Buat pertama kalinya, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) telah memperkenalkan program Pemecut Fesyen Selangor (Selangor Fashion Accelerator) sekitar bulan Jun yang lalu. Awal Oktober ini, anda akan menyaksikan enam jenama tempatan yang bakal mara ke peringkat akhir program.
Enam jenama terbaik dari industri fesyen tempatan ini dipilih daripada 16 syarikat pemula fesyen dan PKS yang menjalani sesi latihan selama dua bulan.
Peserta akhir ini kemudiannya perlu membentangkan idea kepada pelabur dan rakan kongsi industri pada Hari Demo iaitu 8 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Jenama tempatan yang bakal mara ke peringkat akhir itu juga perlu mencabar diri menghasilkan busana berkonsepkan ‘modest fashion’. Dengan mengetengahkan koleksi pakaian yang sedia dipakai (RTW) dengan sentuhan moden dan minimalis.
Konsep ‘modest fashion’ menampilkan gaya busana tertutup yang tidak mendedahkan bentuk tubuh malah tidak jarang. Seiring dengan trend dan fesyen yang semakin mendapat tempat di hati ramai wanita.
Sesuai dengan senario fesyen di negara berbilang kaum seperti Malaysia ini, ‘modest fashion’ juga berevolusi dan berkembang.
Ads
Justeru, busana rekaan finalis bakal dilengkapi dengan elemen gaya ‘chic’ dan elegan. Namun, masih mengekalkan keunikan budaya Asia Tenggara.
Kesemua hasil rekaan busana ini kemudiannya akan dinilai oleh juri berpengalaman. Antaranya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Leslie Variyan dan juga Wong Lee Leng.
Uniknya Program Pemecut Fesyen Selangor (Selangor Fashion Accelerator) 2022
Sepanjang sesi latihan selama dua bulan, 16 syarikat pemula ini telah menerima latihan dan bimbingan daripada mentor yang juga pemain industri profesional, bengkel latihan menyeluruh seperti modul kemahiran asas pitching, kesesuaian pasaran produk, identiti jenama, inovasi tekstil, sesi perkongsian dalam pengumpulan dana dan harta intelek (IP).
Pada awalnya, lebih 80 permohonan diterima daripada syarikat pemula industri fesyen. Selepas sesi pemilihan, hanya 16 syarikat terpilih menjalani program Pemecut Fesyen Selangor.
Ads
Antara kriteria yang dilihat sewaktu pemilihan adalah, merupakan syarikat pemula dan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), kurang daripada lima tahun diperbadankan, hasilkan rekaan ‘modest fashion’ untuk produk sedia dipakai.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping dalam majlis pelancaran pada 29 Julai 2022, Sidec berhasrat untuk memberi ganjaran kepada peniaga e-dagang tempatan yang paling berjaya dan inovatif.
Dalam masa yang sama, menyerlahkan potensi dan mendapat manfaat daripada peluang yang akan meningkatkan kesedaran jenama di kalangan rakan keusahawanan mereka dan pemain industri lain.
Ads
Senarai Juri Program Pemecut Fesyen Selangor
1. Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ikon Industri Muzik Malaysia dan usahawan
2. Leslie Variyan, Pengasas VARIANTE & Pengarah Urusan Dan Kreatif LVMZ DEMIURGIC SDN BHD
3. Wong Lee Leng, Pengasas Lagenda Creative Collection
4. Rasta Rashid, Pengasas Rasta Creation Sdn Bhd
5. Hoe Kian Choon, Ketua Pegawai Eksekutif, Cuckoo Malaysia
6. Aaron Sarma, Co-Creation Advisor, The Hive Southeast Asia
7. YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, Pengarah Urusan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
8. Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON
16 Jenama Fesyen Tempatan Yang Tersenarai
Antara 16 syarikat jenama fesyen terpilih yang menyertai program Pemecut Fesyen Selangor ini, 6 daripadanya bakal mara ke peringkat akhir.
Comel sungguh! Sewaktu hamil, wanita ini menjaga kucingnya dengan baik.
Sekarang setelah bayi dilahirkan, inilah masanya kucing ini membalas jasa tuannya. Gelagatnya yang bersahaja menjaga bayi mencuri tumpuan ramai netizen.
Sekarang Masanya Membalas Jasa
Tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan aksi seekor kucing membantu pemiliknya mendodoikan bayi di dalam buaian, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi keterangan video tersebut, pemilik kucing berkenaan telah menjaga haiwan peliharaannya itu dengan baik walaupun ketika dia sedang hamil.
Oleh itu, kucing tersebut dikatakan membalas kebaikan pemiliknya itu dengan membantu menidurkan bayi tersebut.
Sewaktu Hamil, Saya Menjaga Kucing Dengan Baik
“Ketika hamil, saya menjaga kucing itu dengan baik dan kini, ia membalas budi saya dengan menjaga bayi saya,” demikian keterangan yang ditulis pada video tersebut.
Netizen kemudiannya berkongsi pendapat menerusi ruangan komen.
“Sama seperti kucing saya, ia selalu menjaga anak saya jika saya sibuk membersihkan rumah,” tulis seorang netizen.
“Kucing tahu balas budi ya,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Gelagat si comel ini memang membuatkan kita terhibur. Kadang-kadang jelas kelihatan kasih sayang walaupun kucing adalah haiwan peliharaan, seperti adik-beradik.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Cuma empat bulan, bayi comel ini dapat bertemu dengan mak ayahnya. Kyfa Nisha Al-Kautsar Mohd Farham yang lebih dikenali dengan panggilan Baby Nishka dimaklumkan ibunya sudahpun meninggal dunia.
Empat bulan lamanya, bayi comel ini bertarung nyawa berdepan dengan penyakit kanser otak tahap empat dan kanser buah pinggang yang dihadapinya.
Menerusi instagram usahawan terkenal Mawar Karim, beliau telah dihubungi ibu baby Nishka, Khairiah Kamarudin, 35 memaklumkan yang anak kecilnya itu sudah pun meninggal dunia.
Tulisnya,
Al-Fatihah… Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un… Baby Nishka berehat la di Syurga menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibubapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak.
Kami sayang baby Nishka. Mari kita sedekah Al Fatihah n doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial
Kata Mawar Karim lagi,
“Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah pergi tinggal dunia. Sejujurnya memang tidak mampu untuk saya melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa.”
MW : Al Fatihah.. semohga roh si comel Kyfa Nisha Al-Kautsar ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Dan mohon diberi kekuatan dan ketabahan buat ibu dan ayahnya menghadapi ujian Ilahi ini.
Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita menghidap penyakit lumpuh dan terlantar dipercayai hilang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir yang melanda Kampung Iboi, Baling, petang Isnin.
Menurut Abd. Rahman Said, 71, mereka yang hilang ialah isterinya, Salmiah Md. Akhir, 53; menantunya, Nurul Hanis Md. Hassan, 23, dan anak tirinya, Muhamad Khairul Iqwan Nor Azman.
Rumah Lenyap Hanyut Arus Deras
Lebih mengejutkan, ketika tiba ke rumah, dia mendapati rumah yang mereka diami serta beberapa buah lagi rumah jiran lenyap kerana dihanyutkan arus deras.
“Pada pukul 4.50 petang, ketika berada di Pekan Kupang, saya dapat panggilan daripada menantu yang menyatakan air sungai telah naik dan masuk ke rumah jiran.
“Kemudian sekali lagi saya terima panggilan daripada anak yang tinggal di Pulau Pinang, namun saya merasakan rumah kami tidak dimasuki air kerana berada di kawasan yang agak tinggi,” katanya ketika ditemui hari ini.
Hanyut Belum Dijumpai
Abd. Rahman yang kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai berkata, dia selepas itu bergegas pulang namun lewat tiba memandangkan air banjir melimpah ke jalan selain deretan kenderaan yang bergerak perlahan.
“Ketiga-tiganya berada di rumah kerana isteri saya menghidap penyakit lumpuh dan terlantar. Mereka kini hanyut dan masih belum dijumpai.
“Saya berharap mereka dapat ditemui dengan segera walau dengan apa keadaan sekalipun dan saya reda dengan ketentuan Ilahi serta nasib yang menimpa kami,” katanya.
Minta Jaga Diri
Sementara itu, suami kepada Nurul Hanis, Mohd. Khairul Ashraf Nor Azman, 24, berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di Pulau Pinang dan bercadang pulang ke kampung hari ini.
“Kali terakhir kami berjumpa pada minggu lepas, kami sentiasa berhubung melalui telefon dan pagi semalam dia teringin hendak makan pizza dan minta saya jaga diri baik-baik,” katanya.
Tambahnya, dia juga sepatutnya membawa isteri yang dikahwininya pada bulan Febuari lalu untuk pemeriksaan kandungan bayi mereka hari ini.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat semua mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir besar di Baling. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...