madu asli

Kalau nak tahu madu asli katanya akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.

Seperti yang diketahui umum, madu mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan. Madu juga mudah untuk didapati di pasaran, namun banyak juga yang dijual itu tidak asli.

Dengan 5 tip ini, anda dapat membezakan madu asli mahupun tidak. Semoga entri ini membantu…

1. Uji dengan air

Madu asli tidak mengandungi air. Untuk melihat sama ada madu itu asli atau tidak, tuangkan sedikit di dalam air.

Jika asli, madu ini akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.

IKLAN

2. Melekit atau tak

Madu sifatnya melekit baik yang asli mahupun tiruan. Untuk mengujinya, letakkan madu pada hujung jari anda dan biarkan seketika.

Madu asli akan meleleh perlahan. Madu tiruan pula akan terus melekit dan menempel pad jari.

3. Guna kertas

Tuangkan madu di atas kertas. Jika madu yang anda tuangkan itu tiruan, kertas tersebut akan berlubang (terkoyak) kerana kandungan air di dalamnya.

IKLAN

Madu asli sebaliknya akan kekal atas kertas tanpa menjejaskannya.

4. Semut suka

Madu asli mempunyai aroma yang kuat dan tidak disukai semut. Rasa manis semula jadi pada madu asli tidak digemari oleh semut.

IKLAN

Namun begitu, madu tiruan lebih disukai semut kerana bau manis dan rasanya adalah kerana gula. Itulah sebabnya semut akan menghurung madu tiruan bukannya madu asli.

5. Tuang atas pasir

Titiskan madu atas pasir, jika asli ia tidak akan ‘merebak’. Hal ini kerana madu asli sifatnya padat dan likat.

Madu tiruan pula akan ‘merebak’ kerana kandungan air di dalamnya.

Madu tiruan banyak mengandungi bahan pemanis, jadi kurang elok untuk kesihatan. Jadilah lebih bijak ketika memilih madu dengan menggunakan salah satu daripada cara-cara ini. Selamat mencuba.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI