.

60 Saat Bersama Thariq & Radwa: Bila Janji Jadi Memori Terindah

Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure boleh ditonton di Astro One dan sooka, setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 9 malam. Saksikan minggu akhir Thariq Ridzuwan: His Treasure hanya di Astro One dan sooka. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan janji, cinta, dan rahsia yang mampu mengubah segalanya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI