Kadangkala punca wajah bermasalah bukan sahaja disebabkan oleh produk yang digunakan, tetapi cara kita cuci muka pun memainkan peranan penting.Ada 6 kesilapan yang kita sering buat ketika mencuci muka yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat, kulit mengelupas kemerahan serta rasa kering.

Berikut 6 kesilapan menjaga wajah perkongsian daripada Puan Farain Mohammad sebagai panduan;

Tanpa sedar kadang-kadang kita sebenarnya silap menjaga muka. No .6 tu ramai tak yang buat .

Kesilapan 1 : Cuci Muka Terlalu Kerap

Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:

1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci.
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat.

Kesilapan 2 : Gosok Muka Terlalu Kuat

Ramai yang ingat bahagian yang ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kira dilarang mengosok kulit terlalu kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit dari dalam.

Kesilapan 3 : Skrub Muka Terlalu Kerap

Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal.

Kesilapan 4 : Membiarkan Syampu Rambut Terkena Kulit Muka

Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.

Kesilapan 5 : Biar Peluh Kering Sendiri Tanpa Dilap

Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.

Kesilapan 6 : Berkongsi Tuala Badan Dan Tuala Muka

Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan. Jika tuala badan mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

MW: Jadi buat wanita nak pastikan kulit wajah bersih, sihat dan tak bermasalah pastikan jangan lakukan kesilapan yang dikongsikan ini iya.

Sumber:Farain Mohammad