hubungan suami isteri

Benar, rezeki anak adalah ketentuan tuhan, namun usaha dan caranya juga perlulah betul. Setelah mendirikan rumahtangga, pasangan suami isteri lengkapkanlah diri dengan perkara asas ilmu untuk ‘bersama’. Usah malu dan bertanyalah pada doktor mahupun yang pakar dalam bidang ini jika tidak tahu.Jangan sampai jadi seperti kisah pasangan suami isteri ini.

Tanda tanya pasangan suami isteri yang sudah berusaha selama empat tahun untuk mendapatkan cahaya mata akhirnya terjawab apabila doktor menjelaskan si suami sebenarnya tersilap ‘pintu’ selama tempoh itu.

Jumpa Doktor Jalani Pemeriksaan

Pasangan suami isteri masing-masing berusia 26 tahun dan 25 tahun dari Bijie, China itu mengambil keputusan untuk bertemu dengan doktor pada awal tahun ini untuk menjalani pemeriksaan jika mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.

Pakar Obstetrik, Dr Liu Hongmei yang menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap pasangan itu terkejut apabila si suami menjelaskan cara mereka melakukan hubungan intim.

Menurut si suami, mereka selalu mengadakan hubungan seks dan isterinya juga mengalami kesakitan yang luar biasa setiap kali mereka bersama. Namun begitu, dia sanggup menahannya dengan harapan dapat hamil.

IKLAN

Berdasarkan penjelasan pasangan itu, doktor pada awalnya percaya si isteri berkemungkinan mempunyai sejenis penyakit ginekologi. Namun selepas menjalani pemeriksaan, ternyata si isteri masih dara.

Doktor kemudian memeriksa dubur wanita itu dan yakin permasalahan pasangan itu terjawab di mana selama ini si suami tersilap ‘pintu’ dan lebih lebih mengejutkan kesilapan itu diulangi selama tempoh empat tahun.

IKLAN

“Pasangan ini sangat muda. Mereka sihat, sudah empat tahun berkahwin tetapi tidak dapat mengandung dan disebabkan itu keluarga mereka banyak memberikan tekanan,” kata doktor.

Diberikan Buku Panduan

Dr Hongmei kemudian menyerahkan buku panduan seks kepada pasangan itu sebelum membenarkan mereka pulang ke rumah.

IKLAN

Beberapa bulan kemudian, wanita itu dikhabarkan telah hamil. Gembira dengan perkhabaran itu, pasangan berkenaan telah menghantar 100 biji telur ayam dan seekor ayam hidup kepada doktor berkenaan yang kini telah bersara, sebagai hadiah kepada hospital tempat kerjanya dulu.

Macam-macam hal.Mungkin inilah pentingnya bagi pasangan suami isteri melengkapkan diri dengan pengetahuan ‘dalam kain’ selepas berkahwin.Walaupun dianggap kes terpencil, namun kesilapan sebegini boleh menggugat kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga.

Sumber:MetroUK & mstar