50 Tahun Hidup Sendirian Selepas Bercerai, Nenek Teruja Kahwin Diri Sendiri. Seorang wanita berusia 77 tahun membuat keputusan mengahwini dirinya sendiri selepas 40 tahun hidup menjanda, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Dorothy Fideli berkahwin di Rumah Persaraan O’Bannon Terrace dalam negeri Ohio pada Sabtu lalu, dengan ditemani keluarga dan rakan-rakan.
Pernah Kahwin Upacara Ringkas
Ibu tunggal kepada tiga anak itu pernah berkahwin pada 1965 dalam upacara ringkas. Namun, dia bercerai sembilan tahun kemudian.
Menurut Fideli, dia mendapat idea untuk berkahwin dengan diri sendiri ketika sedang duduk di sebuah gereja.
Ads
“Saya hidup bersendirian selama 40 tahun. Sesuatu berlaku kepada saya ketika sedang duduk di gereja pada suatu hari. Ia membuatkan saya berfikir bahawa saya perlu melakukan sesuatu istimewa untuk diri sendiri.
“Saya melakukan semua perkara sendiri. Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan diri sendiri)? Akhirnya, saya membuat keputusan untuk mengahwini diri sendiri,” katanya.
Teruja Kahwin Diri Sendiri
Selepas mendapat kebenaran pengurus rumah jagaan tersebut, anak Fideli, Donna Pennington menyewa gaun pengantin, menempah katering serta menghias lokasi majlis untuk hari bersejarah ibunya.
Ads
“Ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Saya tidak pernah berkahwin seperti ini,” kata Fideli sambil menambah, dia berasa gementar dan teruja ketika itu.
“Saya tidak menyangka bahawa saya akan kelihatan cantik dalam pakaian pengantin seperti ini,” katanya.
Mesti Baca:Isteri Baru Kahwin Seminggu Menangis Kena Bangun Awal, Biasa Bukak Mata Jam 11 Mak Dah Hidang Semua
Baca Lagi Di Sini:Cinta Terhalang Ketika Remaja, Warga Emas Kahwin Selepas 60 Tahun Terpisah!
Artikel Menarik:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!
Ads
Mingguan Wanita:Tak kisahlah nak rasai pengalaman pakai gaun pengantin dan berkahwin dengan diri sendiri sahaja pun, janji bahagia.
Genap Setahun Hari Jadi Emirhan, Anzalna Pilih Raikan Bersama Anak-Anak Yatim. Tiada yang lebih bermakna bagi pelakon cantik Anzalna Nasir,35 apabila hari istimewa kelahiran anak keduanya diraikan dengan para ‘tetamu istimewa’.
Apa yang lebih membanggakan Anzalna sekeluarga memilih untuk meraikan sambutan harijadi anak keduanya Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang genap berumur 1 tahun pada 20 Mei baru-baru ini bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh.
Celebrated Emirhan’s first birthday with family and our special guest from @rumahanakyatimnurqaseh
Emirhan mungkin tak tahu apa-apa but kakak-kakak @rumahanakyatimnurqaseh akan bercerita pada Emirhan one day.
Emirhan is so lucky @mymumsbakery buatkan cake yang cantik walaupun mommy order last min. The kids had so much fun at @funxworld sampai taknak balik!
In sha’Allah nanti kita datang lagi. Doakan kami sentiasa dilimpahkan rezeki supaya dapat happy kan mereka selalu.
Terpancar keikhlasan Anzalna sekeluarga dan kegembiraan anak-anak yatim ini apabila turut berpeluang bermain pelbagai aktiviti bersama-sama sepanjang hari di pusat rekreasi yang ditempah khas.
Ramai yang tumpang gembira dan bangga apabila Anzalna berkongsi rezeki dalam menyantuni dan menggembirakan hati anak-anak yatim. Tidak kurang ramai juga turut mendoakan semoga ibu kepada 2 orang cahaya mata ini dan keluarga diberikan rezeki melimpah ruah.
Terdahulu Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 2 orang anak lelaki, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia empat tahun serta Mohamad Emirhan, 1.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah tumpang gembira, apabila Anzalna memilih meraikan sambutan harijadi anaknya bersama anak-anak yatim ini.Semoga bertambah murah rezeki buat Anzalna dan keluarga untuk terus menyantuni golongan yang memerlukan.
Sejak beberapa hari ini berlegar-legar di media sosial, luahan ‘pemilik rumah’ yang tidak berpuas hati dengan keadaan rumah yang telah disewakan serta melabelkan ‘penyewa dari neraka’. Malah ‘pemilik rumah’ juga dikatakan enggan memulangkan deposit sepenuhnya yang telah dibayar gara-gara rumah ditinggalkan dalam ‘keadaan teruk’ dan meskipun pun hanya kerosakan kecil.
Perkongsian ‘pemilik rumah’ ini ternyata mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Ramai yang mengecam tindakan ‘pemilik rumah’ tersebut yang dianggap berlaku tidak adil dan terlalu berkira pada perkara yang tidak sepatutnya.
Salam semua, sungguh tak sangka post saya viral sangat & mengundang kecaman. Atas nasihat husband, saya close comment tapi saya biarkan post asal agar owner sebenar menilai.
Saya takde niat nak viral atau mengganggu emosi orang, saya buat posting ni dengan meletakkan kedudukan saya sebagai owner.
Kami memang jaga rumah sebaiknya, bayaran on time & ikut apa dalam contract untuk pemasangan. Kami masuk rumah tu unit kosong dan dah lama tiada penghuni.
Dengan budi bicara, kami sendiri minta contract extend kepada 2 tahun kerana kos masuk rumah baru pun sangat tinggi sebab banyak yang kena beli baru, saya tak mahu owner suruh kami keluar dalam masa setahun sahaja.
Ye ada perkara yang saya request untuk sediakan as part of sewa beli process. Ada yang dia boleh sediakan dan ada yang tak boleh.
Walau ada yang disediakan sangat menyedihkan, kami keluarlah duit sendiri untuk buat sendiri.
Kami juga bertanya verbally jika kami keluar lebih awal dari contract 2 tahun, mereka kata atas budi bicara dibolehkan asalkan diberitahu lebih awal & lepas at least setahun.
Long story short:
Habis tempoh contract 1 June dan kami mintak untuk keluar pada 8 March.
Seperti biasa kami text sebab dia busy sebagai seorang yang berjawatan tinggi.
Dia kata boleh dengan syarat rumah ok.
Namun disebabkan waktu terbatas perjumpaan tak dapat dijumpa & kami pun sudah berpindah atas tiket semuanya baik & depo pun masih di tangan dia. Time tu saya sedang sarat, sibuk puasa & raya jadi kami uruskan pindah dahulu. Salah kami sebab merasakan owner ada budi bicara.
Kami bukan lari & waktu yang tak dapat jumpa bukanlah salah kami sahaja, owner juga beberapa kali reschedule kerana urusan beliau. Kami tak boleh nak delay sebab atas tiket confirmation kami sudah bayar sewa tempat baharu, takkan nak bayar dua2 tempat.
Kami beberapa kali sudah follow up juga.
Kami masuk cara baik, keluar baik.
Sesiapa yang mengenali kami, tahu lah.
Sekarang dia claim rumah ada kerosakan besar & tanak pulangkan langsung deposit kami.
Padahal dalam latest agreement dibenarkan.
Kami siap offer untuk delay payment & boleh terima 1 bulan sahaja depo balik. Malah kami boleh je panggil contractor betulkan balik “damages”
Perkara ni tidak terjadi jika owner memang reply tak boleh. Kami memang dalam kerugian juga sebab jika benar apa dia claim sekarang, kami akan further nego dengan owner rumah baru yang kami nak pindah ni & juga nego dengan beliau juga.
Kami tidak pernah bawa masalah.. Bodohla kami jika buat masalah time begini. Kami jaga rumah sebaiknya, ramai tetamu dtg ke rumah kami & kenal kami.
Sekarang dia claim macam-macam & mahu buat legal case. InsyaAllah saya bersedia & tq sangat atas support semua.
Doakan saya & kelahiran saya baik
Maaf sekali lagi jika post misleading, saya adalah seorang coach yang apply seek to understand & masuk ke dalam “shoes” orang lain untuk saya paham situasi. Saya terima jika saya salah.
Malah link facebook post saya tu saya share masa subuh dengan owner sebelum ada apa-apa komen dari netizen kerana saya bersedia jika benar saya salah.
Saya post untuk dapatkan pandangan sebagai owner rumah & saya juga terima dengan kesalahan & feedbacks yang saya boleh ambil sebagai seorang penyewa.
I AM READY, COZ I BELIEVE IN HAVING DIFFERENT VIEWS.
Kenapa tak terus post sebagai penyewa yang tersakiti? Sebab saya percaya jika saya buat begini kawan-kawan saya akan back up saya, saya mahukan pandangan neutral & berharap owner boleh juga ambil pengajaran.
Tapi nampaknya again, dia twist ayat saya yang posting saya menghina dia padahal yang kena kecam adalah saya sampai body shaming segala saya jaga privacy dia & mahukan pandangan yang neutral dan saya terima saya yang dikecam.
Doakan ya, insyaAllah duit boleh dicari namun kami sangat terluka bila jadi begini.
Tq again.
Mingguan Wanita: Hati memang kena kental dan bersedia menerima apa juga keadaan rumah jika menjadi pemilik rumah dan menyewakannya kepada orang lain.Paling penting baik penyewa mahupun pemilik rumah saling bertolak ansurlah untuk keharmonian bersama.
Bayi besar hingga susah meneran, ibu kongsi detik kejutan wajah anak lebam kebiruan lepas bersalin. Saat bertarung melahirkan anak adalah saat paling genting bagi seorang ibu. Ini kerana ia antara hidup dan mati. Saat selamat bersalin, ia adalah nikmat bergelar seorang ibu.
Setiap orang mempunyai pelbagai cerita ketika di wad bersalin. Satu perkongsian dari ibu muda, Farah Adibah Amirah Kunyeen menarik perhatian ramai apabila berkongsi wajah anaknya yang kebiruan (seperti lebam) akibat hampir lemas ketika proses melahirkan.
Memetik laporan Harian Metro, Farah berkongsi wajah bayinya yang menjadi biru kegelapan selepas dilahirkan menjentik hati suami isteri ini yang sama sekali tidak menyangka anak mereka ‘berbeza’.
Jelas ibu beruia 22 tahun ini ketika melahirkan anak kedua, Muhammad Aryan Qusyairy pada 14 Februari lalu, anaknya itu hampir lemas dalam perut dan mengakui sebak apabila melihat wajahnya yang jelas lebam.
Bagaimanapun Farah Adibah Amirah dan suami, Mohamad Afiq Zulkiflee, 30, tetap mensyukuri kehadiran Muhammad Aryan Qusyairy dan menyifatkan dia sangat istimewa.
Selepas tiga bulan berlalu, wajah Muhammad Aryan Qusyairy semakin berubah dan kembali normal, berkulit cerah seperti bayi lain.
Kisah bayi comel itu mendapat perhatian di TikTok apabila Farah Adibah Amirah berkongsi video dan gambar Muhammad Aryan Qusyairy, baru-baru ini.
Menurut ibu muda itu, dia melahirkan anak secara normal namun proses kelahiran agak mencabar apabila bayinya tidak keluar biarpun dia sudah meneran sebanyak lima kali.
“Kejadian itu berlaku mungkin kerana bayi besar iaitu seberat 3.34 kilogram dan saya pula berbadan kecil. Ketika melahirkan, bahu kiri Muhammad Aryan Qusyairy tersangkut kira-kira seminit.
“Apabila dia sudah selamat keluar, doktor beritahu muka anak sudah membiru dan hampir lemas dalam perut. Saya anggap biasa saja dan ketika doktor tunjuk anak untuk saya cium memang saya tak perasan lagi wajahnya,” katanya.
Katanya, selepas itu, doktor membawa anaknya ke bilik lain untuk pemeriksaan lanjut kerana jangkitan kuman dan bahu yang tersangkut, namun Muhammad Aryan Qusyairy tidak cedera.
“Keesokannya saya dan suami ke wad anak dan ternampak seorang bayi yang wajahnya gelap, sempat juga terdetik di hati, anak siapa itu dan turut berasa kasihan melihatnya.
“Apabila tanya doktor di mana anak, terus saya terkejut apabila doktor tunjukkan bayi pertama yang saya jumpa tadi. Kami terfikir mungkin ada buat salah pada orang tetapi saya fikir positif dan anggap ini ujian,” katanya yang bersalin di hospital kerajaan di Johor Bharu.
Farah Adibah Amirah berkata, dia dimaklumkan doktor yang lebam di kulit muka anak akan beransur hilang, malah ibunya juga berkongsi kisah adik ketiganya yang berkeadaan sama selepas terlilit tali pusat ketika proses kelahiran.
“Muka anak saya berwarna biru tetapi bahagian badan lain seperti bayi lain dan selepas lebih dua minggu, mula nampak perubahan apabila muka anak kembali normal.
“Daripada biru gelap berubah ungu kemudian merah-merah sebelum hilang sepenuhnya. Alhamdulillah,” katanya.
Berkongsi detik pertama kali menatap sepenuhnya wajah anaknya, Farah Adibah berkata, walau terkejut, rasa sayangnya terhadap Muhammad Aryan Qusyairy tidak berbelah bahagi.
“Saya terima anak saya dengan ikhlas walau apa saja keadaannya kerana dia anak saya, malah kalau ditakdirkan warna kulit wajahnya tidak berubah pun kami tetap menyayangi.
“Saya juga berterima kasih kepada semua pasukan perubatan di hospital kerajaan yang banyak membantu ketika di dewan bersalin,” katanya.
Tular pengasuh kasari anak orang di taska. Luluh hati ibu-bapa melihat video anak ditepuk di kepala dan dihembus nafasnya di hadapan muka ketika anak sedang menangis. Persoalannya, salah siapa?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!