trik kemas rumah

Dah nak raya ni, memang risau kalau rumah tak berkemas dan tak bersih. Iyalah Hari Raya kan ramai tetamu yang datang, kalau boleh biar tetamu selesa dan keadaan kebersihan rumah kita pun ‘tip top’! Tapi tu lah nak kemas satu rumah memang makan masa. Sebenarnya, ada tips yang mak-mak boleh cuba untuk mudahkan kerja mak-mak masa kemas rumah nanti.

Jom cuba 6 trik ini:

1. Kilatkan Lantai Macam Cermin

Nak kilatkan lantai rumah sekilat-kilatnyanya cukup mudah. Jika selalu mak-mak hanya menggunakan cecair pencuci lantai untuk mop lantai yang melekit ataupun kotor.Kali ini cuba campurkan pencuci lantai tersebut dengan sedikit cuka dan air panas, kemudian mop seperti biasa. Lihatlah hasilnya nanti, lantai bersih berkilat macam cermin!

2. Elak Habuk Melekat Pada Perabot

Perkakasan, peralatan dan segala aksesori dekat rumah paling mudah habuk melekat.Nak raya tempat-tempat ni lah yang selalu kena dibersihkan. Jika nak debu-debu dan habuk tak mudah melekat pada tempat-tempat ini caranya cukup mudah dengan hanya menggunakan softener atau pelembut pakaian. Lap perabot dan perkakasan menggunakan bancuhan pelembut pakaian ini pada nisbah 1:10. Iaitu 1 penutup softener dengan 10 cawan air bersih. Hasilnya memang berkesan kurangkan habuk!

6 Trik Kemas Rumah Mudahkan Kerja Mak-Mak, Wajib Cuba Sempena Nak Raya Ni!

3. Rumah Bau Harum Mewangi

Rumah yang berbau harum dan wangi pasti buatkan tetamu dan seisi rumah rasa lebih selesa untuk datang beraya.Nak bagi rumah bau harum mewangi caranya mudah je. Mak-mak hanya pelu campurkan pelembut pakaian dengan cuka, kemudian semburlah pada kawasan dalam rumah seperti di ruang tamu, sofa, langsir, kusyen dan sebagainya yang jenis fabrik. Percayalah hasilnya, bau wangi akan tahan lebih lama, tak perlu dah nak beli pewangi jenama-jenama terkenal tu.

IKLAN

6 Trik Kemas Rumah Mudahkan Kerja Mak-Mak, Wajib Cuba Sempena Nak Raya Ni!

4. Bersihkan Kipas Berhabuk

Cuba mak-mak check keadaan kipas dekat rumah tu.Terutamanya pada kipas siling. Habuk tebal yang melekat menyebabkan kipas jadi perlahan walaupun dah buka kelajuan yang paling tinggi.Nak bersihkan kipas siling pula agak renyah, selain tinggi habuk akan berterbangan satu rumah!Sebenarnya, nak cuci bilah kipas siling yang berhabuk, mak-mak boleh guna sarung bantal terpakai. Basahkan kemudian sarung bilah kipas tu. Tarik perlahan-lahan. Habuk tak berselerak dan berterbangan. Semua masuk dalam sarung bantal tu.Kemudian cuci & lap bilah seterusnya.

6 Trik Kemas Rumah Mudahkan Kerja Mak-Mak, Wajib Cuba Sempena Nak Raya Ni!

IKLAN

5. Bersihkan Lantai Bilik Air

Bilik air juga menjadi tumpuan bila nak raya, ia perlulah bersih berkilat barulah rasa selesa. Hilangkan segala kotoran, kulat pada lantai dan bau yang tidak menyenangkan di bilik air dengan cara mudah iaitu menggunakan campuran 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Lepas tu sental & cuci macam biasa.

6. Bersihkan Oven Atau Microwave

Oven dan microwave yang kotor dengan percikan kotoran minyak-minyak, mak-mak boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat + air.Kemudian, campuran tersebut tuang kat tempat yang terkena kotoran. Biarkan sekejap. Lepas tu boleh kikis kotoran tebal & lap macam biasa dengan air bersih. Hasilnya oven dan microwave ni, bersih berkilat macam baru beli!.

6 Trik Kemas Rumah Mudahkan Kerja Mak-Mak, Wajib Cuba Sempena Nak Raya Ni!

IKLAN

Jadi mak-mak kenalah cuba tip-tip ini bagi memudahkan kerja-kerja dekat rumah tu. Bila rumah dah bersih dan kemas, barulah lega & lebih bersemangat nak sambut raya. Salam Aidilfitri! Selamat Hari Raya.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI