58 Tahun Terpisah Sejak Dilahirkan, Wanita Tak Sangka Dapat Jumpa Abang Kandung Sendiri. Hubungan adik beradik ibarat ‘air yang dicincang takkan putus’ meskipun lama terpisah, kasih sayang tetap utuh selamanya. Apatah lagi hubungan murni ini berkongsi satu rahim ibu yang sama.

Terpisah Lebih 50 Tahun Sejak Dilahirkan

Siapa sangka, Ahad lalu merupakan detik bersejarah buat seorang lelaki warga Singapura yang bertemu adik perempuannya selepas kedua-duanya terpisah lebih 50 tahun.

Pertemuan istimewa antara Ling Kok Ong, 66 yang ditemani isterinya, Josephine Ng, 62, dan Hamsiah Mohamad, 58, berlaku di kedai makan yang diusahakan Hamsiah di Taman Tasek, Bukit Payong, di sini kira-kira jam 10 pagi.

Menurut Josephine, usaha mencari adik iparnya itu dilakukan bagi mengeratkan semula hubungan antara mereka yang terpisah sejak Hamsiah dilahirkan.

“Walaupun terpisah, kami semua sentiasa mengingati Hamsiah lebih-lebih lagi ibunya. Ibu Hamsiah ada menyebut teringin sangat bertemu dia sebelum menutup mata.

Sebab itulah saya dan suami datang dari Singapura ke Terengganu untuk menjejakinya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad.

Pertemuan itu diaturkan Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah.

58 Tahun Terpisah Sejak Dilahirkan, Wanita Tak Sangka Dapat Jumpa Abang Kandung Sendiri

Diserahkan Pasangan Melayu

Difahamkan, Hamsiah yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik diserahkan kepada pasangan suami isteri Melayu ketika dilahirkan untuk dijadikan anak angkat memandangkan pasangan itu masih belum dikurniakan anak ketika mereka tinggal di Bukit Besi, Dungun.

Perpisahan antara mereka bermula selepas keluarga Hamsiah berhijrah ke Singapura.

IKLAN

Mengimbau usaha menjejaki Hamsiah, Josephine berkata, dia dan suami telah ke Bukit Besi dua minggu lalu (17 Ogos) namun hampa kerana diberitahu keluarga angkat Hamsiah sudah berpindah dan bapa angkatnya pula sudah meninggal dunia.

Katanya, mujurlah mereka berdua bertemu Wan Mohd Rosli yang turut meminta bantuan Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun untuk menjejaki keluarga itu kerana ada dalam kalangan ahlinya mengenali anak saudara Hamsiah.

“Daripada perantaraan anak saudara Hamsiah, kami dibawa ke Bukit Payong, Kuala Terengganu untuk bertemu dia hari ini (Ahad),” katanya yang akan kembali semula untuk membawa bersama ibu mereka bertemu Hamsiah.

Rasa Bersyukur & Gembira Bertemu Adik Kembali

Sementara itu, Kok Ong yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik berkata, dia amat bersyukur dan gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan adiknya itu.

“Saya gembira dan bersyukur kerana dapat menunaikan permintaan ibu kami untuk menjejaki Hamsiah di Malaysia. Sudah lama kami berharap untuk bertemu dia dan kali ini harapan itu menjadi kenyataan,” katanya.

58 Tahun Terpisah Sejak Dilahirkan, Wanita Tak Sangka Dapat Jumpa Abang Kandung Sendiri

Tak Sangka Bertemu Adik Beradik Kandung

Berkongsi perasaan gembira, Hamsiah berkata, dia tidak menyangka akhirnya dapat bertemu dengan adik-beradik kandungnya yang terpisah sejak kecil.

IKLAN

Dia mengetahui dirinya merupakan anak angkat ketika berusia 15 tahun.

“Walaupun selama ini saya dijaga keluarga angkat, mereka melayani saya sama seperti adik-beradik yang lain. Saya membesar dan dijaga dengan baik.

“Saya bersyukur kerana akhirnya ditemukan kembali dengan adik beradik kandung. Bersyukur sangat kerana saya memiliki keluarga yang besar,” ujarnya yang mempunyai dua anak.

Mesti Baca:PERCAYA Jodoh Kehidupan Lampau, Adik Beradik KEMBAR 5 Tahun ‘Dikahwinkan’
Baca Lagi Di Sini:Gaduh Adik Beradik Sampai ‘Left Grup’, Bermasam Muka, Bila Susah, Kembali Pada Keluarga Juga!
Artikel Menarik:Beza Adik Beradik ‘Betul’ Vs Tiri, Mahram Dengan Bukan Mahram, Jangan Salah faham!

Mingguan Wanita:Terharu sungguh, meskipun terpisah dari kecil dan berbeza agama, namun kasih sayang adik beradik tetap utuh.

Sumber: Sinar Harian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

IKLAN

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

58 Tahun Terpisah Sejak Dilahirkan, Wanita Tak Sangka Dapat Jumpa Abang Kandung Sendiri

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI