Kaum wanita seringkali dikaitkan dengan golongan yang sangat obses untuk memiliki kulit wajah yang anjal, cerah, tiada masalah pigmentasi, kekal lembab dan cantik berseri. Cemburunya rasa dalam hati bila melihat wanita lain memiliki kulit wajah yang anjal,cerah, kekal lembap dan cantik berseri-seri berbanding kulit wajah sendiri.
Apalah agaknya rahsia kecantikan yang diamalkan. Sebenarnya nak kulit wajah cantik tak susah mana pun, paling penting disiplin dan jangan malas-malas. WAJIB ikut 5 perkara asas yang dikongsikan dibawah ini.
Minum Air Secukupnya
Paling utama, cara paling mudah untuk wajah kekal lembap dan berseri adalah minum air kosong secukupnya. Ia perkara yang paling senang tapi paling susah jika nak cukupkan keperluan 3L sehari.
Ini kerana setiap 25kg badan manusia memerlukan 1L air setiap hari. Jika berat badan 50 kg maka keperluan air anda sehari adalah 2L. Jadi kiralah sendiri keperluan air ikut berat badan masing-masing.Minum air juga boleh membuang toksin dari badan, malah ia juga adalah kunci utama untuk menjana sel-sel baru.
2. Rajin Buat Rawatan Semula Jadi
Nak cantik kena rajin usaha. Salah satunya juga dengan rajin membuat rawatan kecantikan sendiri menggunakan bahan-bahan semula jadi. Boleh cuba macam-macam petua kecantikan wajah yang ada.
Antaranya cuci muka dengan air beras untuk cerahkan kulit wajah, sapu muka dengan lendir lidah buaya untuk anjalkan kulit muka, Sapu muka dengan pes buah tomato untuk merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam, serta macam-macam lagi. Nak hasil yang berkesan kena konsisten iya!
3. Tidur Malam Secukupnya
Memahami wanita bila dah bergelar mak-mak memang agak payah nak dapatkan tidur malam yang berkualiti dan cukup. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Namun sebolehnya cuba dapatkan tidur malam secukupnya 6-8 jam setiap hari.
Ini kerana, jika sering berjaga malam dan kurang tidur akan mengakibatkan kulit wajah kelihatan kusam tak berseri, cepat berkedut serta mengakibatkan kehadiran lingkaran gelap bawah mata (eyebags). Oh No! Mesti tak nak kan, bila wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
Ads
4. Pastikan Cuci Solekan Sebelum Tidur
Kebiasaan wanita memang suka bersolek, namun jangan sesekali rasa malas untuk cuci kulit wajah sebelum tidur. Ini kerana kulit wajah kita ni ada liang atau pori-pori yang bukan je tugasnya membenarkan kulit kita mengeluarkan peluh tapi juga untuk hasilkan sebum yang membantu melembapkan dan melindungi kulit kita secara semulajadi.
Tapi kalau kita tak cuci make up, pori-pori tadi tertutup dan menghalang sebum untuk menjalankan tugasnya. Bila sebum berkumpul, itu yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat dan pelbagai masalah kulit yang lain.
Antaranya:
Kulit jadi kering dan cepat berkedut
Kulit jadi kemerahan
Pori-pori wajah semakin membesar
Masalah jeragat atau pigmentasi
Bulu mata gugur & Iritasi pada mata
Bibir kering & pecah-pecah
Pemilihan Produk Bersesuaian & Selamat Digunakan
Pemilihan produk kulit wajah yang bersesuaian juga amat penting bagi menjaga kecantikan wajah. Pastikan selamat digunakan, bimbang jika tersalah pilih, bersedialah menanggung akibat, pelbagai masalah kulit nanti.
Ads
Oleh itu, memahami, fitrah wanita yang inginkan kulit wajah sihat, segar, tiada masalah pigmentasi dan berseri-seri serta mampu kekal lembap sepanjang hari, pemilihan produk yang tepat seperti “Serum Rosa E Pigmentation” keluaran Garden of Eden mampu merealisasikan impian ini.
Paling penting produk ini diformulasi daripada 100 peratus berasaskan tumbuhan semulajadi tanpa perlu rawatan laser dan sangat utama tiada kesan sampingan. Produk ini juga bebas daripada bahan kimia, paraben, mahu pun pengawet.
Ads
Secara klinikal produk ini mampu merawat masalah pigmentasi dalam masa enam minggu sahaja. Wanita yang memiliki kulit sensitif tidak perlu bimbang kerana produk ini telah diuji pada mak-mak yang memiliki kulit yang sensitif.
90 peratus wanita yang telah mencuba “Serum Rosa E Pigmentation” gembira melihat kulit wajah semakin cerah, masalah pigmentasi dapat dikurangkan dan tompok atau bintik hitam hilang dalam masa 6 minggu sahaja.
Di samping itu, selain dapat memiliki kulit wajah yang sihat, produk ini dijamin selamat digunakan dan telah mendapat Sijil Halal JAKIM. Untuk makluman, produk “Serum Rosa E Pigmentation” memperkenalkan formula penyerapan pantas, jadi wanita tidak merasa berminyak pada kulit wajah.
Berita baiknya, produk ini turut kaya dengan tumbuhan yang berasal daripada Retinoids (vitamin A) yang ditemui dalam minyak biji Rosehip yakni bahan semulajadi yang ternyata selamat.
Bersedekah tak perlu tunggu kaya, akak nasi lemak anak ramai bersyukur terima sumbangan netizen dan Beras Era. Ingat lagi pada puan Azian Abd Rahim, ibu tunggal yang menghidapi sakit saraf lebih setahun lalu? Dan setelah kematian suaminya, dialah menggalas tanggungjawab menyara sembilan orang anak dengan berniaga nasi lemak di Pasar Tani Saujana Utama setiap Sabtu.
Video Pernah Viral
Bagi yang tidak mengikuti kisahnya, gerai nasi lemak beliau telah viral menerusi rakaman video seorang TikToker yang menunjukkan kegigihan anak-anak mencari rezeki seawal pagi tanpa ibu di sisi. Namun begitu, saat rakaman disiarkan kita pula semakin menghampiri Ramadan. Tidak ramai berpeluang merasai keenakan nasi lemak kak Azian.
Betapa prihatinnya netizen tidak hairanlah apabila ramai bertanya sama ada gerai dibuka atau tidak semasa bulan puasa. Ramai berhasrat untuk membeli. Namun kini, setelah lebih sebulan bercuti sepanjang Ramadan, kini gerai kak Azian sudah beroperasi seperti biasa. Sesiapa yang ingin membeli nasi lemak beliau, bolehlah ke Pasar Tani Saujana Utama setiap pagi Sabtu.
Susulan daripada kisahnya yang tular itu dan tersentuh dengan kegigihan anak-anak berniaga, Mingguan Wanita bersama Beras Era Food menyantuni keluarga Azian menerusi kempen CSR Sempurnakan Raya Ramadan lalu. Program ini merupakan tahun ketiga dilaksanakan oleh Mingguan Wanita dan pertama kali disertai oleh Beras Era Food.
Berbeza dari kempen terdahulu, keluarga Azian bukan sahaja menerima sumbangan barangan keperluan berniaga tajaan Beras Era, tetapi juga membuka peluang orang ramai menghulurkan sumbangan ikhlas menerusi Tabung Skuad Sedekah Bersama Mingguan Wanita bermula 1 Ramadan 1444 Hijrah hingga 20 Ramadan lalu.
Bukan itu sahaja, pihak Beras Era juga berbesar hati menggandakan hasil kutipan sumbangan orang ramai menerusi Tabung Skuad Sedekah. Sumbangan orang ramai disalurkan terus ke akaun NGO Peduli Insan yang dilantik sebagai rakan strategik bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan.
Usaha yang baik pasti dipermudahkan Allah. Keprihatinan netizen membolehkan hasil sumbangan mencapai sasaran iaitu hampir RM10 ribu. Dan lebih bermakna lagi, pihak Beras Era bersetuju pula menggandakan jumlah hasil sumbangan orang ramai yang akhirnya mencapai jumlah keseluruhan sebanyak RM20 ribu.
Bukan sahaja keluarga Azian mendapat manfaat daripada hasil sumbangan ini, ia turut disalurkan kepada 40 keluarga asnaf lain dalam bentuk barangan keperluan dan wang tunai. Sesungguhnya pemberian ini walaupun jumlahnya tidak besar setelah di bahagi-bahagikan, namun ia amat bermakna buat semua keluarga penerima. Sumbangan berjaya disalurkan sebelum Syawal bagi membolehkan mereka dapat membuat persiapan hari raya.
Mingguan Wanita : Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kemurahan hati untuk menderma. Indahnya jika semangat ini terus tertanam kuat di hati sepanjang tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal iaitu sebuah dokumen yang menggariskan langkah strategik bagi membantu dan memudahcara pemformalan usahawan informal sebagai perniagaan berdaftar.
Bertemakan ‘Pemformalan Asas Perniagaan Mampan’ Pelan Pemformalan Usahawan Informal itu telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick pada 6 Julai bertempat diWorld Trade Centre Kuala Lumpur (WTC) Kuala Lumpur.
Menurut Ahmad Zahid, Pelan ini antara usaha kerajaan menjadikan pendaftaran sebagai norma bagi perniagaan di Malaysia.
“Pelan Pemformalan Usahawan Informal merupakan antara usaha Kerajaan dalam menjadikan pendaftaran sebagai norma bagi perniagaan di Malaysia. Dengan pelaksanaan Pelan ini, ia dapat membantu Kerajaan mengenalpasti sumber yang boleh dibangunkan bagi memangkin prestasi pertumbuhan ekonomi dan mengelakkan ketirisan dalam perolehan pendapatan negara.
“Kerajaan juga akan terus komited dan lebih responsif dalam usaha membantu usahawan meningkatkan prestasi perniagaan mereka bagi menyokong pertumbuhan sektor ekonomi, demi kesejahteraan rakyat. Ekosistem dan sistem sokongan yang lengkap akan menggalakkan lebih ramai usahawan informal mendaftarkan perniagaan,” ujar Ahmad Zahid.
Pentingnya Usahawan Daftar Perniagaan
Pada masa yang sama Ahmad Zahid juga menekankan kepentingan agar usahawan yang beroperasi di Malaysia mendaftarkan perniagaan mereka mengikut undang-undang yang berkuatkuasa. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka dikenal pasti sebagai entiti yang sah bagi tujuan penyaluran bantuan dan sokongan oleh Kerajaan dan penyediaan jaringan keselamatan sosial.
Usahawan yang tidak mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan yang sama taraf dengannya seperti badan profesional atau pejabat daerah di Malaysia Timur tidak akan dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini.
“Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Kerajaan menggalakkan pendaftaran perniagaan dalam sektor informal bagi membolehkan usahawan mendapat sokongan yang diperlukan seperti pembiayaan, pemasaran dan perlindungan undang-undang. Pemformalan membolehkan pelbagai fasilitasi serta intervensi Kerajaan bagi menyokong pembangunan perniagaan disalurkan kepada usahawan secara bersasar dan inklusif.”
Laporan Survei Guna Tenaga Sektor Informal dan Pekerjaan Informal 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan peningkatan jumlah guna tenaga sektor informal kepada 1.30 juta berbanding 1.26 juta pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 955,400 atau 73.4% adalah terdiri daripada individu yang bekerja sendiri atau majikan yang mengusahakan perniagaan bersaiz mikro atau usahawan informal.
“Mahu Usahawan Informal Libatkan Diri Secara Serius Dalam Perniagaan” – Datuk Ewon Benedick
Pada majlis yang sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pula menyatakan usahawan informal mempunyai akses terhad untuk mendapatkan bantuan dan fasilitasi perniagaan yang diperlukan serta mudah terdedah dengan pelbagai risiko dan ancaman krisis ekonomi, sosial dan alam sekitar berikutan status perniagaan yang tidak berdaftar, menjadikan mereka antara kumpulan sasar di bawah perhatian KUSKOP.
“KUSKOP akan memperkasa ekosistem keusahawanan sedia ada untuk menggalakkan pendaftaran perniagaan secara sukarela serta memupuk minda keusahawanan dan potensi pembangunan usahawan informal agar melibatkan diri secara serius dalam bidang perniagaan.
“Melalui pelaksanaan 6 strategi yang disokong oleh 20 inisiatif, Pelan ini juga mendidik usahawan agar lebih beretika dan berintegriti tinggi dalam melaksanakan operasi perniagaan,” ujar Ewon.
Selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan yang unggul dan inklusif menjelang tahun 2030, pelaksanaan Pelan ini dilihat berupaya meningkatkan kemampanan perniagaan serta memberi perlindungan perundangan dan sosial kepada usahawan agar kalis cabaran dan sentiasa berdayatahan.
Selain majlis pelancaran, pada majlis masa yang sama Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan pembiayaan TEKUN Nasional berjumlah RM104,000 kepada 10 usahawan TEKUN termasuk usahawan baharu mendaftar perniagaan sebagai salah satu insentif pasca pemformalan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.kuskop.gov.my atau ikuti di mana-mana media sosial KUSKOP.
Lepas seharian penat bekerja, apa yang lebih nikmat untuk seorang wanita selain dapat duduk santai depan TV bersama suami dan anak-anak, sambil layan cerita kegemaran. Tapi realitinya, ramai yang terpaksa potong bajet hiburan sebab nak utamakan belanja harian.
Astro faham, dan sebab itu hadir dengan satu inisiatif penuh kasih – Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam.
Di bawah pelan Astro One, terdapat dua pakej yang sangat berbaloi iaitu Pek Entertainment – RM39.99/sebulan (harga asal RM49.99) dan Pek Sports – RM69.99/sebulan (harga asal RM99.99).
Paling best, Kids Add-On pun percuma!(harga asal RM9.99). Saluran seperti Cartoon Network, Nickelodeon dan CBeebies memang akan buat anak-anak tersenyum puas. Ibu nak drama, ayah nak sukan, anak nak kartun – semua boleh, satu rumah layan ikut selera masing-masing.
Pek Entertainment Astro One pula menyediakan akses kepada lebih daripada 100 saluran dengan membariskan kandungan tempatan serta antarabangsa yang direka untuk setiap isi rumah.
Eksklusif untuk penjawat awam dengan RM39.99/sebulan (RRP: RM49.99), pelanggan boleh menikmati rancangan popular seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, Astro Originals First Wives, dan banyak lagi.
Tambahan pula, dengan akses percuma untuk Astro GO, pelanggan boleh strim kandungan kegemaran mereka tidak kira masa, di mana jua.
Para pelanggan dengan “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” juga akan menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak dengan akses kepada 6 saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi.
Astro komited untuk menyokong kesejahteraan masyarakat Malaysia dan mengiktiraf sumbangan penting penjawat awam kepada pembangunan negara. Astro percaya inisiatif ini bukan sekadar memberi nilai kepada penjawat awam tetapi juga mengukuhkan ikatan antara Astro dan komuniti.
Para penjawat awam boleh mendaftar pek “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” bermula hari ini menerusi https://www.astro.com.my/penjawatawam atau menerusi WhatsApp di +60 3-9543 3838. Bukti pekerjaan sebagai penjawat awam atau pesara diperlukan semasa proses pendaftaran.
Hiburan Tak Terbatas, Penjimatan Maksimum
Bayangkan jimat sampai RM960 setahun, siap dengan pemasangan percuma dan akses semua rancangan kegemaran melalui Astro GO. Nak layan drama Melayu, filem terkini, rancangan realiti sampai ke sukan antarabangsa – semuanya ada di hujung jari. Tak payah berebut, tak perlu bayar lebih!
Daftar Pun Senang Sangat Nak langgan? Mudah je! ➡️ Layari astro.com.my/penjawatawam 📱 Atau WhatsApp ke +60 3-9543 3838
Cuma perlu sediakan bukti anda penjawat awam atau pesara terus boleh daftar. Tawaran ni terbuka kepada cikgu, jururawat, polis, tentera, kakitangan kerajaan dan ramai lagi.
Bila Keluarga Terhibur, Hati Pun Bahagia.
Astro percaya hiburan bukan sekadar hiburan, tapi ruang untuk eratkan hubungan keluarga, redakan stres dan cipta memori indah bersama. Tawaran ini bukan sahaja untuk bantu jimat, tapi juga sebagai tanda penghargaan kepada semua wanita dan keluarga penjawat awam yang sentiasa berkorban demi negara dan keluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.